Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

10/14/2009

Hari Ahad Ini Hari Raya

Pejam celik pejam celik, hari Ahad ni dah hari Raya.

Sebut kata Raya, memang semua org excited sungguh dok tunggu Raya.
Anak-anak saya kat rumah ni pun sama, sekali tu waktu tgh tunggu nak bukak posa, saya tanya depa hari tu hari yg keberapa dah Posa? anak saya hat sorang tu jawab:

"Hari ke - lagi enam hari nak Raya!!"

Tu dia, nak habag kata, depa memang dok tunggu Raya sungguh.

Ironiknya Raya anak-anak saya dan kami sekeluarga ini tak seropa dengan Raya kebanyakan orang, tapi depa tetap dok tertunggu juga kedatangan hari Raya ini. Ya lah, mana nak seropanya - kalau pagi raya pertama tu raya di Kedah, mlm tu hampir dinihari baru sampai Terengganu, esok tu baru raya di Terengganu; makna kata hari raya pertama tu most of the time habis masa dalam keta antara Kedah-Perak- Kelantan dan Trengganu saja.

Dan, saja nak habag kat hangpa in case hangpa tak tau - bukan saja kami satu family mcm tu, on the way balik ke Terengganu thru timur barat tu, kami dok jumpa ramai family yg mcm kami, pakai baju raya beraya kat tengah jln, kat hentian tasik banding, puncak titiwangsa dll. Pendek kata, di kala hangpa dok meriah raya di kg halaman masing-masing, sepanjang jln timur barat tu pun meriah gak dgn family-family dok beraya dlm kereta cara depa; ada yg on the way ke Perak/Kedah/ Utara dan ada yg menghala ke Kelantan/Tganu/ Pantai Timur mcm kami ni, meriah sungguh.

Yg bestnya bila beraya kat dua negeri yg agak ketara berbeda ini, kita dapat merasa dua senario yg berbeza; misalnya tang bab makan - memang jauh beza. Saya dulu tak berapa perasan, lama lepas tu baru perasan bila mana org rumah saya tak berapa selera nak makan ketupat yg dimasak cara Kedah (yg depa kata mcm ketupat mentah); rupa-rupanya di Tganu ketupat selepas direbus, depa akan goreng, lepas goreng baru dihidang dan dimakan, kalau tak goreng (mcm di Kedah) dikira masih mentah. No wonder bila mula-mula kawin dulu, bila balik beraya saya dok heran awat la ketupat di Tganu tu depa suka goreng, takkan kot sebab keropok kena goreng, maka ketupat pun nak kena digoreng jugak..:-))

Tapi, ada satu benda yg tetap sama - bab kutip duit raya untuk anak-anak. Kat Kedah sama dan kat Tganu pun sama. Saya tak dak masalah dgn bab tu, sebab bagi saya budak-budak memang excited dok tunggu raya setahun sekali nak kutip duit raya ni. Alah, biaq pi kat depa lah, nanti bila sampai tang peralihan usia (darjah 5 ke darjah 6) depa akan malu sendiri dan tak pi kutip dah. Saya ada 8 org anak, setakat ni saya dah tengok 3 org anak-anak saya dah melalui zaman peralihan tu, kesian ada nak tergelak pun ada bila depa sedang berada di waktu peralihan usia tu. Ya lah, tahun lepas boleh pusin satu kg pi kutip duit dgn sepupu sepupu depa, tapi tahun ni depa dah jadi segan sebab badan dah besar dan usia pun dah meningkat, depa sendiri naik segan nak pi pusin kutip duit raya.

Ada anak saya sorang tu, waktu dia sedang berada di zaman peralihan tu, w/pun segan dia cuba gagah pi jugak, tapi dia patah balik separuh jln sebab dia sendiri naik rasa malu, last-last dia jadi tukang kayuh basikal bawa sepupu-sepupu dia hat kecik-kecik tu hantar rumah ke rumah pi kutip duit raya - dan dia...makan komisen!!, ha ha ha....(sekarang anak saya ni dah masu MMU, sure dia tergelak kalau saya ulang cerita bab ini).

Sebab tu saya memang sediakan wang kecik habuan nak bagi kat budak-budak tu. Tat pa haih - meriah setahun sekali saja. Tak dak nak bangkrap haih bagi duit raya kat budak-budak! !

Okeylah, saja lah saya coretkan sedikit kisah berhari raya itu utk dikongsi bersama. Masing-masing kita tentu ada kisah raya yg tersendiri, tiap kali teringatkan Raya ianya pasti akan membuka pintu kenangan masing-masing; memang bukan saja kanak-kanak tapi kita yang sudah melangkah usia ini pun tentunya ternanti-nanti kedatangan pagi Syawal ini - atas sebab musabab masing masing.

Lantaran itu, di mana jua kalian semua berada dan dari pintu kenangan mana sekali pun kisah raya kalian menjelma, saya dengan ini, dengan penuh takzim dan salam persahabatan ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Berhari Raya dan Maaf Zahir Batin di atas sebarang keterlanjuran buat sahabat-sahabat semua. Doakanlah keselamatan kita masing-masing di sepanjang musim perayaan ini, moga di lain kali kita akan ketemu lagi.

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

moniermatdin@ yahoo.com
&
K E L U A R G A
26 Ramadhan 1430H
http://www.moniermatdin.blogspot. com

10/09/2009

Jln-Jln Hari Merdeka: Sebuah Rumah di Kaki Rimba

Antara koleksi tulisan terawal Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang: 31 Ogos 2004

Dalam perjalanan seterusnya cikgu Basri membawa kami ke sebuah rumah usang yang terletak nun jauh di pinggir rimba. Rumah yang terletak di penghujung kampong di sempadan Kedah/Perak antara Mahang Kedah dan Bertam Perak ini dihuni oleh adik Nursyuhada 15 dan adiknya Syahidah 13 beserta ayahnya Pakcik Usin 46 tahun.

Ketika mengekori motor cikgu Basri mencari arah ke rumah Pakcik Usin ini, jenuh juga kami terpaksa berhenti sana sini. Sebabnya ialah kerana cikgu Basri sendiri tak berapa pasti jalan ke situ. Bila cikgu Basri bertanyakan di mana rumah adik Nursyuhada kepada seorang anak muridnya di kampong itu, budak tu cakap:

"Rumah dia...nuuuu...dok jauh dalam hutan nu cikgu!!"

Kata Sabki (geng Wargakilang dari Mahang) pula sambil melawak:

"Tu dia aih, dah la Mahang ini pun depa kata Ulu dah..... Ini duduk di dalam hutan pulak di Ulu Mahang....lagi la jenuh!"

Rupa-rupanya apa yang dimelawakkan oleh Sabki itu bukan lawak, memang sungguh pun.

Oleh kerana kereta tak boleh masuk, kami terpaksa menapak berjalan kaki meredah denai, jalan dusun dan hutan getah menuju ke sana. Saya tak pasti berapa jauhnya rumah tersebut dari jalan besar, tapi cukup jauh hinggakan anak-anak Wahab yang 2 orang tu (dalam gambar di tepi perigi) mengeluh tanya awat la jauh sangat. Nasib baik cikgu Basri bawa motor, tak payahlah dua orang anak Wahab tu jalan kaki ke sana.

Sesekali meredah pinggir hutan memang menyeronokkan. Bila mendengar bunyi riang-riang dan cengkerik rimba berlawan irama, rasa satu macam ketenangan bermain di jiwa. Lupa sebentar suasana riuh dan sibuknya tempat kerja.

Namun, bagi mereka yang tak biasa dengan suasana denai hutan macam tu mungkin agak gabrah juga; misalnya waktu tengah dok meredah lorong kecil antara celah-celah hutan getah dan kawasan dusun, ketika seorang sahabat dok cerita pasal bekas-bekas kesan tapak kaki babi yang ditemui, tiba-tiba ZASSSS!!!!.....sdra Rashid tiba-tiba macam terperanjat nak angkat cabut lari. Saya pun tumpang terkejut, dok ingatkan sang Babi, rupa-rupanya sekoq lembu secara tiba-tiba meluru keluar daripada celah-celah semak hutan tu betul-betul di hadapan kami. Terkejut beruk kami!

Jauh juga perjalanan ke rumah pakcik Usin tu, peluh la jugak. On the way, kami ternampak satu bangsal kecik mungkin tempat org tunggu durian atau tempat rehat; kami singgah sekejap melepas penat di situ. Jalan punya jalan, ikut kebun dan jalan hutan, last-last kami sampai juga ke rumah pakcik Usin. Beliau tak ada di rumah, yg ada cuma anaknya adik Nursyuhada 15 tahun dan 2 org teman sepermainannya dari kampong yg sama.

Terkejut juga adik Nursyuhada ini bila melihat rumah ayahnya yg jarang-jarang menerima tetamu tiba-tiba entah sapa-sapa yang datang; dah la muda-muda belaka, ramai pula tu. Nasib baik ada cikgu Basri menerangkan tujuan kami datang.

