Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

10/07/2009

Jln-Jln Masuk Kg: KETABAHAN SEORANG IBU

KISAH PUAN ZAITON - KETABAHAN SEORANG IBU


Weekend baru-baru ini (29/3/08), seperti di waktu-waktu kelapangan yang lain, bersama-sama dengan dua orang rakan regular team Biro Amal NGO Wargakilang.com, iaitu sdra Wahab dari kilang Venture dan Tn Haji Fendi dari kilang Fuji, sekali lagi kami diberi kesempatan dan kelapangan untuk meneruskan agenda jalan-jalan melawat keluarga/insan yang kami rasakan sedikit kurang bernasib baik berbanding dengan majoriti kita-kita yang sedang bekerja di kilang-kilang ini.


Ada 3 keluarga yang kami ziarahi; keluarga Pn Zaiton (42) Ibu Tunggal separuh lumpuh anak 6 di Sg Kob, keluarga adik Firdaus (22) seorang Abang yang tekad membesarkan 5 orang adik-adiknya yang jatuh yatim piatu seminggu yang lepas di Karangan. Kedua-duanya di daerah Kulim, dlm kawasan Parlimen Pdg Serai, kira-kira 15 minit perjalanan dari kawasan industri Kulim Hitech. Keluarga yang ke-3 pula ialah keluarga Pak Omar (50) di Kg Teluk Petata, Baling Kedah, tinggal nun jauh di hujung kampung, di sebuah rumah typical org kg yg miskin yang terus-terusan melambangkan bahawa kemiskinan masih lagi merupakan satu agenda utama permasalahan bangsa.


Dalam email ini, saya ingin mulakan dengan kisah keluarga Pn Zaiton.


Kisahnya agak menarik kerana dalam banyak banyak kisah masuk kg yang pernah saya garap, kisah Pn Zaiton inilah yang menyebabkan saya, wahab dan Fendi tiba-tiba jadi terpana, tiba-tiba sahaja terus teringat dan timbul rasa simpati, kasih dan sayang serta rasa appreciation yang tak terhingga terhadap isteri-isteri kami. Inilah kali pertama kami dihujani dengan rasa syahdu yang sebegini, belum pernah lagi rasanya kami rasa perasaan itu sebelum sebelum ini.


Buktinya: pagi ini 31/3, saya menerima email drpd sdra Wahab yg dihantar kpd seorang rakannya di cc kpd saya, antara lain email Wahab itu berbunyi:


"Munir akan hantarkan cerita seterusnya pada kita semua, bagi saya "sabtu the journey" terlalu bermakna dan banyak perkara yg telah dipelajari dan pengajaran terhebat adalah tentang ibu tunggal tersebut about the "age of 40's". Munir akan elaborate"


Kisahnya: seawal minggu lepas saya menerima panggilan dan sms daripada seorang rakan, yang secara tiba-tiba selepas PRU12 baru-baru ini sedar tak sedar dah jadi PA kepada seorang YB. YB ni pun baru dan PA ini pun baru. Diceritakan kpd saya, malam tu YB mendapat panggilan drpd seorang penduduk di kawasan DUN nya, ada seorang Ibu Tunggal habis rumahnya basah lencun, lantai digenangi air dek hujan yang turun mencurah-curah sejak siang tadi; bocor menderu masuk dari berbagai penjuru di ruang tamu, di bilik tidur, dapur dan hampir keseluruhan rumahnya.


Lihatlah photo yang disertakan, jelas boleh nampak atap dan siling yang bocor di merata tempat. Atap Zink itu pun sudah bertukar warna menandakan sudah uzur benar. Keadaan diburukkan lagi dengan aliran air hujan yang bertempiasan masuk daripada tebing bukit yang berhampiran.


YB yang baru ini seorang pompuan, seorang Ustazah, tapi respect sungguh kat dia, malam tu lebih kurang pukul 1:30 pagi YB turun sendiri melihat keadaan dalam suasana hujan lebat malam tu. So, jgn dok ingat seorang Ustazah berjubah dan bertudung labuh tak boleh jadi YB noh!.


