Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

9/11/2009

Jln-Jln Masuk Kg: Orang Tua di Kaki Rimba

















Jln-Jln Masuk Kg: 1 Mei 08 Hari Pekerja – Orang Tua di Kaki Rimba


Sahabat-sahabat yang dimuliakan,


Alhamdulillah tanpa diduga, email yg saya tulis di bawah tajuk Jln-Jln Hari Buruh: Tazkirah Utk Semua; yg asalnya ditulis setakat saja-saja ja (sebab selalunya x ramai yg turun mai), tapi tak sangka pada pagi 1 hb Mei semalam, lebih drpd 10 buah kereta entah mai dari mana-mana pakat turun mai berkumpul di Petronas BKE dan juga di tempat parking KHTP.


Tak silap saya semua sekali ada kot dalam 12 bijik kereta; kelam kabut juga kami pada asalnya sebab team WK ni bukannya pernah buat konvoi masuk kg ramai-ramai macam tu, paling kuat pun dalam 3 kereta ja; tu pun sebab satu kereta boh penuh brg. Ramai sungguh, drpd kereta Kancil hinggalah ke keta 4WD.


Saya gabrah jugak pada mulanya sewaktu nak bagi taklimat tu sebab dlm kepala saya boleh bayanglah apa nak jadi bila 12 buah keta tu pakat konvoi masuk kg jln kecik-kecik or area2 yg x dak tar tu nanti, nasib baik ada satu Team drpd ProCC (Proton Car Club) Penang siap pakai "jersey" depa lagi, since depa ni dah biasa dok buat konvoi besar-besar ni saya minta depa tolong bagi briefing sikit, kemudian dikuti dengan safety briefing oleh Tok Mulu kita, sdra Lukman dari UUM yg dok mengajar subject EHS ni di sana.


Semua sekali kami pi 8 buah rumah, termasuk singgah solat zohor bagi sumbangan kat fakir miskin di Masjid berkenaan untuk 12 org penama. Makna kata 20 org semuanya.


Cakap pasal sumbangan ni, ini yg saya nak habag ni; sebab kita tak buat collection, tak dak central collection kata org; so saya habag kat semua hat mai tu; nanti sampai rumah-rumah tu, hangpa pandai-pandai sendirilah bagi sumbangan. Kot-kot yg nak bagi fidyah, kalau agak keluarga tu nampak x brapa susah sgt, nak tunggu keluarga hat selepas tu pun okey, no prob; saya kata barang tuan-tuan duit tuan-tuan, tuan-tuan sendirilah yg buat decision.


So, jadinya; bila sampai satu-satu rumah tu; bila sorang pi bagi sekampit beras, since ada > 10 bijik keta, hangpa bayangkanlah apa jadi kat situ...bersusun-susun barangan macam beras, biskut, gula, garam, minyak masak etc macam tuan rumah tu baru balik shopping nak buat kenduri kahwin. No Wonderlah, Pengerusi Kariah yg kami berhenti solat tu, bila diminta buat ucapan waktu majlis sumbangan barangan tu, Tuan Haji tu kata depa agak terkejut sebab selama ni depa tak pernah tengok satu-satu keluarga tu dapat barangan macam tu nala punya banyak (beras 10 kilo ada kot 4 kampit, 5 kilo 3kampit, gula berkilo-kilo, minyak masak dll). Memang banyak sungguh; saya sendiri tengok Pak Omar dok ulang alik angkut barang2 tu dua tiga kali dengan mutu buruk dia!

Malam tu pulak saya dpt sms drpd Puan Zaiton (moniermatdin.blogspot.com : Kisah Ketabahan Seorang Ibu); dia kata Mak dia cakap t.kasih dan Mak dia habag kata dia tak sangka barang punya banyak (kami longgok kat luar rumah ja waktu tu). Apa-apa pun t.kasih lah kpd sapa-sapa yg bersusah payah beli & bawa brg2 tu ikut kami masuk ke kg semalam.


Saya tak nak tulis banyak; kali ni saya nak biarkan gambar-gambar rakan2 kita di Rumah Pak Mat seperti yg disertakan di sini berbicara sendiri. Tengoklah gambar-gambar ni dan hayatilah erti yang tersirat di sebaliknya. Kalau nak tau, next time boleh join mai.


T.kasih kpd rakan-rakan seramai hampir 40 orang tu, terutamanya kpd "tukang-tukang rumah amatur", yg semuanya sanggup meredah hutan dan denai meniti kayu-kayu reput (ada yg bawa anak-anak) semata-mata sebab nak membantu insan yang memerlukan.


Atas pengorbanan kalian, hanya Allah SWT saja yg dapat membalasnya.


wsl

monier_matdin@yahoo.com

2.Mei.08

Nostalgia Baling: Demo Ubi Kayu









Petang tadi, Ahad 18/5/08, waktu tu saya on the back dari Penang; sampai kat tengah Pekan Padang Serai yang memang dah biasa sibuk setiap hari Ahad sebab ada Pekan Hari kat situ, anak saya habag kata kat depan tu macam ada orang tengah dok buat demo.


Sebut aja demo, terus saya teringat sms yang Apit hantar kat saya semalam, dalam sms tu Apit, sahabat saya full-time buat bendang (walaupun miliki Diploma) ada bagi tau pasal ada org nak buat demo tak puas hati pasal harga beras dan barang naik harga. Antara lain Apit tulis, demo yg akan diadakan tu bukan anjuran mana-mana parti politik, tapi cetusan rasa tak puas hati drpd penduduk-penduduk sekitar Padang Serai.


Saya tengok jam baru aja pukul 3.00 petang, ikut plan demo itu akan berlansung sampai 3:30 ptg. So, saya pun rush balik hantar anak-anak, kemudian patah balik mai, pi join depa demo.


