Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

9/06/2009

Anak-Anak Yatim Balik Pulau






Assalamualaikum

Malam tadi, kali ke-3 sdra Yusa menghubungi saya sejak 2 minggu yang lepas suruh habag kat kawan-kawan kot-kot kalau ada yang nak turun pi belah Pulau Pinang sana, nak ajak pi tengok satu rumah anak Yatim tu yg tengah "sesak" sekarang dari segi perbelanjaan harian. Kata Yusa, ikut kata pengurus rumah anak yatim tu, dulu okey tapi sekarang sejak ekonomi merudum ini dah tak ramai org dok mai bagi sumbangan, makanya makan minum dan perbelanjaan harian budak-budak tu teruk terjejas.

Saya habag kat Yusa, saya kata nanti saya nak cek dgn Tn Hj Ahmad, Pengurus rumah Anak Yatim Al-Farabi di SIK, Kedah yg selalu team Wargakilang dok pi melawat tu. Tak silap saya, dulu hj Ahmad ada cerita ada anak yatim drpd Balik Pulau yg dipindahkan ke rumah anak yatim al-farabi di Kedah sana, jadi depa mungkin ada link.

Kata Hj Ahmad: Dulu rumah anak yatim di Balik Pulau tu okey, ada orang dok support, ada sorang Korporat tu dok seponsor bulan-bulan, tapi la nie sejak ekonomi meleset, Korporat tu dah tak support dah, itu yang mungkin jadi mcm tu kot.

Sibuk pi sibuk mai, dah dekat 2 minggu dah, tak sempat nak turun pi Balik Pulau sana (sedikit jauh bagi org-org yg dok belah Kedah mcm saya ni).

Hari ini, bila Yusa hantar kisah di bawah ni, saya rasa bersalah pulak tak ajak kawan-kawan turun pi jengok pi.

Malam tadi, lebih kurang jam 12 mlm, bila Yusa called, bila dia kata:

"Munir, aku dah send email pasal rumah anak Yatim tu; nak minta tolong hang, tolong lah heboh kan kat mana-mana internet, kesian depa, depa memamg tengah sesak sungguh - minta tolong lah kawan kawan pakat mai tolong bagi bantuan apa patut. Aku dah pi tengok sendiri dengan wife aku tadi!!"

Saya pun tak tau nak kata apa; mcm org lain jugak cuti weekend mcm ni kalau boleh nak lah rilek dengan anak bini, nak bawa anak-anak pi main bowling ka apa. Nak turun pi, tengok lah dulu mcm mana nanti. In meantime, sebagai menunaikan amanah kawan baik saya, org kuat NGO Wargakilang. com ini, saya dengan ini memforwardkan email beliau di bawah ini ke persada INTERNET untuk tindakan tuan-tuan dan puan-puan seterusnya. Kalau ada masa turun lah mai pi; kalau x berkesempatan bolehlah hubungi sdra Yusa di talian di bawah untuk rujukan selanjutnya.

Moga kerja buat kita ini akan dicatat sebagai satu balasan PAHALA yang berkekalan di SANA kelak, mudah-mudahan.

wsl
moniermatdin@ yahoo.com

^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^

From: Sdra Yusa (Pengerusi Biro Motivasi WARGAKILANG. COM)
BALIK PULAU, PULAU PINANG
Tarikh: 9 Mei 2009

Per: MOHON BANTUAN - Pusat Nasyiatul Aisyiyah, rumah Anak Yatim B.Pulau

Petang tadi kira2 jam 3:30 sempat jugak singgah ke Pusat Nasyiatul Aisyiyah. Itupun selepas 2X buat appt dgn Ustazah Rohani seorang ibu yg bertanggungjawab menjaga serta membesarkan 25 org. anak2 Yatim di sebelah utara ni.

Saya pergi bersama wife dan anak2. Wife saya dah beberapa kali berjumpa dan berbual dengan Ustazah Rohani. Kata Ustazah Rohani, tahun lepas banyak jugak dapat sumbangan dari org. perseorangan dan korporat2 dalam bentuk cash dan barang2 makanan untuk budak2 ini.