Kata PA beliau tu kpd saya:


"Munir, aku harap hangpa boleh tolong mai tengok, elok kalau hangpa mai waktu hujan, lantai rumah ni kat ruang tamu dia jadi macam kolam, kesian sungguh aku tengok depa, nak tidoq pun tak boleh!"


Hari kami pergi tu tak hujan, taklah nampak ketara sangat, cuma atap yang bocor dan siling yang pecah di sana sini amat jelas kelihatan.


Nak salahkan Pn Zaiton kerana tidak membaiki bumbung rumah/siling menyebabkan 6 orang anak-anaknya itu tinggal dlm keadaan yang kurang selesa pun tak patutlah sangat. Apa tidaknya, Pn Zaiton yang dulunya kerja kilang seperti kami nie, dek kerana terjatuh ditimpa kemalangan, beliau mengalami keretakan/internal injury (tak silap saya kat tulang sum sum - x sure), akibatnya beliau terlantar lumpuh semenjak tahun 2005 hinggalah 2008 baru-baru ini.


Doktor nasihatkan beliau jangan bangun untuk tempoh selama 6 tahun, tetapi kerana tekad nak jaga sendiri anak-anaknya, nak masak sendiri untuk keluarganya, nak habag kata beliau bukan jenis orang yang suka mengharap kpd orang lain selama-lamanya, baru-baru setelah hampir 3 tahun, beliau cuba gagahkan juga dirinya untuk bangun seperti biasa.


(Saya merasa agak bersalah kerana berkali-kali jiran sebelahnya memanggil beliau keluar, jirannya tu sebut "cepatlah sikit, cepatlah sikit, depa tunggu lama dah kat luaq ni")


Apabila saya melihat beliau berjalan menggunakan tongkat sebelah tangan sedikit terketar ketar itu, rasa macam silap pula dok suruh jirannya pi panggil dia keluar.


Di awal-awal perbualan tu, saya banyak bertanyakan tentang anak-anaknya, tentang pelajaran mereka dsg.


Keenam-enam anaknya Ahmad Fitri (8thn), Ana Fahana (10), Ahmad Fahmi (11), Ahmad Firman (14), Anis Fazira


(15) dan Ahmad Farhan (16) tinggal bersama-sama beliau beserta ibunya Tok Piah (70an) di rumah tua ini.


Anaknya cerdik-cerdik belaka, boleh dilihat cenderamata hadiah dan juga jadual-jadual waktu yang dilekat di merata dinding menandakan anak-anaknya dan beliau sendiri amat menitik berat tentang pelajaran mereka.


Bila saya ajukan berbagai-bagai soalan yang agak peribadi, saya jadi terkesima - rupa-rupanya beliau ini dulunya pernah menuntut di MRSM Kulim, satu MRSM dengan saya. Sudahlah tu, satu Maktab Sains Mara di Kuantan buat AAD (American Associate Degree sebelum pi US) satu tempat dengan saya; cuma bezanya beliau adalah senior saya, x pernah kenal sebelum ini.


Menceritakan pengalamannya terlantar hampir 3 tahun lumpuh, tersadai di pembaringan, hanya bergantung kpd simpati sdra mara dan org ramai, serta jiran-jiran yang selalu datang menjenguk dan tolong memasak untuk 6 org anak-anaknya serta ibunya yang uzur itu; sedikit sedikit saya melihat kelopak matanya mulai merah bergenang dan tanpa diundang setitis dua air mata jernih mengalir di kedua belah pipinya. Saya terkedu.


Tak perlu saya tulis apa yang dicurahkannya, sekadar ingin menyatakan bahawa kami merasa bersyukur kerana sedikit sebanyak lawatan kami yang hanya seketika itu kami rasakan kalau tak banyak pun, insyaallah mampu mereleasekan sedikit rasa yang sudah lama terbenam di dalam dadanya.


