Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

8/24/2009

Biro Motivasi Wargakilang.com

Biro Motivasi WARGAKILANG.COM

Latarbelakang:

Biro Motivasi ini diwujudkan sebagai medan untuk rakan-rakan di sektor Industri berkongsi tips dan petua dengan golongan masyarakat yang memerlukan, tidak kiralah sama ada mereka itu merupakan golongan pelajar di sekolah rendah, sekolah menengah, di pusat IPT atau pun golongan tenaga pengajar dan sesiapa sahaja yang merasakan dapat memanafaatkan siri-siri Motivasi kami ini.


CERAMAH MOTIVASI KAMI ADALAH FOC (Free of Charge) - tiada bayaran dikenakan
Kami lakukan ini sebagai apanama tu yang disebut sebagai "a Payback to Society", sebagai satu cara untuk kami membalas kembali jasa Negara yg bertanggungjawab meletakkan kami ke tahap yang kami ada sekarang. Kami berharap lebih ramai anak bangsa akan mencapai tangga kejayaan seperti yang dicita-citakan.

Antara Modulnya ialah:

1. Kisah suka duka belajar drpd Sekolah Rendah hinggalah ke USA/UK/Japan/Australia/IPTA

2. Ceramah Utk Waris: Tips bagaimana anak saya dapat UPSR 5A

3. Ceramah Utk penuntut IPT: Interviewing Skills drpd kacamata Penemuduga di Sektor Industri

4. Dan lain-lain lagi.

Mana-mana pihak yang berminat, boleh hubungi saya direct at monier_matdin@yahoo.com. Setakat ini kami bergiat aktif di kawasan Utara, untuk kawasan lembah Kelang, sila hubungi YDP kami sdra Warikh at mrwarikh@yahoo.com.

Ceramah Motivasi kami yang terbaru ialah di Sek Men Keb Sultan Badlishah, Kulim Kedah pada bulan Ogos 2009. Sebelum itu kami pernah menerima jemputan ceramah di beberapa buah sekolah lain, antaranya:


Sek Men Bakti, Tasik Gelugor

Sek Men Keb Mengkuang

Sek Men Guar Perahu

Sek Men Teknik, Balik Pulau

Sek Men Penaga

Sek Keb Tmn Ria, Pdg Serai Kedah

Sek Men Agama Fauzi Yan

JK Surau Machang Bubuk, Bkt Mertajam

Rumah Anak Yatim, Al-Farabi Sik

Rumah Anak Yatim Abu Nur, Kroh

Rumah Anak Yatim, Kelang Lama, Kulim

ADTEC, Mahang

Berikut adalah beberapa contoh Slides yang digunakan dlm ceramah Motivasi tersebut dan juga beberapa contoh gambar sessi motivasi di sekolah-sekolah yang pernah menjemput kami.













1

No comments:

Post a Comment

Followers