Bila tengok sepanduk-sepanduk itu, rasa nak tergelak pun ada. Antaranya ialah pasal UBI KAYU; entah mai mana-mana, poster-poster itu penuh dengan cerita pasal Ubi Kayu. Dah la tu, siap dengan dua tiga tongkoi Ubi Kayu yang masih melekat di akar pokok ubi tu depa angkut mai sekali. Bila tanya pasal apa bawa mai Ubi Kayu?


Depa kata:


"UBI KAYU inilah adalah lambang kemiskinan rakyat-rakyat marhain kat bawah ni!!"


Hmm, baguslah itu, sejak-sejak dah habis PRU12 ini, rakyat marhain kat bawah tu macam dah tenggelam punca, dah tak tau nak relate kat mana-mana pihak/parti politik/organisasi yang betul-betul memperjuang dan mengambil berat tentang isu kemiskinan dan masalah harga barang terutamanya BERAS makanan asasi anak bini depa ni.


Daripada sembang & temubual dengan rakyat-rakyat kat bawah ini, kita dapat rasa yang rakyat macam dah naik meluat dan fed-up dengan kerenah YB-YB dalam Parlimen tu, yang tak habis-habis bertengkar dan bergaduh macam budak-budak tadika. Depa macam buat main-main saja dengan institusi Parlimen, macam tak hormat langsung dengan institusi ini yang sepatutnya merupakan tempat berkumpulnya suara keramat rakyat jelata.


Rakyat dok rasa YB-YB dalam parlimen itu macam x serius macam main-main saja dengan title YB yang ada pada depa, sedangkan di kala YB-YB tu dok maki hamun sesama sendiri, dok kata kumpulan tu Babi kumpulan ni Babi, rakyat marhain kat bawah ni terus-terusan menderita dengan kenaikan harga barang terutama sekali isu BERAS yang entah bila nak jumpa jalan penyelesaiannya ini.


Berbalik kpd demo di tengah Pekan Hari Padang Serai, Kedah itu; sebaik saja sampai, bila tengok muka-muka yang turun tu adalah wajah-wajah regular penduduk taman dan kampong sekitar; jiran-jiran dan kawan-kawan belaka, rasa seganlah pulak kalau tak pi ke depan sama.

So, walaupun mengetahui risiko join demo yang tak ada permit ini (ya lah, bukan dianjurkan oleh mana-mana parti politik ataupun NGO pun, cumalah perhimpunan ad-hoc rakyat jelata tanpa detail perancangan); saya terus ke depan, dan entah macam mana, macam main game pula, depa pass mai mike/hailer bagi kat saya.


Saya pun apa lagi, lama dah dok geram dok dengar kawan-kawan dan diri sendiri dok rasa x puas hati; nama saja dok di negeri Kedah, negeri Jelapang Padi, sawah bendang sejauh mata memandang, tapi BERAS pun boleh jadi isu. So, antara sedar, saya balun ajalah cakap apa yang terlintas. Habis demo tu, TV7/S.habag/Harakah mai kat Apit tanya sapa ketua, depa nak interview.

Apit habag dialah ketua, tapi kalau nak interview, suruh interview Munir (saya); laa..x pasal-pasal kena interview, kemudian nama sure naik di Balai. Tak taulah Apit, dah hang suruh aku cakap, aku cakap ajalah!


Saya tak berapa ingat apa yang saya cakap, cumanya saya habag dalam lebih kurang 100 lebih yang turun tu, rata-ratanya adalah pesawah (bendang), penoreh, peniaga dan ramai juga adalah pekerja kilang. Mereka semua ini tak puas hati pasal harga BERAS dok naik mencanak, dan mereka merasakan pihak-pihak yang berkenaan tak betul-betul ambil serius tentang isu ini.

Pihak-pihak yang berkenaan itu bukan semestinya pihak Kerajaan yang memerintah, tetapi adalah semua pihak yang sudah pun diberi undi dan mandat oleh rakyat jelata dalam PRU12 baru ni; maksud mereka ialah YB-YB yang dilantik ke Parlimen.


Mereka (RAKYAT) sudah pun menunaikan tugas mereka dengan membuang Undi dlm p.raya, maka sekarang tibalah pula giliran mereka-mereka yang dilantik untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka dalam Parlimen bagi mencari jalan penyelesaian yang konkrit mengenai isu BERAS ini. Hangpa dah jadi YB, hangpa pikiaqlah macam mana nak buat.


Pihak polis yang datang memantau memberi 25 minit saja untuk demo tersebut; selepas 25 minit semua orang bersurai. Waktu itu baru saya perasan, yang turun tu memang golongan rakyat marhain sungguh: Apit (fulltime buat bendang), Cop (niaga nasi Ayam), Paktam Poi (niaga yong taufu), Midi (bawa van budak tadika), Radhi (jual ikan), Abang apanamalupa (Penoreh), Zul (kerja kilang); ringkasnya rakyat bawahan semuanya.


Waktu pakat dok jamu selera kat rumah Pak Tam Poi (demo buat depan rumah dia mengadap main road Pekan Ahad Padang Serai); saya tanya Apit, betoi-betoinya macam mana boleh mula buat Demo Ubi Kayu ini?


Apit kata:


"Betoi-betoinya lah, AKU TAK PUAS HATI SUNGGUH, SEBAB AKU NI DOK BUAT BENDANG, AKU YANG TANAM PADI, TIBA-TIBA AKU TERPAKSA BELI BERAS HARGA TINGGI!!"


La, patutlah pun Apit pulun sakan; dia x kisah polis ka sapa ka nak kacau dia, sebab kalau ditakdirkan dia masuk dalam, dia x rugi apa pun, tapi kita semua rakyat jelata yang rugi, sebab satu hari dia dok dalam, bermakna satu harilah beras kita kurang bekalan. Makna kata, penting sungguhlah rupanya Pak-Pak Tani ini kpd kita. Maka itu, tidak keterlaluan kalau kita sarankan: kali ini kalau ada Anugerah Maulidur Rasul ka Maal Hijrah apa ka, elok kot kita pi bagi kat Pak Tani macam Apitlah pulak. Banyak jasa depa kat kita, tapi kita semua take for granted macam itu saja.