Rumah ayah Nursyuhada ini nak kata rumah pun, boleh lah kata rumah; tapi bagi sesetengah orang mungkin lebih kurang macam bangsal saja. Bangsal ka apa ka, di rumah inilah pakcik Usin membesarkan Nursyuhada dan adiknya Syahidah sejak 15 tahun yang silam, seorang diri tanpa seorang isteri di sisi.

Bila ditanya adik Nursyuhada mana ibunya; macam segan saja dia nak cerita. Ibu dan ayahnya sudah lama berpisah seusia beliau masih belum darjah satu lagi. Tinggallah beliau dua beradik dengan ayahnya di situ sementara adik bongsunya yang kini dalam darjah 5 mengikut ibunya.

Ketika kami di sana, ayahnya tiada di rumah kerana tidak seperti majority kita yang dianugerahkan cuti sempena hari Merdeka; pakcik Usin terpaksa bertugas meneruskan kerja hariannya menjual pucuk paku di pekan-pekan berhampiran.

Menurut Nursyuhada, ayahnya cuma ada di rumah selang sehari; iaitu sehari mengutip pucuk paku dan sehari lagi ke pekan menjualnya.

Kadang-kadang bila kelapangan adik Nursyuhada turut sama-sama membantu ayahnya mengutip pucuk-pucuk paku yang kami lihat banyak kedapatan di kawasan berpaya berhampiran, dan antara rutin beliau bila pulang dari sekolah ialah membantu ayahnya mengikat pucuk-pucuk paku mengikut timbangan yang tertentu.

Sekali fikir tentu tekanan hidup yang cuma berayah tanpa ibu di sisi dan terpaksa pula membantu ayahmencari rezeki dalam usia yang masih mentah tentunya mengganggu konsentrasi pelajaran anak-anak ini. Tapi, kami agak terperanjat bila diberitahu yang Nursyuhada ting 3 dan adiknya Syahida ting 1 itu masing-masing mendapat no 3 dan no 5 dalam Peperiksaan yang lalu.

Kira hebat sungguh la anak-anak pakcik Usin ini.

Lagi satu, kami naik kagum dan respect dengan keberanian dan kecekalan hati anak gadis dua orang ini. Bayangkanlah tiap-tiap pagi kayuh basikal sejauh 4 batu tunggu bas untuk ke sekolah, meredah jalan hutan di pagi buta dalam suasana subuh kelam yang mungkin masih gelap gelita. Kalau calang-calang orang tak berani punya!

Tabah sungguh nampaknya anak-anak pakcik Usin ini berhadapan dengan reality hidup; dan tentu tabah lagiayah mereka yang membesarkan anak-anak tanpa seorang insan bergelar isteri di sisi, tanpa seorang ibu tempat anak-anak mengadu, nun jauh di kaki rimba hanya berbekalkan pucuk-pucuk paku dan hasil hutan sebagai sumber pendapatan. Beliaulah ayah beliaulah ibu untuk anak-anak tersayang.

Kami tak pasti berapa banyak pendapatan bulanan pakcik usin hasil jualan pucuk paku itu, tapi rasanya cukup-cukup makan saja; nak beli benda-benda lain terutamanya belanja persekolahan anak-anaknya itu mungkin kurang berkemampuan.

Bila menjenguk ke dalam rumah, kami dapat rasa anak-anak pakcik Usin memang paham dan cukup paham dengan ketidakmampuan ayah mereka ini. Lihatlah tulisan tangan anak-anak pakcik Usin ini di dinding rumahnya:

Nota Untuk Ayah:

"Cikgu Minta Duit Hari Kantin. Cikgu Minta Duit Yuran (RM24). Bayar Lambat Tak Apa!!"

Tiada kata-kata yang mampu kami gambarkan tatkala menatap tulisan itu, seribu satu keharuan menerpa di lubuk dada. Mungkin itu sudah ketentuan nasib dan rezeki anak-anak pakcik Usin dan Pakcik Usin sendiri untuk menerima ujian hidup yang sedemikian. Moga mereka bertiga akan tabah menempuh hari-hari yang mendatang.

Sebelum pulang, sempat kami tinggalkan pesan kepada adik Nursyuhada untuk terus keep it up dengan keputusan cemerlang dalam pelajarannya, moga suatu hari nanti beliau akan mampu jua melangkah keluar daripada kemelut hidup yang sedang dihadapinya. Sebelum itu sempat kami hulurkan barang-barang keperluan harian sebungkus dua beserta sedikit sumbangan peribadi.

Dalam perjalanan pulang sempat saya tanyakan kawan-kawan yang lain apa lagi yang mereka nampak yang saya tak nampak. Kata Rashid atau Wahab, "Kesian depa, tandas pun pakai tibai atas batang Nyior Nan Sebatang aja!!"

Tak banyak yang kami bualkan dalam perjalanan pulang meredah jalan hutan yang kami lalui tadi; mungkin masing-masing jadi agak terpana kerana tak sangka di celah-celah keriuhan mat-mat motor mengibar Jalur Gemilang sepanjang perjalanan kami ke Mahang pagi tadi, rupa-rupanya nun jauh di kaki rimba di ulu Mahang sana nuu masih ada lagi anak-anak bangsa yang hidupnya sebijik macam kata pepatah Melayu lama:

"Kais Pagi Makan Pagi Kais Petang Makan Petang".

Moga tulisan ikhlas pengalaman kami menyambut Hari Merdeka yang ke-47 ini akan ada manafaatnya untuk rakan-rakan sekelian.

monier_matdin@yahoo.com


1

Jalan-Jalan Masuk Kg: Demi Anak, Ku Rela Dipijak Gajah

Di minggu terakhir bulan Disember 2004, syarikat tempat saya bekerja mengumumkan bonus tahunan untuk tahun ini, yang tertinggi jumlahnya semenjak ianya beroperasi di sini. Seorang rakan sekerja kemudiannya datang berjumpa saya menyatakan hasratnya ingin menyumbangkan sedikit bahagian daripada wang bonusnya itu untuk mereka-mereka yang memerlukan, khususnya masyarakat marhain di pedalaman Baling, daerah

kelahiran saya.

Lalu, pada hari sabtu tanggal 25 Dis 2004, sempena cuti Krismas, saya bersama-sama dengan beberapa orang rakan mengambil keputusan untuk ke Baling lagi. Kali

ini saya bawa sahabat-sahabat saya itu ke rumah seorang ibu tunggal yang saya panggil Kak Zariah, 42 tahun di Kampung Kuala Kuang, Baling Kedah.

Kak Zariah mempunyai 5 orang anak: Mohd Zabidi (ting 2) Mohd Zaini (ting 1), Mohd Zulhairi (darjah 4), MohdIzad (darjah 1) dan Khairunnizad (perempuan - 4 tahun). Setelah kematian suaminya, Kak Zariah menyara hidup beliau dan anak-anak dengan hasil menoreh getah di kebun orang.

Pendapatan bulanan: kalau tak hujan, jika dapat menoreh berterusan, seminggu dapatlah dalam RM100, bahagi dua dengan tuan kebun, dapatlah RM50. Itu pun kalau tak hujan, kalau hujan RM200 sebulan pun belum tentu. Bila ditanya mengenai arwah suaminya,

sedar tak sedar baru beliau perasan - suaminya pulang ke rahmatullah exactly satu tahun sebelum itu iaitu pada hari Krismas 25 Dec 2003. What a coincidence, lawatan kami tepat pada hari anniversary pemergian suaminya ke hadrat Illahi.

Apabila timbul pertanyaan mengenai suaminya, secara tiba-tiba dapat dilihat wajah sayu datang bertandang di mukanya; mungkin pertanyaan kami itu menggamit rasa duka di hati, atau pun mungkin secara tiba-tiba kenangan bersama suami datang menerpa tanpa diundang. Apa tidaknya semenjak ketiadaan alllahyarham, selama satu tahun ini beliau menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak tersayang.

Kalaulah ada arwah, tentunya Kak Zariah tidak lagi perlu berseorangan mengambil upah menoreh di pokok orang, dan tentunya ada rakan untuk menemaninya tatkala heboh satu negara kisah gajah mengamuk di Kampung Kuala Kuang, Baling Kedah hinggakan keluar berita muka hadapan suratkhabar Berita Harian (lihat gambar).

Sebetulnya semasa kami ke sana, Kak Zariah baru saja keluar ke jalan besar dari kawasan hutan getah yang diusahakannya. Kami terus mengajak beliau ke kebunnya hendak melihat kesan-kesan tapak kaki gajah sekiranya masih ada. Tapi menurut Kak Zariah

beliau tak pernah terserempak dengan binatang gajah itu, cuma biasalah kadang-kadang waktu sedang menoreh, kata Kak Zariah: "Mata dok kerling kiri kanan, tunggu masa nak cabut lari", bila jelas terdengar di telinganya suara gajah bertempik sedang mematahkan pokok-pokok kayu di kebun berhampiran. Bagi sesetengah orang, tentunya tidak sanggup; sudahlah seorang diri, perempuan pulak tu. Tapi, apakan daya demi anak-anak, demi sesuap nasi dan demi mencari rezeki, semuanya terpaksa digagahi.