Tapi start dari hujung tahun sudah, sumbangan amat menyedihkan mungkin juga katanya sebab ekonomi meleset. Dulu2 banyak org. kilang yg bagi sedekah duit dan barang2 makanan, tapi la ni mungkin mereka2 ni pun dah banyak yg hilang pekerjaan agaknya. Itu pun kata nya, nasib baik
ada tokeh2 Cina yg dapat untung bisnes hantaq barang makan beras, kopi, gula dsbnya.

Budak2 ni umur dalam 4 bulan hingga ke 14 tahun. Total 25 org. Kebanyakan ditinggal kan oleh emak ayah disebabkan kematian dan perpisahan. Baby yg Ustazah dukung itu jumpa di masjid, tak tau siapa emak ayah dia, so Ustazah tu la yang jaga dibantu oleh anak2 nya.

Bantuan diperlukan dalam bentuk cash to support daily maintenance budak2 tu dan juga sumbangan barang2 makanan harian.

Maklumat lanjut boleh hubungi saya di 012-4885242.

wsl.
yusa
Balikpulau
Penang



From: "Wahab"
Date: Sun Jul 19, 2009 8:50 pm
Subject: RE: [warga_kilang] Pusat Kebajikan Anak Yatim Nasyiatul Aisyiyah, Balik Pulau, Penang - my update [

salam semua.
Hari sabtu yg lepas ditemani 2 sahabat dari Renesas kami telah sampai
ketempat yg dimaksudkan oleh AO, ustazah Rohani xada kat rumah pada hari
kunjungan, Cuma pak mat 66 yg entertain kami pada hari tersebut.

Rumusan dari kunjungan, pusat penempatan Nasyiatul Aisyiyah adalah rumah
transit kepada anak anak kecil datangnya dari perbagai background, anak anak
yatim. Piatu, anak anak terbiar, galendengan, juga anak anak yg diselamatkan
daripada conversion, gadis2 remaja dari kancah sosialisme dan perbagaian
masalah.

Sepanjang kunjungan kami, pak mat mendukung gadis kecil berusia 7 bulan
diberi nama aisyah, bapa dan ibunya berkahwin dithailand, ibunya kristian
manakala bapanya pemuda tempatan, kemudian ibunya ditangkap kerana melanggar
permit kerja atas sebab tidak boleh mengandung semasa permit masih berjalan,
kemudian gadis kecil ini diserahkan kepada pihak kristian tetapi
diselamatkan oleh ustazah rohani dan ditempatkan dirumah transit tersebut
dan aisyah hanyalah sebahagian dari cerita daripada puluhan anak anak yg
ditempatkan disitu, yg ada kelapangan bolehlah luangkan masa dan berkunjung.

Secara keseluruhan, rumah tersebut mendapat sumbangan utk terus survival,
jadinya yg ingin menyumbang bolehlah channelkan ke tempat lain yg lebih
memerlukan.

Wassalam.
Wahab

1 comment:

  1. Assalamullahu Alaykum wbt..

    Semoga Allah merahmati kalian semua di atas bantuan yang dihulurkan. Jika kita masing-masing menghulurkan RM 10, seribu orang dari RM 10 setiap bulan, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan anak-anak ini. Jika 10 ribu orang dengan RM 10 setiap seorang, alangkah terbelanya mereka.. Di sini, saya memohon kalau boleh mempamerkan NOMBOR AKAUN yang terus kepada penjaga, adalah lebih baik. Dengan kesibukan zaman dan masa, mungkin tidak semudah dulu untuk meluangkan masa bagi menziarai anak-anak kesayangan ini. Namun, insya Allah akan kita semua sama-sama usahakan mencari ruang supaya dapat mengusap kepala anak-anak ini..insya Allah..

    Aballayth.

    "Dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya" (QS Al-Hadid: 7)

    Menolong dan membela yang lemah, mustadh'afin, adalah tanda-tanda orang yang bertakwa (QS Al-Baqarah: 197)

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya."

    Riwayat Ibnu Majah

    ReplyDelete

Followers