Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

10/09/2009

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota

 
Assalamualaikum,
 
Hari ini hari Selasa, 1 hb Januari tahun baru 2008. Di
negeri Kedah, kebanyakan sekolah berasrama penuh
memulakan sessi pendaftaran pelajar baru pada hari
ini. Saya teringat kesibukan di sekolah anak saya pagi
tadi, ibu bapa begitu sesak di kaunter pendaftaran dan
juga di kedai koperasi membeli berbagai jenis barangan
keperluan asrama untuk anak-anak. All in all, hari ini
saja saya rasa saya sudah pun menghabiskan lebih RM500
untuk anak saya yang seorang itu.
 
Apabila melihat duit cash begitu banyak bertukar
tangan di meja-meja pendaftaran dan juga di kaunter
cashier kedai koperasi, entah macam mana kotak fikiran
saya terus teringat kepada beberapa buah keluarga
malang yang sempat kami kunjungi sewaktu mengikuti
expedisi rakan-rakan daripada NGO Wargakilang.com
sekitar Kuala Lumpur menjejaki dan menghulurkan 
sumbangan kepada keluarga miskin di Ibu Kota sempena
musim buka sekolah pada hari weekend yang lalu.
 
Ada 6 buah rumah Flet yang kami kunjungi,
kebanyakannya keluarga ibu tunggal atau pun keluarga
susah yang ibarat kata kais pagi makan pagi kais
petang makan petang. Flet yang kami kunjungi itu
terletak tak berapa jauh daripada bangunan KLCC
kemegahan Negara; to be exact kawasan penempatan itu
dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat atau PPR,
terletak di Jalan Hiliran Ampang, Jln Ampang Putera
55100 Kuala Lumpur.
 
Secara ikhlas, saya rasa amat terkejut sekali, sebab
saya tak sangka di celah-celah kepesatan pembangunan
ibu kota itu, tersepit di antaranya beberapa kisah
kehidupan yang ingat-ingat sekali macam tak masuk dek
akal. Ya lah, saya ini orang Baling, sabuah daerah
yang terkenal di seluruh Negara kononnya sebagai
antara kawasan yang paling miskin dan mundur di
Malaysia; dok ingatkan Baling ja yang miskin macam org
dok kata, tapi bila saya tengok sendiri, lihat dengan
mata kepala sendiri perit hidupnya 6 buah keluarga ini
(yang sempat kami kunjungi) saya rasa, sekarang ini
kemiskinan bukan saja terhad di Baling, Sik, Kedah,
Kelantan, Terengganu atau mana-mana, tapi cerita orang
miskin ini, kalaulah TV3 ka Mingguan Wanita ka, Harian
Metro ka mana-mana ka nak buat cerita, hangpa tak
payah mai Baling aih, nun kat KL pun bersepah dok
ada!!
 
Saya nak tulis cerita ini tak tau nak mula keluarga
yang mana dulu, semuanya sama susah dan sama derita;
in random biarlah saya kongsikan di sini kisah Pn Ros
atau nama penuhnya Roshafinaz Bt Abd Hamid, 40 tahun
yang tinggal di tingkat 16 pintu 12, PPR Ampang Hilir,
Blok A itu sebagai mukadimah.
 
Sebelum itu, mewakili rakan-rakan NGO Wargakilang.com
beserta sahabat drpd Muslimat JIM Pusat dan juga
beberapa pihak perseorangan yang menjemput saya turun
mai dari Kedah untuk mengikuti kerja amal mereka ini,
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak
Wan, Naib Pengerusi Persatuan Penduduk di situ yang
menjadi jurumudi kami pada hari itu. Kak Wan memang
kenal rapat dengan penghuni-penghuni di situ, dengan
adanya beliau ianya membantu mempermudahkan kerja
kami, terima kasih Kak Wan.
 
Berbalik kepada kisah Pn Ros atau pun lebih selesa
membahasakan dirinya Kak Ros; beliau adalah Ibu
Tunggal dengan 6 orang anak, empat perempuan dan dua
lelaki yang berusia antara 1 tahun setengah hingga 17
tahun.
 
Pada mulanya kami tak perasan sangat yang Kak Ros ini
termasuk dalam senarai keluarga yang akan kami
kunjungi sebab dari mula lagi beliaulah yang
bertungkus lumus membantu Kak Wan menunjuk arah
membantu kami mengusung barang turun naik turun naik
rumah Flet 2 blok itu menghulurkan sumbangan.
Sepanjang masa itu beliau nampak ceria sahaja, tak
sangka pulak tersembunyi di sebalik senyuman manis
beliau itu kisah hidup yang penuh seribu duka.
 
Bayangkanlah, kira-kira 25 tahun yang lalu, sewaktu
masih di sekolah menengah beliau melarikan diri
daripada keluarga di Kg Mengkuang Baling Kedah , tak
pasti atas sebab cetusan diri mahu melarikan diri
daripada suasana hidup yang dicengkam kemiskinan di
daerah kelahirannya itu ataupun kerana masalah
peribadi, beliau membawa diri ke Kuala Lumpur seorang
diri. Saya cuba tanya apa sebab musababnya tapi Kak
Ros hanya tersenyum sepi.
 