Walaupun anak gajah yang mencuri kain persalinan seorang penoreh dan kemudian menyerang pegawai mergastua yang dihantar masuk itu sudah pun ditembak mati, tapi masih banyak lagi gajah-gajah liar di situ yang bila-bila masa sahaja boleh muncul keluar

dari kawasan Banjaran Bintang berdekatan mengganggu ketenteraman Kak Zariah dan rakan-rakan mencari makan.

Tapi, kali ini jika gajah-gajah itu muncul lagi, bukan kata Kak Zariah atau pun orang kampung, tapi pegawai mergastua sendiri tidak berani bertindak sebarangan. Ya lah, setelah muncul kisah gajah di Baling ditembak mati dalam akhbar tempatan, berbagai

kumpulan yang mengaku menjadi "Sahabat Haiwan" mengkritik keras tindakan berkenaan, kata mereka gajah pun punya hak asasi juga.

Kak Zariah mungkin tidak faham apa itu yang dikatakan sebagai hak asasi haiwan, tapi beliau yakin sebagai manusia, beliau dan orang-orang kampungnya ada juga mereka punya hak asasi, iaitu hak untuk mencari rezeki.

Sebetulnya, saya amat tertarik dengan kisah Kak Zariah ini, bukan kerana kisahnya sebagai seorang penoreh getah di kaki banjaran Bintang yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tapi kerana kisah perjuangan hidupnya sebagai seorang ibu tunggal

yang sanggup berhadapan dengan apa sahaja termasuk risiko dipijak gajah hutan, semata-mata untuk membesarkan anak-anak tersayang. Adalah dirasakan cerita Kak Zariah ini seharusnya dijadikan inspirasi oleh ibu-ibu tunggal dan juga semua kaum wanita di

luar sana. Teruk manalah sangat hidup kita di tengah kota ini kalau dibandingkan dengan beliau di pinggir hutan sana.

Kepada anak-anak perempuan saya, saya turut khabarkan kepada mereka kisah Makcik Zariah ini, tapi biasalah budak-budak perempuan: kadang-kadang kita pun tidak

paham; anak-anak saya itu yang sulung misalnya ada tali pinggang Tae Kwan do warna Hitam berbelang Merah, yang no dua tali pinggang Merah dan yang no tiga tali

pinggang Biru, tapi bukan kata Gajah, lipas mati saya acah nak lempar kat depa pun, habis pakat lari bertempiaran keliling rumah.

Sebenarnya kisah gajah mengamuk di Kg Kuala Kuang ini bukan perkara baru. Beberapa belas tahun yang silam, pernah keluar berita di akhbar tempatan kisah seorang pelajar Politeknik Ungku Omar, budak Kuala Kuang mati diamuk gajah di pinggir hutan. Masih saya ingat lagi kisah Johan anak Ustaz Ghani itu lembik dilanyak gajah tatkala masuk ke hutan mencari buah kerdas bersama rakan-rakan.

Saya ingatkan cerita gajah di Kg Kuala Kuang yg secara kebetulan bersebelahan dengan kampong Padang Dan, kampong kelahiran saya itu cumalah satu cerita lama daripada sebuah kisah silam. Saya ingatkan gajah sudah tiada lagi; saya ingatkan gajah-gajah di hutan berkenaan sudah pun lama menghilang sejajar dengan kepesatan "pembangunan" yang diwar-warkan oleh pelbagai "perkumpulan" yang pernah memegang tampuk

kekuasaan di daerah kelahiran saya ini.

Rupa-rupanya tidak - gajah masih ada lagi. Sedar tak sedar Baling masih tetap seperti dulu, Baling tak banyak berubah semenjak arwah ayah saya dan rakan-rakan turun melihat Mahasiswa berdemonstrasi dalam apa yang dikatakan sebagai Mogok Lapar penoreh dan petani di Baling pada tahun 1974, lebih kurang 30 tahun yang lalu. Entahlah, mungkin Baling memang sudah ditakdirkan sebegini sejak azali lagi.

Berbalik kpd kisah Kak Zariah, dengan pendapatan RM200 sebulan apalah yang mampu beliau lakukan. Nasib baik juga ada sedikit bantuan dari JKM, bolehlah Kak Zariah bernafas sedikit lega. Kasihan juga tengok anak-anaknya; sekolah nak buka dah tapi baju, kasut dan beg sekolah masih belum dibeli lagi.

Selain perbelanjaan nak masuk sekolah, dari segi kelengkapan rumah tidak ada apa sangat yang beliau perlukan. Rumah pusaka yang ditambah dapur oleh arwah suaminya itu agak selesa untuk beliau dan 5 orang anak-anaknya tinggal, cuma yang beliau agak

mengharapkan sekiranya ada yang sudi membantu ialah sebuah tandas dan bilik mandi yang sempurna seperti tandas dan bilik mandi di rumah jiran-jiran sekeliling.

Seganlah beliau, sudahlah janda, mandi pula di luar rumah tanpa dinding sebagai halangan. Tandas pula, lihatlah gambar yang disertakan ini, cuma bertutupkan

kain/kanvas buruk, kami nak tunjukkan pun naik segan.

Dalam perjalanan pulang dari rumah Kak Zariah, kami terserempak dengan seorang pakcik tua yang dipanggil PakJang Matsin. Secara kebetulan, beliau yang baru

pulang dari kebun menoreh ini adalah abang ipar kepada Kak Zariah. Bila ditanya tujuan kami datang itu, kami pun ceritalah kami ini sekadar datang hendak melihat

khabar dan membantu setakat yang termampu keluarga arwah adiknya ini. Kata PakJang Matsin:

"Kalau boleh tolong, tolonglah alhamdulillah!. Kami sini semua orang susah belaka, tapi anak-anak arwah Pakcik Ani tu anak-anak yatim, depa lagi susah, tolonglah depa!"

Kata beliau lagi:

"Kami nak tolong pun, kami pun motong (menoreh) juga; anak-anak ramai...kami pun susah juga"

Memang susah sungguh, lihatlah gambar PakJang Matsin ini; kasut pun tak pakai. Macam manalah agaknya beliau masuk hutan menoreh getah dengan hanya

berkaki ayam sahaja, dalam keadaan dada hutan yang penuh dengan pacat, binatang merayap, onak duri dan haiwan berbagai rupa?

Sebetulnya, itulah realiti kehidupan golongan Penoreh Getah di daerah Baling ini, yang masih tidak berubah seperti 30 tahun yang silam.

Tapi, itu bukanlah cerita yang ingin kita sampaikan. Mesej penting yang ingin kita tekankan di sini ialah kisah kecekalan seorang Ibu Tunggal di kaki Banjaran

Bintang yang sanggup berhadapan dengan apa sahaja demi anak-anak tersayang.

Moga kisah ketabahan dan keberanian Kak Zariah seorang ibu tunggal yang sanggup menyinsing lengan menghadapi kemungkinan diserang gajah hutan, demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya ini akan dapat menjadi iktibar kepada kita semua yang saling

mengeluh dengan dunia pekerjaan kita yang berbagai ragam.

Apalah sangat tekanan dan pressure tempat kerja kita jika nak dibandingkan dengan apa yang Kak Zariah rasa. Teruk-teruk kita pun, di hujung bulan insyaallah ada mesin ATM menunggu kita, tapi Kak Zariah - bukan kata mesin ATM - mesin Basuh pun belum

tentu ada!

Bersyukurlah kita dengan apa yang ada.

Monier_matdin@yahoo.com

26 Dec 2004


1

Jalan-Jalan Hari Merdeka 2005: Kisah 3 Orang Ibu Tunggal

Date: Mon, 5 Sep 2005


Jalan-Jalan Hari Merdeka: Nasib Mereka Serupa


Perjalanan kami seterusnya di Hari Merdeka yang lalu

membawa kami ke rumah tiga buah keluarga di tiga buah

perkampungan yang berbeda. Dari segi luaran mungkin

nampak berbeza, tapi skrip kehidupan seharian mereka

agak similar; tiga-tiganya adalah rumah Ibu Tunggal

dengan anak-anak yang masih kecil yang kehilangan ayah

di usia mereka yang masih mentah.


Rumah pertama yang kami singgah ialah rumah Pn Zariah,

seorang ibu Tunggal yang kematian suami kira-kira 2

tahun yang lalu. Beliau menyara 5 orang anaknya (yg

sulung masih di sekolah menengah) dengan hasil menoreh

di kebun getah orang. Pendapatan bulanannya jika tidak

hujan, dapatlah dalam dua tiga ratus sebulan. Dicampur

dengan bantuan duit "Welfare" (JKM) seratus lebih

sebulan, cukuplah untuk beliau dan anak-anak survive

bulan-bulan.


