Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

9/11/2009

Jln-Jln Cuti Sekolah: the other side of Kuantan









Seperti yang dirancang, sempena cuti sekolah awal bulan Jun 2008 di minggu yang lepas, bersama-sama dengan beberapa orang rakan khususnya drpd kawasan Pantai Timur; kita telah berjaya mengadakan mini gathering wk di sana.


Terima kasih kpd yang hadir terutamanya kpd sahabat kita sdra K.Azry Edrus dari kilang WD yang sanggup drive mai pagi-pagi lagi bertolak dari KL/Raub ke sini, juga kpd seorang sahabat kita yang kerja di Kuantan tapi hari jumaat tu dia ada di Kedah makan kenduri di sana, nak join punya pasal, dia pecut mai sampai jam 3.00 pagi, walaupun penat dan ngantuk tapi sempat juga join kita pagi esoknya.


Dan minta maaf kpd yg terpaksa kansel plan depa last minit kerana mis-communication di pihak saya, dan minta maaf juga kpd yang hadir tetapi tak sempat join xtvt, cuma dekat hari nak balik baru tau kata memba kita tu pun ada check-in dengan keluarga di Cherating Bay Resort tu; dia dok ingatkan xtvt masuk kg kita tu jatuh hari Ahad, walhalnya hari Ahad tu kita dok kira nak check out dah; kot mana pun, t.kasihlah kpd sahabat kita drpd kilang ALPS Jengka ni yang bersusah payah turut hadir; next time kita plan properly.


Last sekali, t.kasih banyak-banyak kpd sdra Andansura dan rakan-rakan daripada kawasan perkilangan Gebeng dan sekitar yang sudi menjadi penunjuk jalan kpd kita hari tu.


Walaupun majlis tak begitu lancar sangat (mungkin sebab sdra Lukman x dak nak organize BBQ dan xtvt untuk anak-anak), namun matlamat kita untuk bercuti sambil melakukan kerja amal itu alhamdulillah sedikit sebanyak tercapailah jua rasanya.


Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sahabat-sahabat WK kita di sana, ada 4 keluarga semuanya yang kita kunjungi hari itu. Keluarga pertama dan kedua terletak di kawasan Ulu Balok iaitu di Kg Tebing Tinggi, Tebing Balok, Kuantan. Keluarga pertama ada 7 org anak, bekerja kontrak di kilang berhampiran dan seorang lagi Nelayan dengan tiga orang anak kecil yang tinggal berhimpit di rumah seakan-akan rumah kongsi seperti yang dlm gambar yang disertakan ini. Bekalan letrik hanya mengharapkan seutas wayar yang disambung drpd rumah jiran bersebelahan.


Keluarga ke-tiga, rumah Pok Kholid atau nama penuhnya Razak Embun (61) dengan 7 org anak-anaknya, dan keluarga ke-3, Puan Rogayah (43) seorang Ibu Tunggal dengan 5 orang anak di Kg Sg Karang Darat, Kuantan, Pahang.


Antara keempat-empat rumah yang kami kunjungi itu, saya tersentuh dengan kedaifan hidup 7 orang anak-anak Pok Kholid yang tinggal di dalam rumah yang (seperti kata sahabat saya sdra Ahmad Husin dari kilang WD) dari luar nampak macam rumah, tapi kat dalam tak sangka ada orang boleh tinggal dalam rumah macam itu.


Lihatlah gambar rumah Pok Kholid yang disertakan ini; dapur tak macam dapur, bilik air entah ke mana, tiada bilik tidur yang khusus apatah lagi ruang untuk anak-anaknya belajar dengan sempurna. Bumbungnya pula, sini tiris sana bocor, wonder macam manalah anak-anak beliau yang 7 orang tu survive malam-malam.


Saya cuba nak ambil gambar bumbung bumbung yang tiris dan bocor tu tapi tak tahu nak ambik yang mana satu sebab banyak sangat kawasan yang berlubang, yang retak yang nampak langit dan sebagainya. Mungkin kerana tiada ruang untuk kain baju dsgnya, maka boleh tengok kain baju dan tilam bantal selimut dan pakaian harian bersepah sini sana, bukan sebab tidak dikemas tapi memang tiada ruang untuk semua itu; seolah-olahnya rumah itu ibaratkan reban ayam, janji ada sedikit dahan untuk bertenggek, sudah memadai untuk dibuat tempat mengeram.


Ringkasnya, suasana dalam rumah tersebut tidak langsung sesuai untuk pembesaran khususnya dari sudut pembelajaran kpd anak-anak Pok Kholid ini; mungkin kerana itulah daripada 7 orang anak-anaknya itu, yang sulung, patutnya sekarang di Ting-3 tetapi belum pun habis form 1, sudah pun jadi drop-out, terkandas hingga sekarang.


