Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

11/20/2011

UPSR: Tips Nak Dapat 5A

Saya tak pasti perlu tulis ka tidak, kalau tulis takut nanti jadi riak; tapi kalau tulis boleh kot jadi pengajaran dan panduan untuk orang lain pulak.

Lagi pun dalam Mukadam surah Adh-Dhuha, ayat last sekali, Allah SWT ada berfirman yang marhumnya:

“Ada pun ni’mat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya”.

Tak ada apa sebenarnya, ini cuma cerita budak-budak dapat 5A masa UPSR baru-baru ini.Untuk ibubapa yang ada anak-anak kat sekolah rendah mungkin berminat dengan cerita ini.

Alhamdulillah, perjalanan hidup mentakdirkan saya suami isteri dikurniakan 9 orang anak. Dan, Alhamdulillah jugalah, setakat ini 5 anak yang pertama semuanya dapat 5A UPSR – termasuklah anak lelaki saya yang menduduki UPSR baru-baru ini.

Bila orang tanya apa petuanya nak bagi anak dapat 5A ini, saya tak tau nak habag macam mana; cumanya yang sering saya tekan, sama seperti dalam satu ceramah motivasi untuk waris yang pihak sekolah jemput hari tu, saya kata:

“Petua yang pertama sekali ialah KENA MINTA KAT TUAN dia. Saya kata, 5A ini macam kita juga, dia adalah sejenis MAKHLUK yang dijadikan Tuhan dan diberi nama 5A. Bila kita nak Makhluk, kita tak boleh minta kat Mahkluk, tetapi kita kena pi minta kat Tuan punya Makhluk itu. Dalam kes ini, Tuan dia tak lain tak bukan ialah Allah SWT; nak anak-anak dapat 5A, suka tak suka ka kita kena minta kat Tuan dia ini!”

Petua ini bukan saya saja-saja tulis atau saja-saja kata, tapi memang saya buat pun. Dan, saya amat-amat dan teramat-amat yakin yang petua inilah satu-satunya sebab musabab yang membolehkan anak-anak saya dapat 5A UPSR ini. Sebab utamanya – mcm yg saya sering cakap dlm ceramah motivasi saya tu – anak2 saya tak serupa macam anak-anak orang lain yang dapat 5A ini.

Anak-anak orang lain yang dapat 5A itu kebanyakannya gifted/pandai semula jadi, kata orang beranak-beranak itu, keluar dari perut mak dia itu dah memang pandai dah pun,dari darjah satu sampai darjah 6 dok kerja dapat nombor satu sampai sepuluh ja; cikgu ajaq pun senang!

Tak macam anak-anak saya, semua yang 5 orang macam tu, sebulan lagi nak UPSR masih tak dapat 5A lagi. Macam si Irfan anak saya yang ambik UPSR baru-baru ini, jenuh dok pulun, dari 1A 4C masa darjah 5 dulu, last sekali sebulan sebelum UPSR, peperiksaan percubaan cuma dapat 2A 3B.



(Irfan anak saya dalam aktiviti Jln-Jln Masuk Kampung NGO WARGAKILANG)

Pendek kata, boleh give dah kalau nak kira, dari 2A 3B nak pi score 5A dalam jangkamasa sebulan memang tak logic melainkan ada kuasa magic, ringkas ceritanya memang tak ada harapan dah la.

Mungkin kerana itu barangkali, di sekolahnya di Padang Serai, Kedah ini, dalam 42 orang budak-budak darjah 6 RIA 1, beberapa bulan sebelum UPSR, bila 40 orang budak-budak lain dapat Batch/Butang Besar bertulis 5A lekat kat baju depa – menandakan 40 orang adalah budak2 harapan sekolah utk dpt 5A – anak saya tak dapat; cikgu pun tak letak harapan untuk dia dapat 5A.

Kalau cikgu pun tak harap & tak yakin, mak bapak apa entah lagi.

Bayangkan inferiornya anaknya saya ini; daripada 42 orang tu, cuma 2 orang saja yang tak dapat Butang 5A itu.