Cerita Pn Zariah yang beralamat di Kg Kuala Kuang,

Baling Kedah ini ada kami paparkan dalam siri

Jalan-Jalan Masuk Kg sekitar tahun lepas; antara

dilemanya selain drpd terpaksa menggadai nyawa menoreh

getah di kawasan hutan di kaki Banjaran Bintang tempat

Gajah Liar bertandang itu (demi sesuap nasi untuk

anak-anak), beliau punya satu masalah lain yang agak

segan untuk diceritakan; rumahnya tidak ada bilik air

dan tandas yang sempurna, sebagai seorang IT seorang

Janda, agak segan rasanya untuk beliau mandi berkemban

di luar rumah tanpa ada dinding menghalang

sekelilingnya.


Tahu-tahu sajalah nama pun Janda, masih muda lagi tu.

Dan tahu-tahulah juga mentaliti isteri-isteri orang

bila ada jiran yang berstatus Janda ini; kalau tak

kata kat depan, mesti dok pot pet pot pet kat

belakang. Kalau Pn Zariah mandi waktu siang, mesti ada

yang mulut laser pi tuduh kata Janda Miang dok buat

wayang. Kalau mandi waktu malam, silap-silap ada laki

miang dok ambil kesempatan. Pi mai pi mai dia juga

yang kena. Nak buat gena, mungkin macam tu dah kot

nasib Ibu Tunggal macam Pn Zariah ini.


Dalam perjalanan pulang dari rumah beliau, kami

bersembang sesama kawan; dok ingat kalau ada masa

teringin nak turun pi sekali lagi ke rumah beliau nak

ajak kawan-kawan lain pi tolong ramai-ramai gotong

royong buat bilik air dan jamban.


Insyaallahlah kot,

macam sahabat kami, sdra Wahab kata:


"Kalau kita tolong bagi keselesaan kat orang lain,

tambah-tambah yang memang memerlukan macam Pn Zariah

ini, insyaallah Tuhan akan bagi keselesaan untuk kita

di sana kelak..."


Kepada kawan-kawan yang berminat nak bantu Pn Zariah

membina bilik air berdinding yang diidam-idamkannya,

bolehlah pi terus ke Baling ke rumahnya di Kg Kuala

Kuang, Kupang. Baling Kedah. Kami pasti Pn Zariah amat

mengalu-alukan kedatangan kalian.


Perjalanan seterusnya membawa kami ke rumah Pn Aminah

Bt Yaakub di Kg Padang Dan Kupang Baling Kedah.

Lihatlah gambar wajah beliau bersama dua orang anaknya

di atas tangga rumah pusaka peninggalan arwah ibu dan

ayahnya ini.


Tak pasti bagaimana perasaannya menerima kunjungan

kami hari itu. Pada mulanya beliau kelihatan kurang

selesa untuk menerima kedatangan kami secara tiba-tiba

itu; mungkin kerana status IT atau pun Janda yang

dimilikinya itu membuat beliau merasa kekok sekiranya

kedatangan kami yg semuanya lelaki ini mampu

mengundang fitnah di kalangan masyarakat sekeliling.


Kasihan sungguh dengan nasib Ibu-Ibu Tunggal ini, kita

nak bantu pun jadi rasa serba salah.

Namun setelah kami terangkan tujuan kedatangan kami

itu adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada

anak-anak yang kehilangan ayah (anak-anak yatim), rasa

kurang selesa beliau sedikit reda.


Saya sempat berbual dengan anak-anak beliau itu,

baya-baya anak saya sahaja; seorang bernama Mohd

Khairi Azran (4 Tahun) dan seorang lagi bernama Mohd

Fikri (7 tahun). Ayah mereka, Allahyarham Rosdi pulang

ke rahmatullah tatkala Mohd Khairi masih bayi lagi.


Yang ironiknya, kami yang datang ke rumah beliau di

hari Merdeka ini adalah dari NGO Wargakilang.com; dan

suami beliau pula dulunya adalah seorang pekerja

kilang di sebuah kilang industri di Perai, Pulau

Pinang. Suaminya meninggal dalam tidur tatkala sedang

berehat melelapkan mata buat seketika dalam Surau di

kilangnya.


Bermakna kata bagi Pn Aminah, perkataan "Kilang" itu

amat nostalgia buat beliau; suaminya dulu adalah

pekerja kilang dan kemudian meninggal dunia di dalam

kilang. Bila kami katakan yang kami ini dari NGO

Wargakilang, sebuah pertubuhan amal untuk

pekerja-pekerja kilang, kami tidak pasti apa yang

terfikir di lubuk hati Pn Aminah ketika itu; mungkin

kenangan terhadap arwah suaminya itu, seorang pekerja

kilang tanpa diundang terus menerpa di lubuk ngatan.


Dulu semasa arwah suaminya masih ada, mereka

sekeluarga tinggal di kawasan perumahan di sekitar

Kulim; selepas arwah pergi, beliau yg cuma seorang

surirumah sepenuh masa, tiada pilihan, terpaksa

membawa anak-anaknya pulang ke kampung menumpang rumah

sanak saudara buat seketika sebelum rumah tua

peninggalan arwah ibu dan ayahnya itu dibaiki oleh

saudara mara untuk mereka sekeluarga berteduh. Sejak

itu, hinggalah sekarang, hampir sudah 4 tahun beliau

di situ membesarkan anak-anaknya seorang diri. Beliau

tidak punya sebarang pekerjaan tetap, cuma

mengharapkan bantuan JKM RM160 sebulan dan simpati

abang-abang dan anak menakan.


Cubalah lihat wajah Pn Aminah dan Mohd Fikri serta

Mohd Khairi dalam gambar ini, begitu tabah sekali

mereka menghadapi dugaan hidup yang mendatang. Kami

cuma mampu bersimpati, tapi bak kata orang, berat mata

memandang , berat lagi bahu yang memikul. Apa-apa pun,

kami rasa bersyukur kerana di Hari Merdeka ini Tuhan

telah mengtakdirkan kami untuk bertemu dan seterusnya

menyampaikan sumbangan kepada anak-anak dan isteri

rakan seperjuangan kami, seorang warga kilang yang

ditinggalkan.


Akhir sekali kami menghala ke sebuah perkampungan yang

terletak di sempadan daerah Sik dan daerah Baling

Kedah.


Dalam perjalanan ke sana hujan renyai-renyai

mula turun. Sebaik saja kami tiba ke dalam kawasan

ladang getah di Kg Guar Tinggi, Kuala Ketil Kedah itu,

hujan makin lebat. Nak tak nak, sebab sudah sampai ke

rumah yang dituju, kami gagahkan juga keluar dari

kereta masing-masing menutup kepala dengan apa yang

ada (gambar) sambil menjinjing barang-barang sumbangan

menuju ke rumah seorang lagi Ibu Tunggal anak 3, Pn

Solehah Bt Abdullah.


Sejak kematian suaminya beberapa tahun yang lalu,

beliau tinggal di rumah berkenaan yg terletak di

tengah-tengah kawasan ladang getah dengan sewa RM20

sebulan. Okeylah itu cuma RM20 sebulan, kalau ditolak

pendapatannya bulan-bulan menoreh getah di pokok

orang, adalah lagi baki dalam RM200 sebulan. Cukuplah

untuk makan beliau dan anak-anaknya selama sebulan.


Lagi pun anaknya yang berumur 15 tahun itu sudah pun

besar panjang, sudah mampu bekerja sambilan; dapatlah

dua tiga kupang upah menanam tembakau di kg

berhampiran.


Ketika berlari meredah hujan menuju ke rumahnya, kami

mencari-cari tempat untuk berteduh, rupa-rupanya kat

luar rumah beliau tidak ada langsung bumbung untuk

kami tumpang berlindung. Nak tak nak, terpaksa terus

masuk ke dalam rumah. Waktu itu hujan makin lebat;

lama juga kami di situ berbual dan bertukar cerita

dengan beliau.


Kisah hidupnya lebih kurang sama saja dengan kisah Pn

Zariah dan Pn Aminah, kisah perjuangan seorang Ibu

Tunggal mencari sesuap nasi bagi membesarkan anak-anak

tanpa seorang insan bergelar suami di sisi.


Bila kami tanya pasal makan seharian, beliau cakap

dalam sehari beliau masak lebih kurang sekilo beras

untuk anak-anak. Hmmm...kami menarik nafas lega,

kerana dengan 30 kg bekalan beras yang kami bawa itu,

bermakna untuk jangkamasa 30 hari mendatang, Pn

Solehah tak perlu lagi gusar pasal nak beli beras

untuk anak-anaknya makan. Tambah-tambah pula musim

sekarang, hari ini saja sudah masuk 3 hari Pn Solehah

tak dapat menoreh kerana hujan.


Moga dengan sumbangan kami yang tidak seberapa di hari

Merdeka ini, Pn Solehah dan anak-anaknya akan Merdeka

sebentar dari kepayahan mencari sesuap nasi di musim

hujan.


Dalam lebat hujan yang masih belum reda itu, kami

bertolak pulang.


