Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

3/03/2012

JJMK Wargakilang: Anak2 Yatim PAYA KETIAU

Malam tadi, waktu orang rumah saya tengah dok kira Fidyah dia dan anak-anak (saya ada 4 anak pompuan) dan juga zakat tunggakan gaji yg diterimanya secara one lump sum baru-baru ini. Dia ada sebut nak pi bagi kat salah seorang anak murid dia yg kini sedang menuntut di Politeknik. Orang rumah saya kata anak murid dia ni anak orang susah.

Saya tanyalah susah tara mana?

Taklah susah mana, ayah dia kerja tapi tak berapa cukup.

Abang dia ada dak?

Ada, kerja, tapi lepas untuk dia sajalah.

Saya kata, macam itu belum tentu jatuh tahap fakir dan miskin lagi itu; risau kot-kot kalau tak termasuk kategori yang layak menerima. Kemudian saya teringat cerita seorang sahabat di Surau sewaktu menunggu solat terawih selepas Isyak tadi, sahabat saya ini ada cerita kisah 5 beradik yatim piatu tak berapa jauh dari rumah saya, yg kini dibela oleh ibu dan bapa-bapa saudara mereka. 5 beradik yatim piatu tak ada punca pendapatan selepas kedua ibu bapa meninggal, cuma mengharapkan ihsan mak dan pak menakan serta jiran-jiran, maka kalau masih belum jatuh tahap miskin, tak tau nak katalah. Suara hati kecil saya mengatakan mereka ini layak menerimanya.

Lalu, hari ini sempena cuti merdeka 31 Ogos, saya telepon sahabat saya tu minta tolong tunjuk jalan pi ke sana, sebuah rumah di tengah-tengah kepulauan bendang Paya Ketiau, Padang Serai, Kedah.

Memang betoi cerita dia; depa ini 5 beradik:

1. Mohd Shafik (Tingkatan 2)

2. Nur Atikah (Darjah 6)

3. Nur Atirah (Darjah 4)

4. Nor azian (6 tahun)

5. Nur Amirah (2 tahun)

Ibu mereka meninggal kira-kira 2 tahun yang lalu, iaitu 12 hari selepas melahirkan Nur Amirah. Sejak itu Nur Amirah dibela oleh ibu saudara mereka, Puan Jasmi Bt Mat Isa, yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mek.

Lebih kurang setahun yang lalu, ayah mereka berkahwin lain; lalu mereka pun mendapat Ibu Tiri berusia awal 30an. Suratan takdir kemudiannya, lebih kurang sebulan yang lalu ayah mereka pula pergi mengadap Illahi, diserang jantung di ladang sawit tempat kerjanya; lalu tinggallah mereka semua yatim piatu.

Mengikut Kak Mek, Nur Amirah tinggal bersama beliau, 3 orang lagi tinggal dengan dua orang bapa saudara mereka di Taman berdekatan, dan seorang lagi, Nur Atirah tinggal dengan ibu Tirinya. Setiap hari jumaat cuti sekolah mereka akan balik ke rumah pusaka ayah mereka itu kerana mereka 5 beradik kalau boleh tidak mahu berpisah, hendak terus kekal bersama.

Ada pun mengenai Ibu Tiri mereka, mengikut Kak Mek Ibu Tiri mereka ini bukan asal orang situ, sebelum berkahwin dengan ayah budak-budak ini, sudah pun punyai anak-anak dalam perkahwinan yang sebelumnya. Ibu Tirinya ini mungkin tidak lama di sini. Maka, baru-baru ini dalam mesyuarat keluarga yang dihadiri oleh semua pihak termasuk Ibu Tiri mereka ini, anak-anak itu sedang dalam perbincangan untuk langkah-langkah selanjutnya.

Memang sedih mengenangkan nasib budak-budak ini, apa pun terjadi tidak mahu berpisah, mahu kekal bersama; mungkin kerana itulah kot dalam Al-Quran, Allah banyak menekankan tentang peri pentingnya ahli masyarakat mengambil berat terhadap nasib anak-anak yatim apatah lagi yatim piatu seperti mereka 5 beradik ini. Berat mata kita memandang, rasanya lebih berat lagi bahu mereka dan bahu Kak Mek bersaudara memikulnya; kita doakan moga Kak Mek dan Abang serta Adik lelakinya itu tabah untuk membesarkan mereka.

Sebetulnya, saya tengok Kak Mek pun bukan senang tara mana, silap-silap termasuk dlm kategori orang susah jugak, ada anak-anak kecik 4 orang dan suami hanyalah seorang drebar lori dan Kak Mek sendiri memang tak kerja.






Waktu kami ke sana, cuma si Nur Amirah (2 tahun) itu saja yang ada, yang lain seperti yang dicerita ada di rumah bapa-bapa saudara atau pun keluar jalan ke mana-mana; tak sempat saya nak ambik gambar depa semua, cuma ada gambar comel Nur Amirah ini saja buat renungan.