Beliau ada 7 orang anak semuanya: Supian (kandas), Syawal T-2, Riduan T-1, Hakim D-6, Nurul D-1, Sakinah 4 thn dan Firdaus 2 thn. Kebetulannya saya pun punyai 7 orang anak dalam lingkungan usia yang hampir serupa; tak boleh saya bayangkan bagaimana anak-anak saya nak ulangkaji pelajaran mereka malam-malam jika ditakdirkan mereka di-kremkan dalam ruang sempit yang sedemikian rupa.


No wonderlah, patut pun Abang Hashim, seorang aktivist sosial yang aktif membantu masyarakat terpinggir di sekitar Kuantan, sejak mula lagi beria-ria mengajak kami ke rumah Pok Kholid. Kata Hashim, kebetulannya beliau dan rakan-rakan memang sedang berusaha untuk membantu keluarga Pok Kholid ini; mereka sudah pun mendapat sumbangan drpd orang perseorangan dalam bentuk pasir dan bata untuk membaiki rumah itu, cumanya yang kurang sekarang ialah sumbangan untuk menukar atap rumahnya itu. Jika ada yang sudi menyumbang, insyaalah beliau dan rakan-rakan boleh tolong baiki rumah tersebut secara gotong royong.


Kami tak dapat janji apa-apa sebab kami ni mai sekali sekala saja; saya dari Kedah dan lain-lain dari KL, kalau nak kutip sumbangan sukarlah sikit sebab kami ni bukan jenis dok kutip-kutip derma ini, cuma sekedar menulis dan mengharap ada insan-insan berdekatan yang sudi membantu dan datang sendiri memberi sumbangan.


Moga sumbangan kalian untuk membantu memberi perlindungan kpd keluarga Pok Kholid yg kerja kampung/kontrak/ ambik upah meracun dll ini; moga setiap keping bumbung yang dihulurkan itu akan dibalas di SANA kelak sebagai bumbung-bumbung yang bakal memberi perlindungan yang abadi di hari yang tiada apa yang mampu melindung kita melainkan amal jariah kita di dunia ini. Mudah-mudahan.


Jika ada yang berminat ingin membantu, khususnya kpd rakan-rakan kita di kawasan Industri Pantai Timur seperti di Gebang dan terutama sekali kpd rakan-rakan di kawasan Oil & Gas kaw Industri Kerteh, bolehlah hubungi Abang Hashim di no tel: 0148168991; insyaallah beliau boleh tunjukkan jalan ke rumah Pok Kholid ini.


Di akhir expdisi, kami singgah makan keropok leko di sebuah gerai makan berhampiran; ada satu kata-kata drpd seorang sahabat, anak tempatan di situ yg sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga saya. Kata beliau, kira-kira 80% Anak Jati Kuantan/Kemaman sebenarnya masih hidup di bawah paras kemiskinan; yang kita nampak senang dan mewah itu rata-ratanya adalah orang luar yang datang mencari rezeki (bekerja) di situ.


Kemasukan orang luar, dengan kerja gaji ribu-ribu menyebabkan taraf hidup dan cost of living meningkat. Harga barang naik, tetapi anak jati di situ masih hidup seperti dulu, kais pagi makan pagi kais petang makan petang seperti Pok Kholid ini. (Waktu kami ke situ, beliau baru pulang dari ambik upah meracun, dapatlah RM10 upah untuk pagi itu).


Nak salahkan orang luar pun tak patut juga, tetapi nak membiarkan orang-orang seperti Pok Kholid ini terus-terusan terpinggir sehinggakan anak-anaknya kandas dalam pelajaran pun tak patut juga; lalu as individu apa yang mampu kita lakukan?


Mungkin antara caranya khususnya kpd kpd rakan-rakan kita yang bekerja dan mencari rezeki di sana, bolehlah hubungi orang-orang seperti Abang Hashim dan aktivist sosial di situ; sesekali jika ada kelapangan ajaklah mereka masuk ke kg-kg di kaw sekitar, jenguk-jenguklah mereka dan hulurkanlah apa saja sumbangan yang termampu. Kami di Wargakilang. com merasakan selain sumbangan berupa kebendaan, orang-orang seperti Pok Kholid ini perlukan bimbingan dalam bentuk ceramah-ceramah motivasi untuk mereka dan juga anak-anak. Rasanya itulah benda utama yang mereka perlukan.


Bantulah mereka, moga 6 orang lagi anak-anak Pok Kholid ini tidak akan terkandas lagi seperti abang sulung mereka!


monier_matdin@ yahoo.com


10.6.08


http://moniermatdin .blogspot. com





No comments:

Post a Comment

Followers