Saya tidak berapa ingat apa yang kami bualkan

sepanjang perjalanan pulang itu; kalau tak silap, kami

ada bincangkan mengenai persepsi negetif masyarakat

(khususnya kaum isteri) terhadap mereka yang berstatus

IT atau pun Janda seperti Pn Zariah dan rakan-rakan

senasibnya tadi.


Bukan satu rahsia lagi kaum wanita khususnya yang

bergelar isteri cukup phobia jika suami mereka terlalu

mengambil berat-berat mana-mana wanita yang bertitle

IT. Seorang kawan sekerja pernah cerita kpd saya kisah

yg serupa.


Dulu, member ini study kat US, dia ada sorang kawan;

bila balik Malaysia, selepas bekerja dan berumahtangga

mereka masih terus berkawan; tambah-tambah pula

kedua-duanya tinggal di Kulim, di kawasan perumahan

yang berdekatan.


Bila ada kelapangan, nanti beliau atau pun sahabatnya

ini akan bawa anak bini mai makan dan bersembang di

rumah masing-masing. Ringkas ceritanya, memang rapat

dan karib sungguh hubungan depa sekeluarga. Punyalah

rapat hingga sudah boleh dikata macam adik beradik

dah. Sakit demam suka duka kedua-dua keluarga semuanya

dikongsi bersama.


Nak jadi cerita, seperti kata Jamal Abdillah "Takdir

Menentu Segala", sahabat beliau seorang Engineer di

kilang INTEL ini, ditakdirkan kembali mengejut

mengadap Illahi. Ha, selepas itu, bila beliau dok

ambik berat pasal kebajikan keluarga sahabat baik yg

dianggap seperti keluarganya sendiri ini, isterinya

yang asalnya bukan main kamceng dengan isteri arwah,

sudah mula tarik muka 44, sudah mula cemburu tak

ketahuan punca.


Tak mau cari pasal, sahabat ini pun dengan rasa sedih

cuma mampu melihat dari jauh sahaja si IT kpd arwah

sahabatnya ini sedikit demi sedikit mula terpisah dari

perhatian jiran2 dan sahabat terdekat.


Kata dia,

kesian sungguh hari tu bila dia tengok dua tiga orang

pemuda bukan Melayu berkulit gelap dok pi-wit pi-wit

dok ngorat Janda kpd arwah sahabat baik beliau ini.

Sekali tu pula, beliau dengar atap rumah arwah bocor,

si isteri arwah tak ada pilihan, terpaksa minta tolong

dua tiga orang Mat Indon mai tolong repair; apalah

kata arwah sahabatnya itu kalau arwah tau kata ada

mat-mat Indon dok bebas masuk keluar masuk keluar

rumahnya itu sedangkan ada sahabat baik yg masih hidup

tapi cuma mampu tengok dari jauh tak mampu nak buat

apa.


Itu cumalah secebis kisah; moga selepas ini setelah

membaca kisah Pn Zariah, Pn Aminah dan Pn Solehah yang

kami paparkan ini, persepsi sebahagian kita terhadap

nasib Ibu-Ibu Tunggal seperti mereka ini sedikit

sebanyak akan berubah.


Ada masa, bantulah mereka; bawalah beras dan apa

sahaja keperluan sehari-hari, kalau bukan untuk mereka

pun tapi untuk anak-anak kecil, anak-anak yatim yang

ditinggalkan itu. Insyaallah pasti ada ganjarannya di

Akhirat kelak.


Selamat Menyambut Bulan Merdeka


Monier_matdin@yahoo.com


Setiausaha NGO Wargakilang.com

2.9.05

1

JALAN-JALAN TAHUN BARU: Sebuah Rumah Di Lereng Bukit

JALAN-JALAN TAHUN BARU: Sebuah Rumah Di Lereng Bukit

Pada hujung minggu yang lalu, mengambil kesempatan cuti tahun baru 2006; bersama rakan-rakan daripada NGO Wargakilang.com dgn dibantu oleh dua orang kakitangan Unit Kerja Sosial sebuah hospital berhampiran, kami bertolak ke sebuah kampong di pedalaman Kedah dalam expedisi kami menjejak sebuah keluarga malang yang kisah mereka ada dipaparkan dalam email yang disertakan di bawah.
Dalam banyak-banyak misi masuk kampong yang pernah saya sertai, dengan penuh ikhlas saya katakan, yang kali inilah yang paling mengharukan buat diri saya.

Saya tak pasti di mana nak mulakan cerita ini, tak sure macam mana nak habag, tapi kalau hangpa boleh pi sendiri, hangpa boleh tengok dengan mata kepala hangpa sendiri betapa daif dan betapa malangnya budak 3 beradik yang kami temui ini.

Sudahlah rumah sempit dengan atap zink bocor dan tiris sini sana, makan minum pun setakat ada saja. Hari kami pi tu, depa lunch dengan nasi putih dan ikan tamban masin aja.

Kesian kami tengok Emak budak-budak itu; walaupun belum sampai 10 hari bersalin, masih dlm pantang, tapi dah kena bangun buat kerja rumah; nak kena jaga Ibu Mertua yang sudah tua dan tiga orang-anak yang kecik-kecik belaka.

Yang bayi itu dok kerja menangis memanjang, x sure lapar susu ka atau sakit badan kena ketik nyamuk. Kalau anak kita umur x sampai 10 hari tu, sure dah dok tidor lena bawah kelambu baby ; tapi budak itu bukan kata kelambu atau bantal, sarung tangan pun tak ada, habis merah-merah muka dia kena gigit nyamuk atau kena garu kuku sendiri. Yang no 2 pula, cuba lihat gambar, sakit apa entah kelenjar kat tengkuk itu. Tak pasti pula apa punca penyakitnya, tapi kalau hangpa tengok gambar depa detail, hangpa boleh lihat sumber air yang diguna untuk minum dan masak serta buat susu budak-budak itu, nampak macam ada masalah betul.



Cuba lihat betul-betul air dalam telaga tu; telaga tu ada la kot 3 kaki dalam, tapi air yang dah berkeladak dalam telaga tu dalamnya ada kot sedalam air mangkuk tandas kat rumah kita; nak habag kata punya la sikit ayaq dalam telaga depa tu. Dah la sikit, berkeladak pulak tu. Mungkin sebab bekalan air kurang bersih tu kot, maka anak-anak beliau mudah dijangkiti penyakit, wallah hu aklam.

Bila kami tiba di rumah itu, dari jauh lagi boleh dengar suara si anak kecik tu dok menangis, jelas kedengaran hingga ke atas tebing di lereng bukit itu, x sure lapar susu ka apa. Kalau lapar susu pun tak leh nak buat apa, sebab secara kebetulan masa kami sampai tu, mak dia habag susu betul-betul tinggal sisa.

Susu sikit itu lah untuk anak dia hat bayi tu makan, hat tu jugak lah untuk abang budak tu hat umur 1 tahun ½ tu minum dan susu tu jugak lah yang abang sulung depa hat 2 tahun ½ tu tumpang.
Lega tak kira mak depa bila tengok kami bawa susu Lactogen empat lima tin.

Awat tak leganya; waktu anak-anak dia tgh dok lapar tak ada susu nak makan, tiba-tiba ada orang bawa mai susu ke rumah dia, memang lega sungguh la.

Bila kami tanya susu jenis apa anak-anak dia minum; ya lah, kalau kat rumah kita tu 1001 jenis susu dok ada, Lactogen, Dumex , Dutch Lady , Anmum, Snow dan berbagai jenama lagi. Dah la tu, kalau Lactogen pulak, ada Lactogen 1 Lactogen2, Dumex pun sama, Anmum pun cam tu jugak; hat jenis ini untuk bawah 6 bulan, model ini pula untuk 6-12 bulan, yang satu lagi pulak untuk 1-3 tahun; celah-celah tu pulak ada susu untuk orang tua, dan terbaru pulak ada susu apa nama tu Lembu Awal ka apa untuk jadi ubat bagi penyakit serba mak neka. Pendek kata, macam kata ASTRO: Macam-Macam Adaaaaaa!!

Hangpa tau susu jenis apa budak-budak 3 beradik ini makan?

SUSU TEPUNG TIMBANG - satu kampit RM6.00, boleh tahan seminggu untuk depa 3 beradik!!

Terkedu saya sat, ingatkan mak budak-budak ini buat lawak saja, sebab di kampong saya nun di Ulu Baling sana nu, Susu Timbang ini ada la orang makan, tapi masa zaman Kominis dulu-dulu aja; zaman la ni payah nak jumpa dah.

Kalau ada pun, seingat saya Makcik Munah di kampong saya nu ada la jugak sesekali pi cari merata kedai pi beli susu timbang ini, tapi bukan untuk dia makan; dia beli susu tu bila ibu anak-anak kambing dia ada masalah, sakit ka mati ka apa, nanti dia pi beli susu tu, bancuh-bancuh boh dalam botol kicap, sumbat putin, sumbat mulut anak kambing tu bagi makan.