Last sekali Apit habag:


"Selain itu, aku x puas hati sungguh; cuba hangpa bayangkan BERAS naik harga daripada RM18 ke RM32 sekampit (10kg). Dah la tu, BAJA pula naik harga drpd RM70 ke RM160 sekampit (50kg). Kemudian RACUN pula naik harga drpd RM45 kpd RM120 satu tong (4 Liter). Tak ker gila kerjanya, sedangkan PADI tak naik harga pada kadar yang serupa!!"


Hmm, patutlah Apit marah sangat.


Saya dan rakan-rakan hanya menumpang kemarahan Apit itu saja. Saya dok ingat next PRU, kalau ada peluang, boleh kot kita lobi Apit jadi calun; kalau pun bukan mana-mana parti yang dah ada YB dalam parlimen tu, kalau Apit nak jadi calon BEBAS, boleh kot kita calonkan dia bertanding atas nama Parti Cap UBI KAYU!!


Hidup Apit! Hidup Rakyat Marhain! Hidup Ubi Kayu!


Sekian dilaporkan

p.s: sorrylah tulisan saya ni kelam kelibut sikit, maklumlah bukannya ada orang-orang Besar pun nak baca kisah-kisah rakyat marhain ini. Jadi, saya catatkan juga di sini sebagai journal peribadi saya untuk tatapan anak-anak cucu saya dan juga anak cucu Apit kemudian hari.


Monier_matdin@yahoo.com

18.5.08

http://www.moniermatdin.blogspot.com

( Tadi, ada memba sms, dia kata dia ada download gambar perhimpunan aman rakyat jelata tu dlm youtube http://www.youtube.com/watch?v=JdJXpQxYty8 )

Jln-Jln Cuti Sekolah: the other side of Kuantan









Seperti yang dirancang, sempena cuti sekolah awal bulan Jun 2008 di minggu yang lepas, bersama-sama dengan beberapa orang rakan khususnya drpd kawasan Pantai Timur; kita telah berjaya mengadakan mini gathering wk di sana.


Terima kasih kpd yang hadir terutamanya kpd sahabat kita sdra K.Azry Edrus dari kilang WD yang sanggup drive mai pagi-pagi lagi bertolak dari KL/Raub ke sini, juga kpd seorang sahabat kita yang kerja di Kuantan tapi hari jumaat tu dia ada di Kedah makan kenduri di sana, nak join punya pasal, dia pecut mai sampai jam 3.00 pagi, walaupun penat dan ngantuk tapi sempat juga join kita pagi esoknya.


Dan minta maaf kpd yg terpaksa kansel plan depa last minit kerana mis-communication di pihak saya, dan minta maaf juga kpd yang hadir tetapi tak sempat join xtvt, cuma dekat hari nak balik baru tau kata memba kita tu pun ada check-in dengan keluarga di Cherating Bay Resort tu; dia dok ingatkan xtvt masuk kg kita tu jatuh hari Ahad, walhalnya hari Ahad tu kita dok kira nak check out dah; kot mana pun, t.kasihlah kpd sahabat kita drpd kilang ALPS Jengka ni yang bersusah payah turut hadir; next time kita plan properly.


Last sekali, t.kasih banyak-banyak kpd sdra Andansura dan rakan-rakan daripada kawasan perkilangan Gebeng dan sekitar yang sudi menjadi penunjuk jalan kpd kita hari tu.


Walaupun majlis tak begitu lancar sangat (mungkin sebab sdra Lukman x dak nak organize BBQ dan xtvt untuk anak-anak), namun matlamat kita untuk bercuti sambil melakukan kerja amal itu alhamdulillah sedikit sebanyak tercapailah jua rasanya.


Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sahabat-sahabat WK kita di sana, ada 4 keluarga semuanya yang kita kunjungi hari itu. Keluarga pertama dan kedua terletak di kawasan Ulu Balok iaitu di Kg Tebing Tinggi, Tebing Balok, Kuantan. Keluarga pertama ada 7 org anak, bekerja kontrak di kilang berhampiran dan seorang lagi Nelayan dengan tiga orang anak kecil yang tinggal berhimpit di rumah seakan-akan rumah kongsi seperti yang dlm gambar yang disertakan ini. Bekalan letrik hanya mengharapkan seutas wayar yang disambung drpd rumah jiran bersebelahan.


Keluarga ke-tiga, rumah Pok Kholid atau nama penuhnya Razak Embun (61) dengan 7 org anak-anaknya, dan keluarga ke-3, Puan Rogayah (43) seorang Ibu Tunggal dengan 5 orang anak di Kg Sg Karang Darat, Kuantan, Pahang.


Antara keempat-empat rumah yang kami kunjungi itu, saya tersentuh dengan kedaifan hidup 7 orang anak-anak Pok Kholid yang tinggal di dalam rumah yang (seperti kata sahabat saya sdra Ahmad Husin dari kilang WD) dari luar nampak macam rumah, tapi kat dalam tak sangka ada orang boleh tinggal dalam rumah macam itu.


Lihatlah gambar rumah Pok Kholid yang disertakan ini; dapur tak macam dapur, bilik air entah ke mana, tiada bilik tidur yang khusus apatah lagi ruang untuk anak-anaknya belajar dengan sempurna. Bumbungnya pula, sini tiris sana bocor, wonder macam manalah anak-anak beliau yang 7 orang tu survive malam-malam.