Saya betul-betul terpana dan terkesima dengan Pn Zaiton ini; apa tidaknya rupa-rupanya si Ibu Tunggal separuh lumpuh yang amat cekal ini, rupa2nya punyai Ijazah/degree in Geology drpd University Fresno....yang kebetulannya pula hanyalah sepelaung jauhnya drpd University saya di Amerika dulu (UOP,Stockton California).


Fuh! satu laluan rupanya saya dan beliau. Tak sangka sungguh kami dipertemukan dalam takdir yang sebegini.


Itu tak apalah, apabila beliau bercerita bagaimana anak-anaknya terpaksa angkat buku dan meja dari satu penjuru ke satu penjuru di waktu hujan lebat untuk mengelak buku dan beg sekolah drpd basah, saya jadi kesian; kata beliau:


"Ha, kat ruang tamu yang sempit ini ajalah tempat budak-budak tu belajar, tak ada tempat lain dah, kalau bocor hujung sana depa lari mai hujung sini, bocor hujung sini depa lari pi hujung sana...mcm tu lah..budak-budak tu rajin belajar, hat sorang tu selalu dapat A, dulu sekolah Badlishah (antara top school di Kedah) tapi tak mampu nak tanggung, suruh dia pindah mai sekolah biasa dekat ni aja. Kat rumah ini, belajar dlm keadaan rumah bocor sana sini tu, paham paham ajalah..!!"


Kesian anak-anak beliau, terpaksa mengharungi hidup dlm keadaan yang sedemikian rupa. Betoilah kata org, antara basic needs (keperluan asas) kehidupan selain makan minum ialah rumah tempat tinggal, tempat kita tumpang berteduh yang sempurna. Makan minum, insyaallah setakat ini anak-anak Pn Zaiton tiada masalah sebab sdra mara dan jiran-jiran serta sahabat handai banyak membantu tetapi yang amat merunsingkan fikiran beliau tika ini ialah atap rumah yang bocor sini sana.


Sebagai seorang Ibu yang benar-benar cekal dan tabah, beliau tak seperti kebanyakan insan-insan malang yang pernah kami lawati sebelum ini, selalunya mereka akan minta itu minta ini macam kami ini pegawai JKM ka apa, Pn Zaitun tak minta apa-apa; tapi kami tahu jauh di sudut hati kecil beliau, beliau amat berbesar hati kalau ada org yg sudi tolong tukarkan atap zink karat bumbung rumah usang rumah ibunya itu dengan Zink yang baru. Kami pun bukanlah ada dana apa-apa; cumanya jika ada yang terbaca dan sudi membantu, bolehlah datang sendiri ke rumah beliau di alamat:


No 8, Kg Tebok, Sg Kob.


Kulim Kedah


(Contact saya pun tat pa, saya tolong bawa pi)


Ini saya yg memandai-mandai tulis ini, Pn Zaiton tak minta apa-apa pun; tapi ingin saya tulis di sini seperti yang sering saya sebut dalam beberapa tulisan saya sebelum ini; orang alim pernah berkata kalau kita bantu org miskin org susah bagi perlindungan (baiki atap rumah misalnya) insyaallah kita akan diberi "perlindungan" di SANA di hari yang tiada apa yang dapat membantu kita melainkan amal baik dan sedekah jariah yg pernah kita lakukan sewaktu di dunia!


(Tak payahlah tanya YB bagi apa, kerajaan buat apa; kalau nak tolong tolonglah, kalau tidak dok senyap ajalah, kita tolong kita dapat pahala, org lain tolong org lain dapat pahala. Mudah aja.)



Sekian, moga ada manafaatnya.

wallah hu aklam

monier_matdin@yahoo.com

31.03.08

http://www.moniermatdin.blogspot.com

<>








1

1 comment:

  1. nak tahu perkembangan sekarang keadaan ibu tunggal ini?......any perkembangan????

    ReplyDelete

Followers