Bila mak budak-budak itu bawa keluar bekas Tupperware plastic yang masih ada saki baki susu timbang tu, baru la saya percaya. Tak sangka sungguh aih, dah hampir setengah dekad Negara kita merdeka, masih ada lagi anak-anak bangsa kita yang dibesarkan dengan Susu Tepung pakai Timbang.

Opps, saya tidak bermaksud nak salahkan sapa-sapa atau nak mengaitkan dengan isu politik; sebab kalau dilihat dari satu sudut yang lain, kalau nak dikira dengan zaman masa saya bayi dulu, depa ini dah boleh dikira lebih advance lagi kot; ada la jugak susu tepung, saya dulu mak ayah x mampu nak beli susu tepung, beli susu tin hat murah-murah saja.

Ibu saya habag, masa saya kecik-kecik dulu, saya dibesarkan cuma dengan susu tin saja (susu pekat kot macam susu cap teko ka apa, hat jenih murah-murah tu). Tiap kali nak buat susu, nanti mak saya ambik susu tin tu, boh dlm air letak atas api, panas sampai mendidih, lepas tu baru buka susu tu bagi saya makan; kalau tidak nanti kembong sakit perut. Dengan susu tin itulah saya dibesarkan. Kira miskin sungguh la masa tu.

Jadi, kalau nak ikut hati saya, kalau nak dibanding dengan zaman saya kecik-kecik dulu, budak-budak ini kira okeylah, tapi bila ingat-ingat balik, itu zaman hampir setengah dekad yang lepas; ini kita sembang pasal zaman la ni, sembang pasal hari ini - tanggal 1 Januari 2006; dah 6 tahun dah melangkaui Tahun Milenium; di kala anak-anak saya sat pakai susu Lactogen sat pakai susu Anmum sat-sat bila kena cirit birit tukaq pi Susu jenama mahal-mahal apa ke nama berlambak dok ada di kedai-kedai Farmasi tu, tak kanlah pulak masih ada lagi anak-anak bangsa yang dok minum susu tepung beli pakai timbang.

Dah la susu tepung, kena kongsi 3 beradik pulak tu, tak kira kategori umur dah - macam susu-susu yang kita dok beli kat Supermarket mana tu; lepas tu pulak, susu tepung ini pun memanjang saja miss; kesian kat budak-budak itu.

Entahlah, saya pun tak tau nak tulis apa lagi; saya tak berminat nak karang lawa-lawa nak tagih simpati bagi orang baca sampai hiba ke lubuk jiwa; malas dah nak tulis macam tu.

Hari tu masa saya tulis satu kisah perjalanan kami tu, saya hampir-hampir nak kena saman dengan pihak-pihak tertentu; sekali tu pulak jenuh kena sergah dan kena tengking dengan Pengerusi JKKK. Jadi, untuk kali ini, saya tak akan tulis di sini mak budak-budak ini nama apa dan dok kampong mana.

Saya tulis ini pun salah satu sebabnya, sebab nak cerita kat kita semua bahawa: di celah-celah kemewahan hidup dan riang tawa anak-anak kita dengan berbagai jenih jenama susu yang dok ada ini, masih ada lagi insan-insan malang di luar sana yang kehidupan seharian mereka, makan minum mereka [walau pun mereka satu agama satu bahasa satu budaya dan satu warna kulit dengan kita], tapi hidup mereka - nun jauh di lereng bukit sana nu, 180 degree berbeza dengan kita. Sama ada kita nak bantu mereka atau pun tidak, tepuk dada tanyalah selera.

Sekian secebis kisah perjalanan kami di hari pertama tahun baru 2006.

Moga ada manafaatnya buat semua.
Selamat Tahun Baru Buat Semua.
Monier_matdin@yahoo.com
Setiausaha NGO WARGAKILANG.COM
1 Jan 2006
-----Original Message-----
From: Mohd.Monier B Mat Din
Assalamualaikum,
Dua tiga hari lepas, saya dan Tuan YDP kita, sdra Warikh telah dihubungi oleh pihak Hospital sebuah daerah di Negeri Kedah (Pegawai berkenaan agak keberatan untuk membenarkan nama hospitalnya ditulis di sini).

Pegawai ini bertugas di bahagian Khidmat Sosial hospital berkenaan, macam Kaunselor kat sekolah; mana-mana pesakit yg bermasalah akan dirujuk kpd beliau untuk tindakan selanjutnya. Dalam perjumpaan beliau dan seorang lagi pegawainya dengan saya dan sdra Warikh, ada 2 isu yg diketengahkan beliau, mohon jasa baik pihak NGO Wargakilang.com untuk membantu.

1. Kes keluarga seorang pesakit (dah keluar dah) yg hidup dlm kedaifan.
Setelah dirujuk kpd kepada beliau tentang kemiskinan dan kedaifan pesakitnya ini, Cik Puan kita (pegawai berkenaan) bersama-sama dengan kakitangan jabatannya telah melawat rumah pesakit tersebut di sebuah kawasan di pedalaman kebun getah di daerah berkenaan. Jenuh gak dia kata nak sampai ke rumah tu, jalan tanah selut berbelit2 melalui lereng bukit, dia nasihatkan kalau nak pi elok pakai 4WD.

Pesakit ini baru saja melahirkan anak di hospital berkenaan; lepas discharge, dia pun dibenarkan balik. Anak 3 org, 2 tahun 1/2, 1 tahun lebih dan yg terbaru x sampai sebulan. Laki dia difahamkan x brpa mampu nak kerja.

Bila sampai rumah pesakit berkenaan, dia terkejut tengok betapa daifnya mereka; rumah kecek saja (ada kot separuh surau K-4 Seberang Jaya or sama besar dgn surau lelaki Central Square Sg Petani....nak habag kata punya la kecik!!).

Cik Puan ni habag kat saya, sampai-sampai saja kat situ, dia terdengar sora bayi dok menangis tak berenti2; bila cek tengok, si bayi yg berusia 5 hari tu tgh dok meraung sebab lapar susu. Nak bagi susu tin, susu tin x dak (or dah abih), nak bagi susu badan, mak dia si pesakit tu dah x dak susu badan sebab badan kurang zat makanan; maka meraung-raung ka si bayi berumur 5 hari lapar x dak benda nak makan.

Bila Cik Puan kita tengok budak tu dok menangis, dia pun ambik la budak tu kendong; kemudian entah cam na dia ternampak ada cawan kecik bekas susu abang/kakak si bayi ni minum susu (x dak botol, pakai cawan ja). Ada la balance balance susu setitik dua dlm cawan tu; maka Cik Puan ini pun ambik sudu kecik ceduk saki baki susu tu bagi si bayi berusia 5 hari ini minum.

Masuk saja sudu tu ke mulut, terus si bayi tu isap tercungap-cungap sedut saki baki susu yg ada tu hingga ke aliran yg terakhir; tak cukup dengan tu, mungkin sebab lapaq sangat kot, secara otomatik dua-dua tangan dia genggam batang susu tu kuat-kuat tarik masuk mulut, sambil dok isap tercungap-cungap tak mau lepaskan sudu tu. Kata cik puan ini:

"Saya rasa nak menangis tengok budak tu macam tu; yang kami pulak pi macam tu saja tak bawa susu ka apa ka; kesian kat dia!!"

Sapa-sapa ada duit lebih musim bonus ni, boleh lah kot pi beli susu lactogen 1 ka, Dumex ka apa ka dua tiga tin sorang, lepas tu boleh la kot pakat pi rumah keluarga yg malang ini hulurkan bantuan. Kalau sapa-sapa nak pi, boleh contact saya; nanti saya bagi no phone Cik Puan pegawai ini, boleh kot tanya dia jalan macam mana nak pi sana.

Jln-Jln Hari Maulid: Rumah Anak2 Yatim (Lelaki) Al-Farabi

Jln-Jln Hari Maulid: Jadikanlah Kami Anak-Anak Yatim Yg Dimuliakan...

Hari selasa lepas, 12 hb Rabiuawal tahun 1427H, bersama-sama dengan rakan-rakan drpd NGO wargakilang.com berserta beberapa orang teman sekerja, kami bertolak ke Madrasah Al-Farabi di Kg Banggol Kiat, Sik Kedah.

Kami dalam agenda melawat rumah anak-anak yatim persendirian sempena hari cuti Maulud Nabi SAW ini. Kebetulan Madrasah Al-Farabi ini menempatkan anak-anak Yatim yang belajar Tahfiz bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa yang lain.

Madrasah Al-Farabi ini saya perolehi alamatnya drpd dua tiga orang hamba Allah yang saya temui sedang mengutip derma untuk anak-anak yatim/tahfiz di beberapa tempat yang berlainan. Salah seorangnya saya terserempak sedang "meminta sedekah" memohon sumbangan di sebuah Pekan Hari di tempat saya, seorang yang lain pula saya temui di Surau R&R PLUS, sedang membaca Quran dengan tong derma bertulis "Sumbangan Anak Yatim/Tahfiz Banggol Kiat, Sik Kedah". Yang seorang lagi pula saya bersembang secara personal tatkala beliau datang mengutip derma di daerah kejiranan saya.