Saya cuba nak ambil gambar bumbung bumbung yang tiris dan bocor tu tapi tak tahu nak ambik yang mana satu sebab banyak sangat kawasan yang berlubang, yang retak yang nampak langit dan sebagainya. Mungkin kerana tiada ruang untuk kain baju dsgnya, maka boleh tengok kain baju dan tilam bantal selimut dan pakaian harian bersepah sini sana, bukan sebab tidak dikemas tapi memang tiada ruang untuk semua itu; seolah-olahnya rumah itu ibaratkan reban ayam, janji ada sedikit dahan untuk bertenggek, sudah memadai untuk dibuat tempat mengeram.


Ringkasnya, suasana dalam rumah tersebut tidak langsung sesuai untuk pembesaran khususnya dari sudut pembelajaran kpd anak-anak Pok Kholid ini; mungkin kerana itulah daripada 7 orang anak-anaknya itu, yang sulung, patutnya sekarang di Ting-3 tetapi belum pun habis form 1, sudah pun jadi drop-out, terkandas hingga sekarang.


Beliau ada 7 orang anak semuanya: Supian (kandas), Syawal T-2, Riduan T-1, Hakim D-6, Nurul D-1, Sakinah 4 thn dan Firdaus 2 thn. Kebetulannya saya pun punyai 7 orang anak dalam lingkungan usia yang hampir serupa; tak boleh saya bayangkan bagaimana anak-anak saya nak ulangkaji pelajaran mereka malam-malam jika ditakdirkan mereka di-kremkan dalam ruang sempit yang sedemikian rupa.


No wonderlah, patut pun Abang Hashim, seorang aktivist sosial yang aktif membantu masyarakat terpinggir di sekitar Kuantan, sejak mula lagi beria-ria mengajak kami ke rumah Pok Kholid. Kata Hashim, kebetulannya beliau dan rakan-rakan memang sedang berusaha untuk membantu keluarga Pok Kholid ini; mereka sudah pun mendapat sumbangan drpd orang perseorangan dalam bentuk pasir dan bata untuk membaiki rumah itu, cumanya yang kurang sekarang ialah sumbangan untuk menukar atap rumahnya itu. Jika ada yang sudi menyumbang, insyaalah beliau dan rakan-rakan boleh tolong baiki rumah tersebut secara gotong royong.


Kami tak dapat janji apa-apa sebab kami ni mai sekali sekala saja; saya dari Kedah dan lain-lain dari KL, kalau nak kutip sumbangan sukarlah sikit sebab kami ni bukan jenis dok kutip-kutip derma ini, cuma sekedar menulis dan mengharap ada insan-insan berdekatan yang sudi membantu dan datang sendiri memberi sumbangan.


Moga sumbangan kalian untuk membantu memberi perlindungan kpd keluarga Pok Kholid yg kerja kampung/kontrak/ ambik upah meracun dll ini; moga setiap keping bumbung yang dihulurkan itu akan dibalas di SANA kelak sebagai bumbung-bumbung yang bakal memberi perlindungan yang abadi di hari yang tiada apa yang mampu melindung kita melainkan amal jariah kita di dunia ini. Mudah-mudahan.


Jika ada yang berminat ingin membantu, khususnya kpd rakan-rakan kita di kawasan Industri Pantai Timur seperti di Gebang dan terutama sekali kpd rakan-rakan di kawasan Oil & Gas kaw Industri Kerteh, bolehlah hubungi Abang Hashim di no tel: 0148168991; insyaallah beliau boleh tunjukkan jalan ke rumah Pok Kholid ini.


Di akhir expdisi, kami singgah makan keropok leko di sebuah gerai makan berhampiran; ada satu kata-kata drpd seorang sahabat, anak tempatan di situ yg sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga saya. Kata beliau, kira-kira 80% Anak Jati Kuantan/Kemaman sebenarnya masih hidup di bawah paras kemiskinan; yang kita nampak senang dan mewah itu rata-ratanya adalah orang luar yang datang mencari rezeki (bekerja) di situ.


Kemasukan orang luar, dengan kerja gaji ribu-ribu menyebabkan taraf hidup dan cost of living meningkat. Harga barang naik, tetapi anak jati di situ masih hidup seperti dulu, kais pagi makan pagi kais petang makan petang seperti Pok Kholid ini. (Waktu kami ke situ, beliau baru pulang dari ambik upah meracun, dapatlah RM10 upah untuk pagi itu).


Nak salahkan orang luar pun tak patut juga, tetapi nak membiarkan orang-orang seperti Pok Kholid ini terus-terusan terpinggir sehinggakan anak-anaknya kandas dalam pelajaran pun tak patut juga; lalu as individu apa yang mampu kita lakukan?


Mungkin antara caranya khususnya kpd kpd rakan-rakan kita yang bekerja dan mencari rezeki di sana, bolehlah hubungi orang-orang seperti Abang Hashim dan aktivist sosial di situ; sesekali jika ada kelapangan ajaklah mereka masuk ke kg-kg di kaw sekitar, jenguk-jenguklah mereka dan hulurkanlah apa saja sumbangan yang termampu. Kami di Wargakilang. com merasakan selain sumbangan berupa kebendaan, orang-orang seperti Pok Kholid ini perlukan bimbingan dalam bentuk ceramah-ceramah motivasi untuk mereka dan juga anak-anak. Rasanya itulah benda utama yang mereka perlukan.


