Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

8/29/2009

Bukan Cerita Politik


(Artikel saya di bawah ini saya cut & paste direct drpd blog Kedahlanie: 11 Aug 2009)
Assalamualaikum,


Dok tengok dlm Kedahlanie ni padat dengan cerita politik ja, jadi kali ini saya nak tumpang mencelah nak cerita bab lain drpd politik sikit, boleh kot noh. Tat pa lah, sapa yg rajin nak baca, bacalah, dak kalu boleh skip pi tajuk lain.

Saja nak habag, blog Kedahlanie ni memang famous satu Kedah rupanya. Dulu-dulu saya rajin gak dok send mai artikel kat Kedahlanie, dok ingatkan blog biasa-biasa ja, tulis main hentam ja; rupa-rupanya ramai org dok baca. Lepas tu nak send apa-apa artikel pun dia jadi segan pulak.

Tat pa lah, itu bab artikel politik; ini saya nak tulis sikit bab bukan politik, tak lah rasa berat sangat.

Hari tu saya pi sekolah rendah anak saya, waktu dok sembang dgn Penolong Kanan 1 tu, dia habag kata dia ada baca tulisan saya tajuk "Untuk YB-YB Baling" kalau tak silap, kisah perlunya YB-YB yg dok ada ni tolong tumpu sama kat isu pendidikan anak-anak kita, jgn dok kalut bab politik dan bab kemiskinan saja, saya ada habag kata sekolah-sekolah kat kg saya di ulu Baling sana nu masih ramai yg bila mai UPSR nak cari sorang dpt 5A pun payah kalau nak dibandingkan dgn sekolah anak saya kat area pekan ni, hari tu dekat 18 org kot dpt 5A.

Kemudian cikgu tu jemput saya mai bagi ceramah mtvc kat waris di sekolah tu, tips dan petua mcm mana nak bagi anak dpt UPSR 5A. Saya dah kenai cikgu ni lama dah, tapi tak pernah pun jemput mai bagi ceramah. Awat kali ni dia jemput mai pulak?

Rupa-rupanya dia ada baca Kedahlanie, satu tulisan saya kisah saya dijemput rasmi mesyuarat PIBG dan bagi ceramah mtvc kat Sek Keb Badang di sempadan kulim/baling.

Sebetulnya, bukan cikgu sek rendah anak saya sorang ni saja yg dok ikuti Kedahlanie; hari tu bila ada keluar tulisan saya dlm blog ni kisah kami dok pi bagi ceramah mtvc foc tu, ada beberapa org cikgu yg send mai personal email minta pi sekolah depa, bukan takat negeri Kedah ja, nun di Penang nu pun ada. Saya reply habag kata tunggu sat, sebab kami dok buat ni bila ada masa ja, payah sikit nak set time.

Saya rasa kalau cikgu-cikgu ramai dok ikuti kedahlanie ni, admin nak kena boh mai banyak sikit artikel-artikel yg berkaitan dgn isu pendidikan dan yg sewaktu dengannya. Saya tetap merasakan bahawa selain drpd isu kemiskinan dan peluang pekerjaan serta permasalahan politik semasa, isu pendidikan masih wajar diberi tempat yg utama di negeri Kedah ini kerana sesungguhnya hanya melalui pendidikan sahajalah, insyaallah rakyat kedah yg masih hidup di bawah paras kemiskinan ini akan dapat melonjak keluar drpd orbit kemiskinan itu.

Berbalik kpd bab cikgu dok baca Internet ni; sekali tu pulak saya pi amik results periksa anak saya kat sek men keb sultan badlishah, kulim kedah. Waktu dok tunggu giliran, mailah sorang cikgu ni mai sembang.

Sembang pi sembang mai, aik mcm dia kenai lama saja. Bila saya habag kata, budak-budak ni selain drpd perlukan perhatian dan bimbingan drpd guru-guru dan ibubapa, depa perlu juga selalu kena bancuh dgn sessi-sessi motivasi. Lepas tu saya habaglah yg saya dgn kwn-kwn selalu dok buat ceramah mtvc foc kerja-kerja amal kat sekolah-sekolah di Kedah dan Penang ni; kalau perlu bolehlah kami mai bantu di sek men sultan badlishah ni.

Tak dan saya nak sembang habis, cikgu tu cakap, dia kata dia tau.

Aik, cikgu tau mana?

Rupa-rupanya cikgu ini pun ada pernah terbaca juga tulisan saya dalam Internet.
Kecik ja rupanya dunia siber ini.

Sembang pi sembang mai, adjust pi adjust mai, last sekali, hari Khamis mlm jumaat baru ni 6 Ogos 2009, bersama-sama dgn 4 orang rakan yang lain, kami turun pi bagi ceramah mtvc kat budak-budak sekolah tu. Puas hati bila at the end of the session budak-budak tu nampak teruja sungguh tengok rakan-rakan saya di bawah ni dok kongsi dgn depa slides gambar2 depa kat oversea hari tu. Saya ingin mengambil kesempatan di sini utk mengucapkan ribuan t.kasih kpd rakan-rakan saya di bawah ni, yg bukanlah penceramah mtvc pun, tapi mampu berkongsi pengalaman bagi tips dan petua mcm mana nak berjaya dlm pelajaran kpd anak-anak kita di Sek Men Sultan Badlishah itu:

1. Mohd Aznee Bin Othman - Univ of Salford, Manchester, UK
2. Mohd Firdaus Bin Mohd Noor - Nasional University of Asutralia
3. Russyazila Bt Ahmad - University of Akita, Japan
4. Suriyati Bt Ismail - University of Yamanashi, Japan

Terima kasih banyak-banyak (saya cuma jadi MC saja); moga kerja buat mereka ini akan diberi balasan pahala yg setimpal, dan moga ianya akan menjadi manafaat yg berpanjangan buat anak-anak bangsa khususnya di negeri Kedah, negeri Hijau Kunin ini.

Point yg saya nak habagnya, kadang-kadang kita tak perlu tanya apa yg kerajaan pusat dah buat, apa yg kerajaan negeri dah lakukan untuk kesejahteraan rakyat jelata; sebenarnya - kita sendiri boleh buat, dengan cara dan within kemampuan kita.

Kalau kita sama-sama mainkan peranan kita, insyaallah Kedah Sejahtera ka Kedah Gemilang ka, insyaallah semuanya dapat kita usahakan.

Wallah hu aklam.

Moga ada manafaatnya.

moniermatdin@yahoo.com
11 Aug 2009

No comments:

Post a Comment

Followers