Saya ini pula jenis phobia sikit, ada sikit rasa ragu-ragu dengan agenda mengutip derma merata jalan ini; lalu apa yg saya lakukan, tiap kali ada yg datang minta derma/sumbangan/etc, saya akan minta alamat, dan saya kata jika ada masa insyaallah saya sendiri akan pergi ke sana, menyampaikan sumbangan tersebut secara personal.

Kami tiba di sana lebih kurang pukul 10:30 pagi, dan disambut oleh anak-anak yatim & pelajar tahfiz kat situ; jumlah mereka lebih kurang 30 orang di mana sebahagian besar daripadanya adalah anak-anak yatim. Mereka berusia antara 5 hingga 18 tahun. Bila lihat saja kami datang, berpusu-pusu mereka datang bersalam dan seterusnya membantu kami memunggahkan barangan drpd kereta Rusa dan Trajet yang penuh dengan sumbangan beras, gula, kopi etc drpd rakan-rakan kami itu. Rasa lain macam, rasa puas sungguh hati kami kalau nak dibandingkan dengan aktiviti amal masuk kg yang pernah kami lakukan sebelum ini. Entah kenapa, nampak sungguh macam budak-budak itu dan juga pengusaha tempat berkenaan Tn Hj Ahmad & Isteri benar-benar menghargai sumbangan dan berbesar hati sungguh dengan kunjungan kami hari itu.

Lepas tu baru saya perasan, kenapa Tn Haji dan Isteri nampak sungguh-sungguh berbesar hati dengan kedatangan kami; dalam sessi dialog & motivasi antara kami dan pihak pentadbir selepas itu, Tn Haji Ahmad tanpa segan silu, di hadapan 30 orang "anak-anaknya" (mereka semua memanggil beliau "Ayah") meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada beliau selama ini, drpd sambutan negetif masyarakat terhadap usaha murni beliau itu hinggalah kpd perkara-perkara lain yang tak perlu saya catatkan ke sini, cuma yang ingin saya tulis satu perkara saja, kata Tn Hj Ahmad:

"Tak elok rasanya saya nak menceritakan semua ini kpd Tuan-Tuan di hadapan "anak-anak" ini. Anak-Anak ini tak perlu tahu semua ini, sebab memang itu adalah tugas Ayah untuk mencari rezeki bagi membesar dan mendidik anak-anak.

Tugas anak-anak adalah untuk belajar dan belajar hinggalah tercapai cita-cita ayah untuk melihat anak-anak semua menjadi Ulamak.."

Kemudian beliau sambung lagi, kata beliau:

"Kami berterima kasih banyak-banyak kpd tuan-tuan semua, yang walaupun sibuk dengan kerja masing-masing, sanggup datang mai menjenguk kami.

T.kasih...terutamanya yang mai jauh dari KL nu. Ikhlas saya cakap, saya rasa terharu sungguh sebab.......last sekali ada mana-mana pertubuhan/kumpulan mai melawat kami ialah pada tahun 1999 dulu....Pertubuhan Ulamak mana entah, tak ingat pula. Makna kata, sejak tahun 1999, inilah pada tahun 2006 ini ada orang (pertubuhan) mai melawat kami, t.kasih banyak-banyak"

Kami tak tau nak kata apa, terharu ada, sedih ada, kesian ada.....macam-macam ada!

Yang paling sedih hingga hampir menitis air mata adalah tatkala saya menghayati bait-bait lirik Nasyid yang dipersembahkan kpd kami oleh kumpulan Nasyid Anak-Anak yatim Madrasah berkenaan; mula-mula saya x perasan sangat.

Saya ingatkan Nasyid biasa sempena hari Maulud Nabi SAW, tapi bila lagu dan bait-bait nasyid tersebut diulang-ulang dengan nada yang amat mendayu-dayu, barulah saya perasan:

Anak-anak yatim tersebut sedang merintih memuja-muji IDOLA mereka.....yang secara kebetulan adalah juga Anak Yatim piatu seperti mereka. IDOLA mereka itu lahir ke dunia tanpa ayah di sisi, tak lama kemudian ketika masih bayi dan belum kenal erti kasih sayang seorang ibu, Ibunya pula pergi menyambut panggilan Illahi. Drpd seorang anak yatim piatu, IDOLA mereka ini kemudiannya membesar menjadi seorang Pejuang, seorang Pemimpin dan seorang Hamba Allah yang paling mulia dan amat disegani; tidak lain tidak bukan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang amat disanjungi!!

Bukan saja saya, tapi seorang lagi sahabat saya, seorang Engineer dari kilang INTEL, Kulim hampir tersebak menitiskan air apabila dalam korus terakhir yang diulang-ulang, anak-anak Yatim Al-Farabi ini merintih berulang-ulang kali, memohon agar mereka juga dikurniakan Allah seperti IDOLA mereka, Nabi SAW....

"Anak-Anak Yatim Yang Mulia.....diLindungi Allah Sentiasa!!"

Hampir menitis air mata saya. Entah apalah agak perasaan Adik Abadi bin Abdullah, salah seorang drpd anak yatim piatu di situ, yang berasal dari Kulim, Kedah. Ibu dan Ayahnya meninggal accident kenderaan semasa beliau dlm usia baru nak masuk Tadika. Macam manalah pula rasa adik Hafizan yg berasal dari Selayang, Selangor, ibu dan ayahnya dua-dua sudah tiada, segan pula saya nak bertanya meninggal sebab apa.

Selepas Nasyid tersebut, kami semua bangun dan bersama-sama dengan Anak-Anak yatim pelajar tahfiz berkenaan, kami semua pakat berselawat ramai-ramai kpd junjungan besar nabi Muhammad SAW. Saya sungguh rasa terharu semacam, sebab secara ikhlas saya cakap, sepanjang umur saya, inilah pertama kali saya pernah mengambil bahagian dalam mana-mana majlis sambutan Maulid Nabi SAW.

Selama ini, bila hari cuti Maulid, sama ada saya membawa anak-anak bersantai berkelah di lata/air terjun, bawa depa pi shopping dan makan-makan or yang paling biasa....melepak kat depan TV layan Astro ka apa. Besar sungguh manafaat aktiviti amal kami kali ini.

Yang paling tak dpt saya lupakan ialah kata-kata Hj Ahmad, kata beliau Nabi SAW pernah bersabda, yang antara lain baginda berkata, barangsiapa yang mengambil berat perihal anak-anak yatim, maka sesungguh jarak orang itu dengan Baginda SAW adalah seumpama dua jari (Sambil baginda menunjukkan dua jarinya yg dirapatkan). Saya tersentak, kerana di hari sambutan Maulud Nabi SAW ini, walaupun kami tidak berada di sebelah makam Baginda, tetapi dengan diberi peluang bertemu dan meraikan anak-anak yatim itu, maka jika mengikut isyarat hadith berkenaan, insyaallah tanpa kami sedari, pada hari Selasa tanggal 11 hb April 2006 yang lalu, walaupun kami cuma berada di Madrasah Al-Farabi, rumah anak-anak Yatim/Tahfiz di Sik Kedah, namun jarak antara kami dan restu Baginda SAW cumalah seperti dua jari yang dirapatkan.

Masyaallah!!!

Akhir kata, dari kejauhan, doakanlah moga-moga anak-anak Tn Haji Ahmad di Sik sana akan menjadi "Anak-Anak Yatim Yang Mulia.....Yang Sentiasa diLindungi Allah Sentiasa!!"

Ada masa, pi lah tengok depa.

Monier_matdin@yahoo.com

Setiausaha NGO WARGAKILANG.COM

13.4.06

1

Jalan-Jalan Hari Merdeka: Rumah Anak2 Yatim (Perempuan) Abu Nur

Jalan-Jalan Hari Merdeka: Terima Kasih Abu Nur!!

Assalamualaikum,

Seperti Hari Merdeka di tahun yang lepas, kali ini saya dan rakan-rakan dari NGO Wargakilang.com sekali lagi meneruskan expedisi kami menjengah insan-insan yang kurang bernasib baik di pedalaman.

Pada mulanya, saya ingatkan cuma saya dan sdra Wahab berdua sahaja yang akan ke sana, kerana berdasarkan reply kpd email yang saya siarkan di mailing list wargakilang sebelum itu, tidak ada yang memberi respon.

Saya agak terkejut kerana pada pagi tersebut, bila bertemu dengan sdra Wahab di parking lot Kulim Hitech Park, rupa-rupanya semua sekali ada 5 buah kereta yang akan turut serta bersama-sama kami. Ada dua pasangan suami isteri yang turut serta, dan juga sebuah kereta semuanya kaum wanita. Alhamdulillah, kerana buat pertama kalinya dalam expedisi kami masuk kg, kali ini ada kaum wanita yang turut serta.

Perjalanan kami kali ini membawa kami ke sebuah perkampungan nun jauh di pedalaman Pengkalan Hulu, Gerik Perak.