Bantulah mereka, moga 6 orang lagi anak-anak Pok Kholid ini tidak akan terkandas lagi seperti abang sulung mereka!


monier_matdin@ yahoo.com


10.6.08


http://moniermatdin .blogspot. com





Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Musim Buah




Menyambung kisah expedisi kami masuk kg pada hari weekend yang lalu:


Seperti yang ditulis dalam tulisan yang sebelum ini; kerana kebetulan waktu kami masuk kg kali ini adalah musim buah, maka di sepanjang-panjang perjalanan kami tu boleh tengok gerai-gerai buah di tepi jalan, dan bila masuk ke dlm kampung pula, buah moktan, buah dokong kadang-kadang tak payah jengket kaki, pakai huluq tangan pun dah boleh ambik, nak habag kata memang musim buah sungguh kali ini. Tapi, fikir sekali kesian pulak kat org kampung, macam kata sorang makcik tu, sekarang ini sebab lebat sangat musimnya, maka buah-buah yang lazimnya menjadi sumber rezeki org2 kampung di tahun-tahun yg lalu seperti dokong dan durian misalnya, sekarang ini kalau org jual Dokong RM4 sekilo pun x dak org nak beli dah.


Kat psr-psr mlm berdekatan, buah durian org jual pakai longgok saja. Buah Moktan pulak ada yg jual 1 ikat (entah berapa kilo) RM2 saja...mcm bagi free saja. Tat pa lah, w/pun x leh buat duit tapi rezeki yg melimpah ruah tu ada rahmatnya jugak, waktu inilah anak beranak dan saudara mara pakat mai balik ke kg pi jenguk mak ayah sambil bawa anak-anak makan buah.


Ops, bukan kisah buah yg saya nak tulis kali ini. Macam yg saya cakap dengan bro Zek yang naik keta saya tu, kali ini saya x tau nak tulis kisah mana dulu sebab setiap keluarga yg kami singgah tu ada kisah-kisah tersendiri. Rasanya kalau saya sentuh secara sekali lalu permasalahan beberapa buah keluarga itu, mungkin mampu menjadi tazkirah ringkas buat kita semua.


Misalnya: dalam gambar yang disertakan ini ialah kisah seorang Ibu Muda bernama Puan Sadariah dlm lingkungan usia awal 30an.


Perjalanan takdir menyebabkan beliau yang dulunya tinggal bersama suami di Sg Petani Kedah, kini terpaksa pulang menetap di rumah pusaka keluarganya nun jauh di pedalaman Baling, menjaga abang dan juga adik perempuannya yang cacat sejak ibunya pulang ke rahmatullah kira-kira 40 hari yang lalu.


Perjalanan takdir juga menguji beliau bila mana setelah melahirkan anaknya yang juga cacat (dlm gambar) beliau sudah tidak mampu lagi melahirkan zuriat. Dan Ujian takdir barangkali, di celah-celah itu pula, dalam keadaan diri yg sudah tidak mampu melahirkan anak dan sibuk pula menjaga anaknya yg cacat (x mampu bercakap bergerak berjalan etc) suaminya pula sudah buka cawangan baru. Tak apalah, itu kisah peribadi mereka suami isteri; yang saya nak tekankan di sini ialah pasrah dan tabahnya hati manusia yang bernama WANITA ini apabila diuji sebegitu rupa.


Pagi tadi di tempat kerja, sdra Nizam yg turut serta ke sana bertanyakan saya tentang abang kpd Sadariah yang bernama Harun itu, kata Nizam beliau cukup rasa sedih bila melihat Harun berjalan menggunakan dua tapak tangannya mengensot-ngensot sepanjang kakilima rumah untuk masuk ke ruang tamu menyambut kedatangan kami. Harun cukup seronok apabila menerima baju terpakai yang dikirimkan kpd kami itu; lihatlah dlm gambar ini, w/pun x berapa boleh bercakap tapi dia cuba juga bercakap dlm patah-patah perkataan yang kami x berapa paham, sambil memegang-megang baju terpakai berwarna merah itu seolah-olah menyatakan rasa terima kasih yg tidak terhingga kerana setelah 40 hari Bondanya pergi,akhirnya ada juga insan yang sudi menghulurkan pakaian walaupun hanyalah sehelai baju terpakai seperti itu.


Selama ini, sedari kecik, Bonda beliau itulah yang membesarkan beliau dan adiknya Aishah dengan penuh kasih sayang. Kini tugas itu akan diambil alih oleh kakak kpd Aishah pula, iaitu Puan Sadariah.


Adik kpd Harun, si Aishah yg juga cacat dan x mampu bertutur jelas itu pula hanya mampu melihat, entah apa yg difikirkan beliau wallah hu aklam.


Dan, melihatkan anak Puan Sadariah yang terkulai di pembaringan itu, kami pun x tau nak tanya apa; kata Pn Sadariah mcm tulah keadaan anaknya, nak buat mcm mana dah takdir, terima sajalah dengan redha.


Kami tahu kunjungan kami yg hanya seketika itu pastinya tak akan mampu menghilangkan bebanan Ujian Takdir yang Pn Sadariah sedang hadapi itu, namun apabila melihat abang beliau si Harun tu begitu happy dan tersengih-sengih gembira dengan baju terpakai itu, sekurang-kurangnya buat seketika, Pn Sadariah dapatlah juga turut tersenyum sama.


Dalam kereta, saya kata kat Zek:


"Mungkin kisah Ujian untuk Pn Sadariah itu boleh dijadikan satu tazkirah untuk kita semua; kalau kita ingat kita ada masalah, rasa-rasanya Pn Sadariah lagi teruk masalahnya. Dah la x dak kerja apa, hanya mengharap simpati saudara mara, terpaksa pula menghabiskan sisa-sisa usianya untuk meneruskan perjuangan arwah ibunya menjaga abang dan adiknya yg cacat dan juga anaknya sendiri yang juga cacat; sudahlah x mampu melahirkan zuriat, kini terpaksa berkongsi suami dengan wanita lain pula. Entahlah, kalau kita rasa berat memandang maka sudah pastinya berat lagu bahu Pn Sadariah memikulnya"


Ini semua adalah Ujian Hidup, kita ni yang bernama manusia, selagi mana kita hidup di dunia, maka selagi itulah kita tak akan dapat lari drpd Ujian-Ujian hidup ini. Jika kita sedang diUji, maka ingatlah itu adalah lumrah untuk seorang insan yang bernama manusia. Kalau kita rasa berat sangat Ujian untuk kita itu, saya rasa Ujian untuk Pn Sadariah jauh lebih berat lagi rasanya. Moga kisah ketabahan dan kecekalan seorang isteri bernama Pn Sadariah dalam menempuh ujuan takdir ini ini akan dapat dijadikan iktibar dan tazkirah buat kita semua.


