Sejarah Penubuhan Pertubuhan Warga Kilang
Wargakilang.com atau nama penuhnya Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim UtaraMalaysia bermula daripada sebuah diskusi group yang diwujudkan secara maya pada tarikh 21 March 2000.
Diskusi group ini pada asalnya merupakan sebuah diskusi group khas untuk sekumpulan sahabat daripada sebuah kilang industri di Perai yang ditutup sekitar tahun 1999-2000.
Wargakilang.com atau nama penuhnya Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara
Diskusi group ini pada asalnya merupakan sebuah diskusi group khas untuk sekumpulan sahabat daripada sebuah kilang industri di Perai yang ditutup sekitar tahun 1999-2000.
Secara sejarahnya, apabila pekerja-pekerja syarikat ini berpindah ke kilang-kilang lain, pada mulanya mereka berhubung sesama mereka dan juga dgn rakan-rakan terdekat mereka melalui CC List secara email.
Apabila CC list itu menjadi semakin panjang dengan kemasukan nama-nama kenalan baru mereka di kilang yang mereka baru sertai itu, maka cc list itu kemudiannya ditukar kepada egroups yang kemudiannya dikenali sebagai warga_kilang@yahoogroups.com.

Egroups ini kemudiannya ditadbir secara maya oleh seorang Moderator yang memakai nickname Pak Berahim at cut_paste03@yahoo.com.
Lama kelamaan Egroups ini semakin membesar dengan kemasukan rakan-rakan kepada rakan-rakan mereka dari kilang-kilang yang lain, bermula dari Utara hinggalah ke seluruh negara.
Egroups ini terus berfungsi sebagai sebuah Diskusi Group sebagai satu medan dan juga forum untuk pekerja-pekerja kilang ini berkongsi cerita sesama mereka, hinggalah dua orang sahabat karib iaitu Mohd Warikh dan Mohd Monier mengambil inisiatif untuk masuk ke kampung-kampung di sekitar daerah Baling pada tahun 2003, menjengah kampung dan pedalaman desa di sana menghulurkan bantuan peribadi kepada dua tiga orang fakir/miskin yang ditemui mereka di sana.
Mohd Monier (monier_matdin@yahoo.com) ini kemudiannya telah menulis beberapa email pendek dalam egroups ini pada tahun tersebut dengan tujuan untuk berkongsi cerita dengan ahli-ahli mailing list berkenaan.
Tulisan-tulisan tersebut yang pada mulanya dikenali sebagai "Di Celah-Celah Kesibukan Kilang" telah berjaya menarik perhatian rakan-rakan yang lain untuk turut serta dalam expedisi mereka yang seterusnya, yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan NGO Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia atau pun lebih dikenali sebagai NGO WARGAKILANG, yang didaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang pada tarikh 2 hb Mac 2005.
(Gambar saudara Warikh selaku YDP NGO Wargakilang yang pertama sedang menerima Sijil Pendaftaran daripada pihak ROS pada tarikh 10 hb April 2005)
Penambahan ahli-ahli mailing list ini secara maya kemudiannya menyaksikan berbagai Biro ditubuhkan secara ad-hoc oleh peserta-peserta mailing berkenaan.
Penambahan ahli-ahli mailing list ini secara maya kemudiannya menyaksikan berbagai Biro ditubuhkan secara ad-hoc oleh peserta-peserta mailing berkenaan.
Namun begitu, dek kerana kekangan masa, cuma 2 Biro saja yang agak aktif, iaitu Biro Amal dan juga Biro Motivasi. Status terkini, as of bulan April 2012, di celah-celah kesibukan kilang dan kesuntukan masa yang teramat sangat, rakan-rakan di Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim (UTARA) Malaysia ini sedang dalam prosess untuk mendaftarkan nama baru untuk pertubuhan ini dengan nama yang hampir sama tanpa perkataan UTARA, yang akan dikenali dengan nama WARGAKILANG MALAYSIA.
Dan selari dengan perkembangan semasa, aktiviti NGO WARGAKILANG ini boleh turut diikuti di Facebook rasmi Wargakilang at 'wargakilang' (huruf kecik bersambung).
Sekian
Moniermatdin@yahoo.com
Quote Wargakilang: "Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik" - Syed Mokhtar Al-Bukhary

Assalamualaikum..sy iznan, pengerusi persatuan penduduk Tmn Penaga Pernai..
ReplyDeleteIngin tahu syarat untuk dapatkan bantuan tuk keluarga asnaf dalam taman saya.
Mohon hubungi saya..0125314147