Lupa pula nak tanya nama kampung tersebut; tapi tak berapa jauh dari Stesen Shell Pengkalan Hulu; sebelum signboard ke Thailand kalau tak silap. Ada kot dalam 1 km dari jalan utama mengikut jalan mini tar yang cukup-cukup memuatkan sebuah kereta di lereng-lereng bukit dalam kawasan kebun getah tersebut.

Tempat yang kami kunjungi itu walaupun terpencil, tapi agak istimewa kerana di situ memuatkan anak2 Yatim dan anak-anak yang memerlukan perlindungan. Nama rumah tersebut ialah Kediaman Abu Nur, yang diasaskan oleh Tn Haji Ahmad dari Sik Kedah. Abu Nur diambil sempena nama sebuah tempat pengajian di Syria yang dibiayai sepenuhnya oleh sumbangan orang ramai, di mana sesiapa sahaja boleh belajar di situ tanpa sebarang yuran pengajian.

Kediaman Abu Nur ini memuatkan sekitar 16 orang kanak-kanak perempuan, yang sulung dalam form 2 dan yang paling bongsu berumur 7 tahun dan sudah bersekolah. Setiap pagi, kanak-kanak ini akan dihantar bersekolah ke sekolah biasa, dan sebelah petangnya mengikuti kelas pengajian agama di Abu Nur yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang memberi khidmat secara sukarela; dan malamnya mengulangkaji pelajaran seperti kanak-kanak biasa.

Terharu jugak dengan sambutan yang diberikan oleh ustaz/ustazah dan dua orang sukarelawan yang menjaga mereka itu; banyak yang diluahkan oleh Ustaz (apa nama entah, lupa pulak nak tanya) yang bertugas full time memberi khidmat di situ, yang melayan anak-anak itu seperti anak-anaknya sendiri.

Dalam sessi briefing sebelum kami bertemu dengan anak-anak itu, soalan yang pertama yang saya tanya Ustaz itu ialah,

"Apakah ustaz punya visi untuk budak-budak ini? Maksud saya 10 atau 15 tahun dari sekarang, apa yang ustaz nak tengok budak-budak ini jadi apa?"

Jawab Ustaz ini dengan penuh yakin:

"Yang kita nak, kita nak budak-budak ini nanti bila mereka membesar, mereka membesar dengan ilmu Islam di dada. Kami cuma nak terapkan ilmu Islam kepada mereka; bukan nak kata, berapa ramai anak-anak yang sebaya usia merekaa di luar sana nu, bukan kata semayang tapi nak baca doa qunut pun tak reti. Kami cuma nak mereka ada asas-asas fardu ain, fekah dan tauhid di dalam dada, agar mereka besar nanti mereka akan jadi seorang Islam yang Solehah. Kalau ditakdirkan mereka jadi pekerja kilang, maka mereka akan menjadi seorang pekerja kilang yang ada Iman dan Islam di dalam dada, maka mereka akan menjadi seorang pekerja kilang muslim yang cemerlang..."

Lebih kurang macam itulah jawab Ustaz; dan saya rasa cukup berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Seterusnya sessi bertemu dengan anak-anak tersebut; fullamak.....rasa macam nak menitis air mata tengok budak-budak pompuan kecik-kecik 7, 8, 9, 10 tahun sebaya anak-anak saya itu, dok ramai-ramai dengan baju kurung dan tudung...nampak very innocent, nampak seronok sungguh dengan kunjungan kami tersebut.

Seterusnya saya sebagai wakil NGO Wargakilang.com memberi ucapan ringkas, diikuti dengan beberapa minit ceramah motivasi oleh Ketua Biro Motivasi NGO kami, sdra Yusa dari kilang Komag, Penang. Dan, seterusnya, tanpa diplan, saya menjemput dua orang kaum Wanita yang turut serta dengan kami pagi itu (saya pun baru pagi itu kenal depa ni) untuk memberi sepatah dua kata kepada anak-anak itu.

Terkejut saya, rupa-rupanya dua orang kaum hawa yang turut serta itu memang kaki motivasi; depa dua orang ini Fresh-Grad dari UPM, seorang itu baru sebulan kerja di kilang saya (no wonder tak kenal) dan sorang lagi kerja kat mana entah (lupa pulak nak tanya). Depa dua orang ini, Cik Ina dan Cik Annur memang kawan baik; pantang ada cuti dan kelapangan, mereka berdua (tanpa melalui mana-mana NGO atau Pertubuhan) akan ke rumah-rumah anak yatim atau mana-mana tempat untuk memberi ceramah motivasi.

Bila saya dengar Cik Ina tu bagi motivasi kat budak-budak Abu-Nur itu, barulah saya perasan kenapa beliau sanggup ke sana ke sini memberi motivasi free-of-charge itu; kata Cik Ina kat budak-budak tu:

"Apa, orang ingat kita anak-anak Yatim tak boleh berjaya ka; ha ini, Kak Ina ini dulu pun anak yatim jugak, anak-anak orang susah macam adik-adik jugak, tapi Kak Ina boleh belajar...dan berjaya hingga dapat masuk ke Universiti!!"

Saya dapat merasakan, deep inside di hati beliau, apabila menatap wajah-wajah anak-anak tersebut, tanpa diundang beliau terlihat dirinya sendiri semasa kecil-kecil dahulu, dan itulah yang me-motivate-kan beliau untuk terus memberi motivasi free of charge sedemikian rupa. Kita berharapkan lebih ramai orang-orang seperti Cik Ina yang akan muncul di kalangan kita.

Seterusnya giliran rakan baik beliau pulak, Cik Annur ka apa nama untuk memberi ceramah. Bijak Cik Annur ini menyusun kata bersesuaian dengan usia budak2 tu. Kata beliau:

"Pasal pa, adik-adik tak suka ka duduk sini ka?, pasal pa....sebab tak dak TV ka?"

Ada sorang dua budak2 tu macam mengangguk-angguk. Lalu, kata Cik Annur:

"Ha, Rasulullah SAW dulu dia ada TV ka?"

Budak-budak itu menggeleng kepala.

"Ha, Rasulullah SAW tak dak TV tak apa pun, pasal apa kita nak kalut...bla bla bla..."

Saya tersenyum. Seterusnya beliau memberi motivasi tentang keperluan menuntut ilmu dari kaca mata Islam dan sejarah Rasulullah SAW sendiri sebagai seorang anak yatim yang berjaya. Hebat dua-dua orang budak Fresh-Grad dari UPM ini. Syabas UPM!!

Opss, panjang pulak saya menulis; Cuma ada sedikit cerita nak dikongsi di sini. Budak2 yang ditempatkan di situ, bukan semuanya anak2 Yatim, tapi ramainya adalah anak2 yang terbiar. Ustaz tunjuk kat saya sorang budak tu, ayah penagih dadah, bercerai; mak kahwin lain, ayah menghilang; anak tu terbiar, sat sat org tu bela sat sat orang ini bela, last sekali ada orang hantar mai ke situ. Satu kes lagi, mak kahwin lain, ayah tiri x suka, kalau cuti sekolah hantar balik ke rumah, dok sehari saja terus mak dia hantar mai balik sebab ayah tiri tak suka.

Satu kes lagi, mak ayah entah pi mana, bercerai berai, sat sat org tu bela sat sat org ni bela, last2 jadi macam hamba diperhambakan orang; nasib baik ada rumah Abu Nur....sekarang ini full time budak itu duduk kat situ.

Satu kes lagi, tiga beradik, 10 tahun ke bawah; ayah siam kapiaq, mak melayu tapi x brapa cukup rasanya. Lepas kahwin Siam tu bawa balik negeri....nun jauh ke utara Siam, dekat sempadan Miyamar rasanya. Sana depa dibesarkan dlm suasana kapir, hidup susah dan miskin melarat, makan minum susah. Last2, ada puak2 kat sini masuk pi sana bawa lari budak2 tu balik mai sini, letak depa kat Abu Nur. Kata Ustaz, mula-mula mai dulu, kesian kat budak2 tu, punya la kebulur....hinggakan kalau ada budak-budak makan gula-gula, kemudian plastik pembalut gula-gula itu dicampakkan ke tanah, nanti budak-budak 3 beradik tu mai serbu ambik bekas pembalut plastik tu, jilat habis sisa-sisa gula-gula yang masih melekat kat plastik tu!!

Budak-budak 3 bradik tu sekarang ada di Kediaman Abu Nur ini, comel-comel dan putih melepak budak-budak itu, comel dan ayu dengan tudung dan baju kurung melayu. Terima Kasih Abu Nur kerana sudi menyelamat dan memberi tempat perlindungan kepada mereka, dan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi sumbangan dan yang akan terus memberi derma.

Moga segala sumbangan kalian yang kami tolong sampaikan tempoh hari, di hari Merdeka 31.Ogos.2006 itu akan ada manafaatnya buat mereka dan ada balasannya buat kalian semua di Akhirat sana.

Sekian.

Selamat Hari Merdeka.

Munir,

Setiausaha NGO Wargakilang.com

31.Ogos.2006

1

Followers