Bukan Hidup Namanya Jika Kita Tidak Diuji.


Sekian sebuah kisah Realiti Kehidupan.


Moga ada manafaatnya.


monier_matdin@ yahoo.com

7.8.08

http://www.moniermatdin.blogspot.com

Jln-Jln Musim Banjir: Lembah Beriah

Semalam 26/10/08, berkesempatan cuti hujung minggu bergabung dgn cuti deepavali, bersama-sama dgn sdra Wahab (pengerusi Biro Amal WK), kami telah berkesempatan melawat mangsa banjir di Lembah Beriah, dekat area Bukit Merah Perak.


Mohon maaf kpd kawan-kawan yg tidak dapat turut serta kerana xtvt Biro Amal NGO Wargakilang kali ini agak rushing sikit, plan seawal khamis, hari Ahad dah nak pi; nak buat mcm mana nama pun bencana alam, x dpt nak plan awal-awal.


Kot mana pun, kita ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kpd Pak Mid drpd kilang Crest yang w/pun tidak dpt turut serta tapi telah berjaya mengatur plan di sana sebelum kita tiba. Alhamdulillah melalui beliau, kita kemudiannya telah dipertemukan dengan sebuah NGO di Lembah Beriah yang menjadi "tour guide" kita di sana.


Terima kasih kita ucapkan kpd NGO tersebut, iaitu Persatuan BOMBA Sukarela, Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah, Bagan Serai Perak, yang bukan setakat menjadi jurupandu kami pada hari tersebut tetapi telah memberi sambutan yg di luar dugaan bila mana kami disambut dengan kenderaan BOMBA mereka seawal tiba di pintu Tol Bukit Merah lagi, dan kemudiannya kami diiringi ke Lembah Beriah dengan kenderaan BOMBA Penyelamat tersebut, siap dengan lampu lit lat lit lat lagi sepanjang jalan.


Kata Wahab:


"Tu dia haih, selama kita dok masuk kampung keluar kampung buat kerja amal ini, inilah pertama kalinya kita diiring dengan lampu lit lat lit lat macam ni...rasa macam VIP lah pulak!"


Bagi saya ini merupakan satu pengalaman peribadi yg tidak dapat saya lupakan.


Kami kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Pasukan Bomba Sukarela tersebut di Jln LB 1/5, Lembah Beriah, dan kami kemudiannya diberi taklimat oleh Pak Bakaq merangkap Pengerusi NGO ini, seterusnya diperkenalkan kpd AJK-AJK mereka, antaranya ialah sdra Shahrol dan sdra Noorsham serta Abang Yob dan lain-lain AJK.


Yang menariknya, inilah kali pertama kami bertemu dengan pasukan NGO Bomba Sukarela yg terdiri daripada majoriti (atau 100%?) org-org Melayu, biasanya di sebelah Penang sana dan tempat-tempat lain di Kedah, majoritinya terdiri drpd kalangan kaum Tionghua; satu kelainan kami rasakan.


Sdra Shahrul kemudianya menaiki kenderaan kami dan bersama-sama dengan Team BOMBA sukarela ini kami dibawa melawat ke kawasan banjir berdekatan.


(Opss, bercakap pasal sdra Shahrul, secara kebetulan bila kami sebut yg kami dari NGO Wargakilang, sdra Shahrul pun kerja kilang juga; beliau bertugas di kilang Silverstone, dan kenal lah pulak dgn rakan WK kita di sana seperti sdra Faizal dan juga seorang lagi ex-Silverstone yg sekarang bertugas sbagai Pensyarah di UUM, iaitulah x lain tak bukan Tok Mulu WK kita, sdra Lukman; maka mudahlah kerja bila org kilang bertemu dengan org kilang)


Diringkaskan cerita, kami dibawa ke sebuah perkampungan Melayu berdekatan hi-way Utara Selatan, to be exact di kiri kanan PLUS hiway di KM 187.7 menghala ke Utara. Tu dia haih, bila tengok rumah-rumah tu masih dikelilingi air, banjir belum surut sepenuhnya, saya wonderlah sudah berapa lama mereka berada dalam keadaan itu dan berapa lagi mereka akan terus begitu.


Bila saya tanya sdra Shahrul, dia cakap, depa dah dlm keadaan itu lebih kurang seminggu selepas Raya; dan bila nak berakhir pulak, wallah hu aklam. Sebabnya sekiranya hujan masih x reda dan empangan Bukit Merah melimpah, pintu air terpaksa dibuka lagi dan banjir akan terus melanda; sekiranya cuaca baik, mereka terpaksalah tunggu sehingga air itu surut sendiri sepenuhnya.


Tapi masalahnya, sama juga seperti suasana banjir Besar di Johor yang kami kunjungi hari tu; sistem saliran dan perparitan serta tanah yang agak kejap tidak memungkinkan air akan surut dalam masa terdekat. Memang tanahnya agak keras dan kejap hinggakan kereta Naza saya tu bila sampai kat hujung kampung sebuah rumah tu nak kona U-Turn x boleh, bila Fendi pi cek tengok tanah yg bertakung air tu, dia habag kata no problem boleh lajak pi ke depan masuk dlm air banjir, kemudian gostan dan buat U-Turn, x dak masalahnya sebab tanah tu keras dan kejap; makna kata air tak mampu nak meresap.


