Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

11/13/2011

Motivasi Diri: Minatkan Diri Kita Dengan Kerja

Saya amat tertarik dengan kata-kata seorang Ahli Falsafah China di bawah:

"CHOOSE A JOB YOU LOVE, AND YOU WILL NEVER HAVE TO WORK A DAY IN YOUR LIFE"

Maksudnya:

"PILIH KERJA YG KITA SUKA, DAN KITA TAK AKAN PERLU BEKERJA WALAU PUN SATU HARI DALAM HIDUP KITA".

Kata-kata ini membuatkan saya memuhasabah diri dan membuatkan saya rasa benar-benar bersyukur dengan perjalanan takdir hidup saya ini; di kala ramai orang baik di sektor swasta mahu pun di sektor kerajaan rata-ratanya sering mengeluh dengan tugasan dan beban kerja-kerja masing, tetapi saya dikurniakan Tuhan keseronokan dan kepuasan dalam melakukan tugasan kerja seharian.

Kenapa?

Kerana, alhamdulillah, saya beryukur banyak-banyak kepada Tuhan kerana tugasan kerja dan jawatan saya sebagai Pengerusi CSR (Corporate Social Responsibility - Tanggungjawab Sosial Korporat) di tempat kerja memberi peluang saya melakukan benda yang paling saya suka: iaitu membuat kerja-kerja charity atau pun kebajikan.

Banyak sudah kerja2 CSR yg saya kepalai tetapi tugasan kerja yang terbaru ini tak akan dapat saya lupakan, iaitu melancarkan dana sumbangan untuk membantu mangsa banjir di Thailand.

Bukan kerana apa, kerana saya tak sangka dalam masa tak sampai 3 hari, melalui kutipan sumbangan cash dari meja ke meja di tempat kerja dan dicampur dengan sumbangan pihak syarikat yg menjanji akan mengganda duakan setiap ringgit yang saya mampu kutip; hasilnya kami berjaya mengumpul sebanyak RM5000, dan pihak syarikat meng-kali-duakannya menjadi RM10,000.

Kejayaan mendapatkan dana sebanyak itu hanya daripada sebuah kilang, kalau ikut perkiraan saya adalah sesuatu di luar jangkaan, lainlah kalau kutipan dana itu diperluaskan kpd public atau pun dikongsi dengan kilang-kilang lain.

Sebab itu saya pernah maklumkan kpd pihak-pihak berkenaan, bahawa dalam kerja2 kebajikan membantu rakyat jelata ini, selain drpd peruntukan kerajaan pusat dan dana kerajaan negeri, pihak2 berkenaan boleh juga bekerja sama dengan jabatan CSR di sektor-sektor swasta.

Wang RM10,000 itu kami gunakan untuk membeli 1666 kotak ataupun lebih kurang 40,000 botol air mineral 500mL. Sumbangan air itu kami salurkan melalui sebuah NGO tempatan yang punya rangkaian mereka di Negara Thailand.


(Sedang bergambar dengan mock-check: rehearsal utk penyerahan rasmi cek oleh pihak pengurusan kpd wakil NGO berkenaan)


Inilah Kontena yg membawa sebahagian drpd 1666 kotak air mineral itu.

Rasa puas hati sangat bila tengok air-air mineral bersusun dlm kontena ini; moga ianya mampu menghilangkan dahaga dan membantu mangsa2 banjir di sana.

Inilah yg saya seronoknya bila buat kerja CSR ini; sama juga dgn kerja-kerja amal masuk kampung bantu orang2 miskin; kita seronok bila tengok orang lain seronok, dan seronok ni tak reti nak cerita kat orang. Apa2 pun, bersyukur kat Tuhan sbb saya diberi peluang buat kerja2 mcm ni walaupun tengah dok kerja. T.kasih Tuhan sebab mentakdirkan saya dapat tugasan kerja seperti ini.

Sengaja saya kongsikan cerita ini, bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi sekadar menyatakan bahawa kalau kita dapat cari kerja yg sesuai dgn jiwa dan minat kita, atau pun kita minatkan diri kita dengan kerja kita, insyaallah ianya bukan lagi menjadi kerja tetapi akan menjadi suatu benda yang kita minat buat kerja....lantaran itu seperti kata pepatah China tadi, kita tak akan perlu bekerja lagi w/pun sehari dalam hidup kita.

Moga ada manafaatnya.

moniermatdin@yahooo.com

1 comment:

  1. setuju...buatlah kerja yg kita minat...sebab ada passion disitu,kan menyebabkan kita less tekanan dan result yg dpt pun lebih baik...apatah lagi kerja kerja amal yg mulia ni...`bonus' dpt berganda ganda...well done...:)

    ReplyDelete

Followers