Jikalah mahu melarikan diri daripada kemiskinan yang
dicarinya, kini hampir suku abad kemudian, tak salah
kalau saya katakan Kak Ros masih dalam pelarian.
Bayangkanlah bagaimana wanita tabah ini mampu survive
di tengah-tengah hiruk pikuk kota raya, di rumah Flet
Ampang Hilir yang berlatarbelakangkan KLCC sebagai
background, dalam keadaan ekonomi dan taraf hidup yang
makin mencengkam, dengan 6 orang anak-anak kecik yang
perlu disara, sedangkan pendapatan Kak Ros tidak
seberapa, bekerja sebagai Tukang Urut khususnya untuk
wanita selepas bersalin dan sebagainya, umpamakan
penoreh getah di Baling Kedah sana, kalau ada kerja
adalah hasil, kalau tidak.....entah lah!
 
Saya cuba selami isi hati Kak Ros, masalahnya wanita
tabah ini hanya senyum memanjang, enggan berkongsi
sangat kisah hidup peribadinya, hinggakan Kak Wan yang
merupakan teman rapatnya itu mendesak beliau berulang
kali supaya ceritalah habis kpd kami, kot kot kalau
dengan terbongkar kisah keperitan hidup beliau di
tengah kota ini, adalah insan-insan berhati suci yang
mungkin sudi membantu, kalau pun bukan untuk beliau
tapi untuk anak-anaknya yang enam orang itu yang masih
belum mengerti apa-apa.
 
Malangnya Kak Ros bukan sekadar enggan berkongsi
cerita dengan kami, malah beliau enggan membenarkan
kami ke rumahnya di Tingkat 16 itu, puas Kak Wan
pujuk, namun sambil tersenyum dan sedikit ketawa
beliau secara polite tak mahu kami ke rumahnya. Antara
dengar saya dengar Kak Ros cakap dekat Kak Wan:
 
"Wan, nko bukan tak tahu rumah aku....seganlah,
malulah aku nanti!"
 
Off-line, Kak Wan habag kat saya, rumah si Ros tu dlm
keadaan tak berapa terurus, maklumlah ibu tunggal
dengan anak-anak kecil. Kemudian saya diberitahu yang
electrical system rumahnya ada masalah, habis
terbakar/short periuk nasi, dan kain kain baju
bertimbun timbun belum dibasuh sebab machine basuh tak
boleh pakai kerana masalah elektrik. Tidak mahu
memaksa beliau membawa kami ke rumahnya, akhirnya
beliau bersetuju membawa anak-anaknya yang enam orang
itu ke rumah Kak Wan.
 
Di situlah, hasil daripada perbualan peribadi saya
dengan anak-anaknya itu, barulah saya mengerti erti
derita seorang ibu dan juga hidup malang anak-anak
dalam family ini. Betullah kata seorang guru kaunselor
sekolah, kalau kita nak tau senang ka susah ka hidup
sesebuah keluarga tu, tanya dan lihatlah suasana
kanak-kanak itu ketika ke sekolah; tak sama style
pakaiannya antara anak orang senang dan anak orang
susah, tak sama jumlahnya duit sekolah antara anak
orang kaya dan anak orang miskin.
 
Lalu sedikit jauh dari Kak Ros, secara perlahan saya
tanyakan kepada anak sulungnya, Umi Aisha Nahirah,
Form 5 berapa kupang duit sekolah tiap-tiap hari dia
bawa. (Mak dia asal org Kedah, harap harap dia taulah 
Kupang tu apa). 
 
Sambil menggeleng, dalam keadaan separuh segan Umi
Aisha jawab:
 
"Tak ader"
 
Habis tu?
 
Tiap-tiap hari beliau ke sekolah tanpa 1 sen pun dalam
poketnya, cuma sekadar sebotol air sebagai bekalan.
Sepanjang masa kat sekolah dok tahan lapaq saja sebab
tak ada benda nak makan. Tak logik aih!, tapi itulah
faktanya, logik ka tak logik ka hangpa mai tengok
sendiri. Budak ini pi sekolah bawa air saja.
Makan tak makan, lepas 2:30 ptg balik sekolah nanti,
kalau ada makanan kat rumah makanlah, kalau tak ada
entahlah. No wonder periksa PMR hari itu adik kita ini
cuma mampu score 2B 4C dan 2D SAHAJA!! Hancoq
anak-anak bangsa!
 
Macam tak masuk akal langsung, di Kuala Lumpur nu,
bukan di ulu Baling atau di Hutan Bukit Ndo Sik; ini
di KL Ibu Kota Negara. Saya nak tulis pun rasa takut
sebab risau jadi berita palsu pulak, berkali-kali saya
tanya, macam itulah kisahnya bahkan lagi ditanya lagi
dikorek lagi haru.
 