Kalau mcm tu dok ada, makna kata lama lagilah penduduk-penduduk kampung di situ akan terus hidup mcm tu, macam dok di Venicelah pulak, dikelilingi oleh air sekeliling rumah; di Venice x pa lah x dak Ulaq dan Nyamuk Aedes, di Malaysia ini pantang air bertakung sikit, sure nanti adalah makhluk-makhluk yg tak diundang itu mai datang.


Maka itu, kita harapkan pihak-pihak yang berkenaan, khususnya Majlis Perbandaran Bukit Merah & Bagan Serai, dapatlah kiranya berbuat sesuatu. Janganlah sampai bila ada wabak penyakit melanda, barulah nak kelam kabut mai sembuq ubat, korek parit dan sebagainya. (Kalau sapa-sapa ada contact ahli Majlis berkenaan atau pun YB ka Dato' ka sapa ka, minta tlg fwd pi sat).


Setelah menyampaikan sumbangan beras dan sedikit makanan keperluan itu, kami pun bertolak pulang; bila sampai atas hi-way, lebih kurang 20 minit drpd Lembah Beriah, bila tengok ke bawah, baru kami perasan kampung yang kami kunjungi tadi tu betul-betul di tepi PLUS Hi-way kat KM 187.7 menghala ke Utara. Kalau sapa-sapa yang lalu kat situ, cuba-cubalah jenguk ke bawah sana; kalau nampak air masih bertakung, sudi-sudilah jenguk mereka. Pengalaman kami bersama mangsa banjir di Johor tempoh hari mengatakan bawah mereka-mereka yg ditimpa bencana banjir ini bukannya mengharapkan sangat sumbangan kebendaan, tetapi lawatan ikhlas dan sokongan moral, itu yang amat mereka hargaikan.


Kpd kawan-kawan khusunya geng-geng Wargakilang yg dok lalu lalang area situ, kalau terasa nak pi bagi sumbangan ka apa, bolehlah terus ke Lembah Beriah ke pejabat Pasukan BOMBA Sukarela di sana, atau pun boleh juga terus ke Pondok Polis Bukit Merah berjumpa Pak Man, Ketua Pondok Polis di situ.


Opss, lupa nak habag, sewaktu di kampung tersebut, Pak Man lah yang menjadi juru pandu kami dengan motor kapcainya meredah lopak air dan banjir membawa kami ke rumah mangsa-mangsa banjir di situ. Jutaan t.kasih kami ucapkan kpd Pak Man kerana sudi membantu kami. Dalam perjalanan pulang seorang sahabat berkata:


"Hah tengok tu, sapa kata Polis Malaysia ini tak okey? Okey pa; cuba tengok tu Pak Man sanggup tolong kita, redah ayaq banjir ikut kita masuk kg keluar kg pi bagi sumbangan tu!!"


Saya x kata apa, tapi mcm-mcm yang bermain di padang pemikiran saya; antara masyarakat sedar atau pun tidak, antara pemimpin di atas sana tahu atau pun tidak; antara YB-YB dan Dato'-Dato' Seri perasan atau pun tidak: Hari ini di peringkat bawah ini orang-orang biasa seperti Pak Bakaq Pengerusi Pasukan BOMBA Sukarela Lembah Beriah dan sdra Shahrul pekerja kilang Silverstone dan juga Pak Man Ketua Pondok Polis Bukit Merah dan rakan-rakan mereka yang mengiringi kami pada hari tersebut, hari ini rakyat-rakyat marhain seperti inilah yang menjadi Wira, menjadi pejuang ikhlas membantu anak-anak masyarakat tanpa mengharapkan balas.


Sekalung tahniah kita ucapkan kpd mereka.


Moral of the story: Kita berharap kpd ahli-ahli masyarakat sekelian, khususnya kpd rakan-rakan Wargakilang di mana pun kalian berada, apabila berlaku bala musibah di tempat anda; cuba-cuba lah lapangkan masa untuk turun membantu, menyinsing lengan dan menghulurkan bantuan semampu daya.


Insyaallah, kalau tak banyak pun, sedikit banyak mampu meredakan beban yang ditanggunng oleh mereka yang menjadi mangsa. Hari ini hari mereka, di lain kali mungkin hari kita pula.


Sekian, moga ada manafaatnya.


monier_matdin@ yahoo.com
27.10.08









Sabuah Kisah: Pejuang Rakyat dari SIK

Assalamualaikum,


Saya teringin nak berkongsi di sini kisah perjalanan team NGO Wargakilang.com kami masuk kampung baru-baru ini (Ahad 11 Jan 09).


(Wargakilang.com ialah sebuah Pertubuhan Amal pekerja kilang utara Malaysia yg ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai medan untuk para pekerja kilang menggembeling tenaga bagi melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan)


Bersama-sama dgn sdra Fendi & Suhaimi dari kaw perkilangan Kulim Hitech , kami telah ke rumah Anak Yatim/Miskin/Tahfiz Al-farabi di Sik Kedah. Asalnya sdra Fendi minta saya tunjukkan jalan dia nak pi tunaikan zakat dia tahun ni.


Dari situ, dgn bantuan sdra Ju (anak kpd Haji Ahmad Pengerusi al- Farabi), kami telah dibawa ke 3 buah rumah yg dikira antara yg paling miskin sehinggakan anak-anak mereka terpaksa dihantar ke rumah Al-Farabi tersebut.


Walaupun kesemua rumah-rumah tersebut terletak dlm kawasan serangan Israel...eh silap...Israel pulak...dlm kawasan serangan Chikunya, tapi kami gagahkan diri masuk pi jugak. Saya dok harap nyamuk-nyamuk chikunya tu masih dok tidoq lagi sebab menurut kata sdra Fendi, nyamuk ni dia cuma bangun cari mangsa waktu subuh dan maghrib saja; kami rasa ok kot sebab kami pi dah dekat tengahari dan sempat lari balik sebelum maghrib...:-)))


Rumah pertama terletak di Kg Betong, Jeneri.