Lihatlah wajah innocent ini, lahir ke dunia belum mengerti apa-apa, kedua ibu dan ayah sudah pun tiada; bukan bermakna Allah itu kejam tapi itulah yang dinamakan takdir kehidupan. Setiap orang punya jalan takdirnya yang tersendiri, hari ini kita mungkin masih ada ibu dan ayah, tahun depan mungkin semuanya sudah tiada.

Allah jadikan anak-anak yatim piatu seperti Nur Amirah dan abang serta kakak-kakaknya itu bukan setakat sebagai Ujian buat mereka dan juga Kak Mek bersaudara, tapi Allah juga nak Uji kita, nak tengok sama ada kita ini nak ambik berat pasal anak-anak yatim apa pun tidak; dan Allah jadikan juga insan-insan seperti mereka sebab Allah nak bagi peluang untuk kita raih pahala kalau kita nak.

Sebetulnya, saya bukan Ustaz, mengaji pun sekular, jadi tak pandai sangat nak sembang bab-bab agama ini, cumanya waktu dok ajar anak-anak ngaji Quran dan Mukaddam kat rumah, selalulah jugak dok jumpa dlm Quran terjemahan itu bab anak-anak yatim ini.

Antaranya:

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad); apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?). Katakanlah: Apa jua hartabenda (yg halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibubapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan org-org yang terlantar dalam perjalanan" - Al-Baqarah ayat 215.

"Dan, mereka bertanya lagi kepadamu mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya, dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itulah saudara-saudara kamu (yang seugama)" - Al-Baqarah ayat 220.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya kalau mengikut surah Al-Baqarah ayat 220 ini, anak-anak yatim piatu 5 beradik ini - Nur Amirah, Nor Azian, Nur Atirah, Nur Atikah dan Mohd Shafik - bukan setakat anak saudara kepada Kak Mek dan keluarganya tetapi juga sebenarnya adalah anak-anak saudara kita seugama.

Begitu hebatnya kalimah Syahadah menyatukan kita-kita.

Justeru, 5 beradik yatim piatu ini tidak seharusnya dipandang sebagai tanggungjawab Kak Mek dan saudara-saudaranya semata-mata, tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab kita semua bersama.

(Kak Mek tinggal di Kg Paya Ketiau, Padang Serai Kedah; kawasan bendang tepi Taman Damai Padang Serai, Kedah)

moniermatdin@ yahoo.com
31.8.09

[Berikut adalah gambar 5 beradik yatim piatu ini yg dirakamkan sewaktu JJMK Wargakilang bulan Ramadhan 2009.]


Maklumat setakat 3 Mac 2012: 3 daripada 5 beradik ini kini tinggal di Rumah Anak-Anak Yatim, dua yang kecil bersama Kak Mek. Bila cuti sekolah, kesemua 5 orang ini akan berkumpul dan tinggal di rumah Kak Mek

5 comments:

  1. En Monier, depa ni dapat tak bantuan bulanan dari lembaga zakat kedah @ JKM Kedah?

    ReplyDelete
  2. Tak tanyalah pulak sbb dari pengalaman lepas2 bila jln2 masuk kg ni banyak sangat isunya bila saya sentuh bab2 parti, ejensi kjaan, jabatan zakat, tok mulu, ketua kg, JKKK dan sebagainya. Saya rasa dapat kot sebab ada ada pihak yg berjaya usahakan 3 org anak2 itu duduk rumah anak yatim, insyaallah kot depa usahakan dpt bantuan JKM juga. Takat tu saja saya boleh ulas. Wsl

    ReplyDelete
  3. Saudara monier, hasil maklumat di blog saudara, saya dan kawan-kawan telah melawat mereka baru-baru ini. Saya paparkan semuanya dalam blog. Saya ucapkan tahniah kepada saudara. Moga usaha saudara dan kawan-kawan diberkati...

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih banyak-banyak tuan.

    Dulu2 Kak Mek ada Abang Man (Abang kandung Kak Mek @ Bapa Saudara kpd budak2 tu)yg selalu dok amik berat dan tolong tengok2 kan budak2 tu. Sering saya temui Abang Man naik motor bawa yg kecik tu pi sekolah. Kuranglah sikit beban Kak Mek. Baru2 ni Abang Man meninggal dunia - tinggallah Kak Mek terkontang konting seorang diri. (ada pun perihal rumahtangga Kak Mek - itu terlalu peribadi utk dipaparkan). Ujian hidup untuk Kak Mek dan anak2 yatim piatu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa kami menziarah mereka kak Mek ada maklumkan tentang dirinya. Ya...biarkan itu menjadi rahsia kak mek. 11 hb insyaAllah, saya dan kawan-kawan akan bawa kak mek, anak-anaknya dan anak-anak yatim yang dibawah jagaaanya untuk joint anak-anak yatim dari gurun untuk kami belikan baju raya untuk mereka. Saya sedang mengumpul sumbangan. Saya baru dapat RM1,000.00 dalam tangan. Wbp saya yakin, saya akan dapat lebih. Harap-harap dapar belikan sepersalinan pakaian raya untuk semua mereka. Saudara boleh ikuti perkembangannya dalam blog saya....

      Delete

Followers