Nak jadi cerita, lepas habis UPSR cikgu bawa budak2 yg 40 orang tu pi rombongan KL (naik keretapi, nasib baik tak naik bas). Anak saya tak boleh pi sebab dia bukan dlm list 40 org pelajar harapan untuk dapat 5A tu, cuma kebetulan dua tiga orang budak kansel tak dapat pi, anak saya dapat juga pi - jadi bidan terjun.

Keluar mai UPSR, dalam 300 orang lebih budak-budak tahun 6 di sekolah itu, 28 orang dapat 5A, termasuklah anak saya. Saya pun tak sangka sebenarnya sebab w/pun saya dah pulun habis dah, sebulan nak periksa itu rasanya tiap-tiap malam tak miss buat latih tubi, tapi anak saya ini memang tak improve-improve.

Sebab itu bila anak saya dapat 5A, dalam facebook saya tulis:
“Mungkin ini adalah berkat rally doa di hari-hari terakhir”

Sesungguhnya, saya yakin dan teramat yakin faktor doa adalah sebab utama anak saya ini dapat 5A. Saya pernah dengar ada orang alim kata, bila kita berdoa, bila Tuhan nak makbulkan doa kita, dia buka pintu jalan dan ilham untuk kita menjadikan doa kita itu jadi realiti.

Misalnya, bila saya dok ulangkaji dengan anak saya tu subject yang dia lemah Bahasa Malaysia Pemahaman, yang tak pernah dapat A, paling tinggi pun B saja; saya dok ingatkan dia lemah PEMAHAMAN bab yang ada karangan/rencana/artikel panjang-panjang yang dia perlu baca dan PAHAM, kemudian perlu jawab soalan ABCD di bawah itu, rupa-rupanya setiap kali buat latih Tubi, bab itu dia memang ok, yang dia lemahnya ialah bab TATABAHASA.

Bukan kata dia saja yang lemah, Ayah dia ni pun lemah juga. Nak pi sekolah tanya kat cikgu segan, tapi sebab dok ingat anak punya pasal gagah jugaklah pi sekolah dua tiga hari sebelum UPSR hari tu. Saya tanya cikgu, apa bezanya perkataan MENGHADIAHKAN dgn MENGHADIAHI?

Saya tak pastilah cikgu nak gelak ka tidak kat saya, umur dah lebih 40 tahun, TATABAHASA level UPSR pun tak reti. Cikgu Jefri habag kat saya kata satu digunakan untuk orang, satu untuk bukan orang. Misalnya: “En Monier menghadiahkan sebuah buku untuk isterinya” vs “En Monier menghadiahi isterinya sebuah buku”.

La, mcm tu ka, awat la cikgu BM Cikgu Shaariah Deraman tak ajaq macam tu waktu saya kat MRSM Kulim dulu? Cikgu Jefri kata, benda ni cuma baru-baru ini saja digunapakai. Oo, macam tu ka.

Pointnya, sebagai ibubapa kita kena sama-sama ulangkaji dengan anak, tak paham kalu jangan segan silu pi sekolah tanya cigu. Saya pun hari tu tak terlintas nak pi sekolah pun, tapi mungkin berkat doa itu yang menggerakkan hati saya untuk berbuat demikian – sebab itu saya kata DOA itu yang penting.

Sebenarnya bukan saja dalam bab anak-anak nak ambik UPSR, tapi dalam bab apa pun, kita kena banyakkan berdoa dan ikhlaskan doa kita itu, insyaallah Allah SWT akan bukakan kita jalan.

Hah – ini kot point yang saya nak habag - bab pentingnya berdoa, bukan bab UPSR pun.

Sekian, moga tulisan yang tak seberapa ini ada pengajarannya buat semua.
(Kalau ada mana-mana sekolah nak jemput mtvc pun insyaallah boleh diadjustkan..:-)

moniermatdin@yahoo.com
20.11.11
http://dcckkilang.blogspot.com/2011/11/upsr-tips-nak-dapat-5a.html

4 comments:

  1. hehehehe,,,,semuanya kehendak ilahi nak bagi kejayaan dekat anak akak..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... satu nukilan dari sudut hati seorang Ayah yang prihatin akan anak2nya..
    Doa senjata orang mukmin.. benar.. Amin

    ReplyDelete
  3. ajar saya macammana nak suruh anak pandai karangan nie
    saya dah mati akal..anak saya nak exam upsr bulan september ni

    ReplyDelete

Followers