Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

9/11/2009

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Musim Buah




Menyambung kisah expedisi kami masuk kg pada hari weekend yang lalu:


Seperti yang ditulis dalam tulisan yang sebelum ini; kerana kebetulan waktu kami masuk kg kali ini adalah musim buah, maka di sepanjang-panjang perjalanan kami tu boleh tengok gerai-gerai buah di tepi jalan, dan bila masuk ke dlm kampung pula, buah moktan, buah dokong kadang-kadang tak payah jengket kaki, pakai huluq tangan pun dah boleh ambik, nak habag kata memang musim buah sungguh kali ini. Tapi, fikir sekali kesian pulak kat org kampung, macam kata sorang makcik tu, sekarang ini sebab lebat sangat musimnya, maka buah-buah yang lazimnya menjadi sumber rezeki org2 kampung di tahun-tahun yg lalu seperti dokong dan durian misalnya, sekarang ini kalau org jual Dokong RM4 sekilo pun x dak org nak beli dah.


Kat psr-psr mlm berdekatan, buah durian org jual pakai longgok saja. Buah Moktan pulak ada yg jual 1 ikat (entah berapa kilo) RM2 saja...mcm bagi free saja. Tat pa lah, w/pun x leh buat duit tapi rezeki yg melimpah ruah tu ada rahmatnya jugak, waktu inilah anak beranak dan saudara mara pakat mai balik ke kg pi jenguk mak ayah sambil bawa anak-anak makan buah.


Ops, bukan kisah buah yg saya nak tulis kali ini. Macam yg saya cakap dengan bro Zek yang naik keta saya tu, kali ini saya x tau nak tulis kisah mana dulu sebab setiap keluarga yg kami singgah tu ada kisah-kisah tersendiri. Rasanya kalau saya sentuh secara sekali lalu permasalahan beberapa buah keluarga itu, mungkin mampu menjadi tazkirah ringkas buat kita semua.


Misalnya: dalam gambar yang disertakan ini ialah kisah seorang Ibu Muda bernama Puan Sadariah dlm lingkungan usia awal 30an.


Perjalanan takdir menyebabkan beliau yang dulunya tinggal bersama suami di Sg Petani Kedah, kini terpaksa pulang menetap di rumah pusaka keluarganya nun jauh di pedalaman Baling, menjaga abang dan juga adik perempuannya yang cacat sejak ibunya pulang ke rahmatullah kira-kira 40 hari yang lalu.


Perjalanan takdir juga menguji beliau bila mana setelah melahirkan anaknya yang juga cacat (dlm gambar) beliau sudah tidak mampu lagi melahirkan zuriat. Dan Ujian takdir barangkali, di celah-celah itu pula, dalam keadaan diri yg sudah tidak mampu melahirkan anak dan sibuk pula menjaga anaknya yg cacat (x mampu bercakap bergerak berjalan etc) suaminya pula sudah buka cawangan baru. Tak apalah, itu kisah peribadi mereka suami isteri; yang saya nak tekankan di sini ialah pasrah dan tabahnya hati manusia yang bernama WANITA ini apabila diuji sebegitu rupa.


Pagi tadi di tempat kerja, sdra Nizam yg turut serta ke sana bertanyakan saya tentang abang kpd Sadariah yang bernama Harun itu, kata Nizam beliau cukup rasa sedih bila melihat Harun berjalan menggunakan dua tapak tangannya mengensot-ngensot sepanjang kakilima rumah untuk masuk ke ruang tamu menyambut kedatangan kami. Harun cukup seronok apabila menerima baju terpakai yang dikirimkan kpd kami itu; lihatlah dlm gambar ini, w/pun x berapa boleh bercakap tapi dia cuba juga bercakap dlm patah-patah perkataan yang kami x berapa paham, sambil memegang-megang baju terpakai berwarna merah itu seolah-olah menyatakan rasa terima kasih yg tidak terhingga kerana setelah 40 hari Bondanya pergi,akhirnya ada juga insan yang sudi menghulurkan pakaian walaupun hanyalah sehelai baju terpakai seperti itu.


Selama ini, sedari kecik, Bonda beliau itulah yang membesarkan beliau dan adiknya Aishah dengan penuh kasih sayang. Kini tugas itu akan diambil alih oleh kakak kpd Aishah pula, iaitu Puan Sadariah.


Adik kpd Harun, si Aishah yg juga cacat dan x mampu bertutur jelas itu pula hanya mampu melihat, entah apa yg difikirkan beliau wallah hu aklam.


Dan, melihatkan anak Puan Sadariah yang terkulai di pembaringan itu, kami pun x tau nak tanya apa; kata Pn Sadariah mcm tulah keadaan anaknya, nak buat mcm mana dah takdir, terima sajalah dengan redha.


Kami tahu kunjungan kami yg hanya seketika itu pastinya tak akan mampu menghilangkan bebanan Ujian Takdir yang Pn Sadariah sedang hadapi itu, namun apabila melihat abang beliau si Harun tu begitu happy dan tersengih-sengih gembira dengan baju terpakai itu, sekurang-kurangnya buat seketika, Pn Sadariah dapatlah juga turut tersenyum sama.


Dalam kereta, saya kata kat Zek:


"Mungkin kisah Ujian untuk Pn Sadariah itu boleh dijadikan satu tazkirah untuk kita semua; kalau kita ingat kita ada masalah, rasa-rasanya Pn Sadariah lagi teruk masalahnya. Dah la x dak kerja apa, hanya mengharap simpati saudara mara, terpaksa pula menghabiskan sisa-sisa usianya untuk meneruskan perjuangan arwah ibunya menjaga abang dan adiknya yg cacat dan juga anaknya sendiri yang juga cacat; sudahlah x mampu melahirkan zuriat, kini terpaksa berkongsi suami dengan wanita lain pula. Entahlah, kalau kita rasa berat memandang maka sudah pastinya berat lagu bahu Pn Sadariah memikulnya"


Ini semua adalah Ujian Hidup, kita ni yang bernama manusia, selagi mana kita hidup di dunia, maka selagi itulah kita tak akan dapat lari drpd Ujian-Ujian hidup ini. Jika kita sedang diUji, maka ingatlah itu adalah lumrah untuk seorang insan yang bernama manusia. Kalau kita rasa berat sangat Ujian untuk kita itu, saya rasa Ujian untuk Pn Sadariah jauh lebih berat lagi rasanya. Moga kisah ketabahan dan kecekalan seorang isteri bernama Pn Sadariah dalam menempuh ujuan takdir ini ini akan dapat dijadikan iktibar dan tazkirah buat kita semua.


Bukan Hidup Namanya Jika Kita Tidak Diuji.


Sekian sebuah kisah Realiti Kehidupan.


Moga ada manafaatnya.


monier_matdin@ yahoo.com

7.8.08

http://www.moniermatdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Followers