Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

3/14/2013

Cara Mengesan Sakit Jantung: Baca Al-Quran

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak tulis satu cerita pasal Al-Quran. Selalu kita dengar orang alim duk bercerita kata Al-Quran itu adalah antara MUKJIZAT Nabi SAW yang masih tinggal - yang alhamdulillah, masih boleh kita lihat di depan mata hingga ke hari ini.

Selama saya duk ajaq anak-anak mengaji Quran sudah beberapa orang dah ini, tak pernahlah pula saya jumpa MUKJIZAT yang pelik-pelik dalam Al-Quran, sehinggalah dua tiga malam lepas waktu saya mengajar anak yang seorang itu mengaji Quran.

Bila dah habis baca dua mukasurat satu Surah Al-Quran itu, baru saya terperasan, saya dah boleh tarik ayat panjang-panjang dan mad yang panjang berulang-ulang itu, ok saja, tak sangkut dan tak mengah dah macam waktu di Hospital hari itu.

Ceritanya, beberapa bulan lepas saya masuk ICU kat Hospital Metro, Sungai Petani, Kedah sebab kena serangan jantung. Waktu kat ICU tu, misi mai cucuk ubat betul-betul kat perut, katanya ubat cair darah. Bila dah keluar ICU, kena buat STRESS TEST (jogging atas treadmill dgn wayar penuh pasang kat badan/dada, nak tengok kot-kot ada saluran mana-mana tersumbat). Bila dah confirm ada saluran tersumbat, kena buat ANGIOGRAM Test pula, dimasukkan macam dakwat ka apa ikut nadi di pergelangan tangan terus ke jantung; boleh nampak warna darah di saluran jantung berubah warna bila benda itu dimasukkan.

Berdasarkan ANGIOGRAM Test itu, Doktor kata saya ada Blood Clot (Saluran Jantung Tersumbat) kat pembuluh darah yang utama; dikatakan puncanya ialah kerana STRESS di tempat kerja menyebabkan KOLESTROL yang terkumpul kat situ pecah menyebabkan darah berkumpul dan tersumbat di situ, macam itulah lebih kurangnya, saya pun tak berapa reti sangat.

Waktu nak keluar hospital, Doktor bagi 6 jenis ubat untuk dimakan, sebahagiannya kena makan sampai mati.

(Nala punya banyak ubat yang Doktor bagi ini – tak makan nasi pun tat apa ini)

Yang saya nak cerita kat sininya, waktu di Hospital, dalam ramai-ramai sahabat dan saudara mara yang mai melawat itu, ada seorang hamba Allah – orang lain bawa buah-buahan dan makanan, dia bawa mai Senaskah Al-Quran. Dia kata, kalau ada masa bacalah Al-Quran itu.

Antara tidur dan jaga, bila berkelapangan saya akan baca Al-Quran yang sahabat saya bawakan itu. Surah kegemaran saya ialah Al-Mulk (Tabarokallazi), selalu saya baca surah itu waktu di rumah. Bila saya baca surah Al-Mulk ini dan surah-surah lain waktu di katil hospital itu – banyak ayat ayat terutamanya yang ada mad panjang-panjang atau pun idgham/dengung berulang-ulang yang saya tak lepas nak tarik, sedangkan biasanya ok saja, tapi kini nafas saya dah jadi terputus-putus dan mengah semacam, tak boleh nak tarik dah.

Waktu itu saya tak perasan lagi, saya gagahkan juga diri membaca setakat yang mampu, sehinggalah dua tiga malam lepas (3 bulan kemudian) waktu saya mengajar anak saya Nurain Fathanah mengaji Quran di bawah ini.

Baru saya perasan, hari ini saya sudah pun mampu membaca dua muka surat penuh ayat Al-Quran dengan lancar, nafas tak tersangkut dan tak mengah lagi walaupun pada ayat-ayat yang punya mad yang panjang-panjang atau pun idgham/dengung berulang-ulang. Makna kata, nafas saya sudah kembali normal, insyaallah.

No wonder petang tadi waktu saya duk jogging kat atas treadmill ini, waktu STRESS TEST kat hospital hari itu 10 minit pun dah pancit, dah tak larat, tapi petang tadi sudah boleh lari sampai 30 minit lebih.


Point nak habagnya, kalau kita rajin baca QURAN, kita tak payah nak tunggu kena buat STRESS TEST, ANGIOGRAM TEST, nak perabih duit nak tahu jantung ada masalah ke tidak, tetapi insyaallah perubahan daya tahan nafas kita waktu membaca Al-Quran dengan penuh tajwid dan idghamnya itu sendiri mampu menjadi INDICATOR atau pun PETUNJUK di tahap manakah kesihatan jantung kita berada. Bila dah sering mengah teruk sangat itu, bersegeralah berjumpa Doktor untuk rawatan selanjutnya. Selebihnya, berdoa berserah dan bertawakallah kepada Allah SWT.

Saya bukan Ustaz atau pun orang Alim, tapi insyaallah saya merasakan inilah antara MUKJIZAT tersembunyi yang dipertemukan kepada saya secara tidak sengaja dalam Al-Quran ini.

BACALAH AL-QURAN – insyaallah besar manafaatnya untuk kita semua – di Dunia dan juga Akhirat.

Sekian, moga mampu menjadi iktibar buat semua.

(By the way, kisah sahabat yang hadiah naskah Al-Quran kat saya di katil hospital itu ada saya catatkan di link yang berikut - kisah beliau pun sesuatu yang menarik untuk direnungi)
http://www.moniermatdin.blogspot.com/2012/12/wargakilang-kisah-muqorrobun.html

moniermatdin@yahoo.com
11.3.13

Followers