Mengikut budak-budak ini lagi, sekali itu Kak Ros
terputus duit belanja (dok roling RM300 sebulan duit
Baitu-Mal belanja makan dan bisness direct selling
kecil kecilan), sampai beras pun tak ada nak makan kat
rumah; so Kak Ros pun terpaksa buat muka tebal pi
turun hutang beras sekampit kat kedai India
berdekatan. Teruk sungguh, beras nak makan pun nak
kena hutang, ini bukan dah jadi kes berat dah, tapi
sudah jatuh tahap malang. Nasib baiklah Kak Ros ini
jenis mulut ramah, India itu pun kenal dia, kalau tak
kebulurlah budak-budak itu.
 
Dan yang paling tragis dan saya rasa agak sadis
sekali, bila mana dlm perjalanan turun ke tingkat
bawah, jauh dari Kak Ros, Kak Wan jurumudi kami itu
cerita kat saya kisah menyayat hati yang kerananyalah
Kak Wan ambik berat keluarga Kak Ros sampai hari ini.
 
Kata Kak Wan:
 
"Anak sulung dia tu cerita, sekali itu Kak Ros
terputus wang, waktu Kak Ros pi buat kerja urut tu,
anak-anak kat rumah nak makan tapi beras dalam bekas
itu tinggal lebih kurang segenggam ajer; kalau masak
bolehlah makan untuk sorang. Jadi, budak ini (Umi
Aisha) dia ambik beras segenggam itu, dia tanak bubur
nasik dengan beras  tu, kemudian dia campur kiub ikan
bilis yang tinggal sisa itu nak bagi naik rasa; dia
kacau kacau kemudian bagi-bagikan bubur nasik itu bagi
adik-adik dia makan!"
 
Masyaallah, rupa-rupanya bukanlah masalah minyak
kereta, kenaikan harga tol, kenaikan harga barang,
atau pun tak ada bonus kat tempat kerja yang jadi
masalah utama Kak Ros, tapi benda yang paling basic
dalam dunia, iaitu makanan Ruji Harian, nak makan
NASIK pun tak ada; biaq betoi, ka Kak Wan saja
pandai-pandai reka cerita.
 
Bila saya tanya anak Kak Ros, memang betoi pun apa
yang Kak Wan cakap. Sedih sungguh sampaikan beras pun
tak ada. Ini dah kalah cerita dalam Bersamamu TV3 yang
mai jumpa saya di Baling hari itu; teruk-teruk pun
orang Baling daerah asal Kak Ros itu, tak adalah
sampai tak ada benda nak makan, paling teruk pun macam
dalam kisah Bersamamu TV3 dua tiga bulan lepas, ada
gak kangkung kat tepi rumah nak buat makan; ini
anak-anak Kak Ros, bukan kata pucuk kangkung, pucuk
paku pun tak ada, besi gril adalah – itu pun kalau
depa mampu tokak buat makanan batang grill itu.
 
Entahlah saya agak emosi sikit bila bercerita kisah
ini; tak pasti kenapa mungkin jauh di sudut hati ada
sedikit rasa tidak puas hati kerana anak-anak Kak Ros
ini terpaksa mewarisi suasana hidup yang penuh dengan
kemiskinan yang cuba dihindari oleh ibu mereka 25
tahun yang silam. Tak tau salah siapa, mungkin itu
sudah suratan takdir dan dugaan serta realiti hidup
buat mereka. Nak tak nak mereka terpaksa harungi jua.
Untuk kita, terutamanya rakan-rakan dari KL yang
mungkin selama ini tak pernah tahu pun ada realiti
hidup yang sebegini, kalau ada masa itu
jenguk-jenguklah keluarga Kak Ros dan beberapa
keluarga lain yang tidak sempat saya tulis kisah
mereka di sini. 
 
(Ada keluarga lain yg lebih daif daripada keluarga Kak
Ros, x sempat saya nak tulis di sini, Kak Ros agak
beruntung sebab ada Kak Wan membantu, keluarga lain
mungkin kurang bernasib baik)
 
Saya mohon maaf jika tulisan saya ini ada terkasar
bahasa di mana-mana, sukar nak kawal perasaan bila dok
tengok anak-anak bangsa masih hidup miskin melarat
seumpama ini, tambah-tambah pula bukan di kawasan ulu
atau pedalaman desa, tapi nun di KL sana nu, di Jalan
Ampang Hilir, daerah Ampang daerah di mana berdirinya
KLCC Tower, mercu tanda kebanggaan Negara.
 
Sapa-sapa ada masa pi lah melawat mereka, boleh
contact Kak Wan, insyaallah beliau mampu membantu.
Kalau ada kumpulan yang mampu pi bagi ceramah motivasi
atau pun buat tuition free kat budak-budak itu lagi
elok; kebanyakan keluarga yang dikunjungi bila kami
tanya mengenai pendidikan anak-anak, mereka memang nak
ambik berat tapi semuanya bagi jawapan yang sama:
 
"Kami mana ada duit nak hantar budak-budak itu
tuition, nak makan pun tak cukup!!"
 
Bantulah mereka demi masa depan anak-anak bangsa!
 
Sekian,
Monier_matdin@yahoo.com
1 hb Januari 2008
 
 
    




1

1 comment:

  1. syukur sangat walau pun kita rasa kita susah..tapi masih ada lagi orang yang lebih susah,....

    ReplyDelete

Followers