Anak sulung lelaki ibu tunggal ni nama dia adik Usop, memang ksian tengok rumah kakak tu, simen bata x berplaster, cermin tingkap x ada cermin cuma ada batang besi Nako saja, waktu subuh dan maghrib for sure jet pejuang Chingunya boleh terbang masuk mcm tu saja tak payah nak selit-selit dah. Rumah mak dan ayah dia (nenek & tok wan budak2 tu) lagi la teruk...tunggu masa nak rebah ja.


Menurut bro Ju, adik Usop ni diambik bela oleh rumah Al-farabi dah bertahun dah; sekarang ni alhamdulillah bukan takat hafiz quran tapi dah boleh jadi Imam Solat Terawih dan sebagainya. Ikut kata bro Jo lagi, dlm banyak2 rumah org miskin, dia rasa mak si Usop nilah yg paling patut sekali dibantu sebab si ibu tunggal dengan 3 pat org lagi adik-adik Usop ni memang tak ada sumber pendapatan apa-apa, mengharapkan simpati org ramai ja. Next time WK masuk kg, insyaallah kita akan ke rumah kakak ni dulu.


Rumah kedua di daerah Sik, kg Teloi kalau x silap.


Ini lagi sedih, anak 7 org, sebab miskin punya pasal, dua org anak terpaksa diserahkan kpd rumah Al-Farabi untuk dibela.


Menurut bro Ju, hari tu salah seorang kakak kpd budak2 tu (dlm belasan tahun - x sure) diambik oleh sepasang suami isteri di Gurun Kedah untuk dijadikan pembantu rumah. Malang sungguh, budak pompuan tu end up kena dera dan kena torture dengan psangan suami isteri tu, dijadikan hamba dsg. Sebab kesian punya pasal, jiran sebelah rumah pi tolong pecahkan pintu pagar/rumah dan lepaskan budak tu balik Sik. Bila org2 kg turun pi Gurun pi cari mangkuk hayun 2 ekoq tu, pasangan suami isteri ni dah pun clear brg rumah depa dan lari entah ke mana.


Kata bro Ju, kesian sungguh kat budak tu , dah la depa ni jenis keturunan kecik/agak kerdil, miskin dan susah pulak tu, tapi ada juga manusia yg sanggup pi dera budak tu sampai mcm tu.


(Sebab tu saya x layan kwn2 yg dok send email minta tlg saya rekemenkan org2 miskin/susah utk dijadikan pembantu rumah - saya x mau amik risk, satni anak-anak org miskin tu kena dera, nama saya jugak yg jadi mangsa)


Rumah ke-3, nun jauh di belakang gunung Baling....ikut jln sampai habis jln tar.


Dok cari rumah tok wan salah seorang penuntut rumah al-farabi tu, kami tersesat sampai ke rumah pak menakan beliau. Ropa-ropanya rumah pak menakan dia lagi teruk, rumah kayu/buluh/jenis lama dlm hutan, atas org dok, bawah jadi kandang kambing. Tapi sbb niat bro Ju nak bawak kami pi jumpa tok wan dia, kami pusin balik, seronok x kira tok wan budak tu menyambut kedatangan bro Ju ni, mcm kenai lama.


Bila kami tanya bro Ju pasal pa pakcik tu nampak mcm seronok sgt, Ju mcm segan nak habag.


Kemudian baru dia cerita, dia kata dia pun x tau nak habag mcm mana, dia kata tiap kali org mai bagi longgok beras/kain baju kat rumah anak-anak yatim Al-Farabi di Sik tu, hat lebih tu nanti bro Ju ni akan bawak naik Van buruk al-farabi tu, zup zap zup zap masuk kampong pi agih-agihkan kpd keluarga budak2 yg dok di rumah anak yatim al-farabi tu. Dia kata, tok wan budak tu (lupalak nama dia) tiap kali nampak van bro Ju, dia akan mai sambut dari jauh lagi, kemudian siap mai salam dan CIUM tangan bro Ju lagi...mcm YB lah pulak, sedangkan bro Ju ni bukan siapa-siapa lah pun.


Bro Ju habag kata kadang2 dia pun naik segan sebab yg mai salam dan Cium tangan dia tu org tua....pakai serban pulak tu.


(Yg sebenarnya menurut bro Ju, pakcik tua cukup gembira bukannya sebab sumbangan beras dll tu tapi sebab cucu dia hat miskin yg dok jauh ke dalam hutan tu, bila dok di rumah anak yatim/miskin/tahfiz al-farabi, sekarang ni siap boleh hapal quran dan jadi Tok Imam lagi, itu yg dia terima kasih sangat tu)


Kagum bila saya mendengar kisah bro Ju ni.


Untuk pengetahuan, bro Ju ni muda lagi, dlm awal 30an kalau x silap...tapi sudah pun mewarisi semangat kental ayahanda beliau, Tn Haji Ahmad yg walaupun sudah tua dan sering sakit sakit tapi masih gagah ke KL, Ipoh dsg nya pi kutip derma cari dana untuk makan minum dan bekal pelajaran "anak-anak" beliau di rumah anak yatim/miskin/tahfiz Al-Farabi ini.


Moga Allah SWT berkati dan lanjutkan usia dua org insan anak beranak ini.


(Penulis berharap moga ada pihak drpd EXCO Kebajikan Negeri akan dapat membuat tindakan susulan untuk memberikan bantuan apa yang wajar kepada Rumah Anak Yatim/Miskin/Tahfiz Al-Farabi di Banggol Kiat, Sik Kedah ini. Kpd yang berminat ingin membantu, bolehlah hubungi Tuan Hj Ahmad direct at 0195218300 atau pun anak beliau, Sdra Ju at 0195223334.)


moniermatdin@yahoo.com


12 Jan 09





Followers