Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

10/09/2009

Jln-Jln Masuk Kampung: Selamat Hari Merdeka!

Jln-Jln Masuk Kampung: Selamat Hari Merdeka!

 
 
Kali ini, seperti juga di beberapa musim Merdeka yang
lalu, untuk kesekian kalinya bersama-sama dengan
rakan-rakan dari NGO Wargakilang. com kami masuk ke
kg-kg lagi, menjengok pedalaman desa dalam misi kami
untuk memberi kesedaran kpd ahli-ahli NGO kami
khususnya dan orang ramai amnya tentang perlunya kita
bersama-sama melakukan kerja-kerja kebajikan membantu
insan-insan lara yang memerlukan.
 
Sudah lama kami melakukan kerja-kerja ini; seingat
saya semuanya di-triggerkan oleh Tuan YDP kami, En
Mohd Warikh Bin Irshad Ali yang pada ketika itu
bekerja sebagai Engineering Manager di sebuah syarikat
MNC di Kota Bangkok. Saya masih ingat lagi kata-kata
beliau ketika pulang bercuti ke Malaysia, kata Warikh:
 
"Munir, hang tau dak, Engineer-Engineer aku kat Siam
tu, pantang ada cuti ja, depa nanti galas bag, angkut
geng-geng depa masuk ke kg-kg pi buat kerja-kerja
CHARITY. Depa tu bukan Islam pun, tapi selalu buat
kerja-kerja kebajikan ni; kalau nak kiranya,
sepatutnya kita yang Islam inilah patut kena dok kerap
buat kerja-kerja Charity ini!!"
 
Bertitik tolak dari situlah, kerja-kerja charity NGO
Wargakilang. com kami ini bermula. 
 
Masuk ini mungkin sudah 4 kali hari Merdeka rasanya
kami korbankan cuti kami itu untuk bersama-sama dengan
insan-insan terpinggir, menjengah dan sama-sama
merasai suka duka hari merdeka bersama mereka.
Perjalanan kami kali ini membawa kami ke beberapa buah
kg di sempadan Parlimen Padang Serai/Baling/ Sik dan
juga ke rumah anak-anak yatim al-Farabi, Sik yg pernah
kami kunjungi suatu ketika dulu.
 
Dalam banyak-banyak rumah yang kami ziarahi itu, rumah
En Saad di pinggir hutan Jubai lah yang paling memberi
kesan di hati. Tidak salah kalau saya tuliskan, dalam
banyak-banyak kampung dan pedalaman desa serta pinggir
kota yang pernah saya jelajahi, inilah satu-satunya
pengalaman yang paling sadis sekali. 
 
Rumah ini (kalau boleh dipanggil rumah) yang terletak
di Kg Jubai Bawah dalam kawasan Parlimen Padang Serai,
yang luasnya lebih kecil daripada porch parking kereta
kat rumah tuan-tuan; dihuni oleh En Saad suami isteri
bersama-sama dengan TUJUH orang anak-anaknya.
 
Tak sangka, sudah 50 tahun Negaraku Malaysia Merdeka,
masih ada lagi rumah yang tidak mempunyai bekalan
elektrik, yang lantainya tidak bersimen, cuma beralas
tanah dan karpet serta tikar getah yang sudah usuh dan
hampir usang. Atap rumahnya pula hanya sekedar boleh
dipanggil atap; terpaksa diikat alas plastik biru
(mungkin sisa-sisa daripada tempat basuh pinggan kat
rumah kenduri di kg) untuk menghalang air hujan
daripada tempias masuk ke dalam.
 
(Malam tadi hujan lebat, apabila melihat anak-anaknya
saya terbungkam tergolek di hadapan TV setelah puas
menatap kartun ASTRO; tanpa diundang, tiba-tiba saya
teringatkan anak-anak En Saad di hutan Jubai sana,
macam manalah tidur budak-budak tu tadi malam?)
 
Yang paling sadis antara semua, bila saya masuk ke
dalam, bila tengok lantai TANAH kat dapur tu...rasa
macam nak menitis air mata. Macam manalah agaknya
budak-budak 7 beradik tu survive dalam suasana macam
tu. Awat la dah 50 tahun negara merdeka, masih ada
anak bangsa yang terpaksa berlantai tanah macam tu?
Terpaksa berbumbungkan atap bertempiaskan hujan
sebegitu? Manalah perginya duit income tax yang LHDN
dok kutip berjuta-juta setahun kat kita semua tu?
Manalah perginya mata dan telinga kerajaan yang
sepatutnya kena buat kerja di peringkat bawah nu? Tak
kan semuanya nak harap kat Pak Lah dan MB, tak kan nak
tunggu pembangkang bawa masuk mesorat DUN atau
Parlimen baru nak ambik tindakan? Tak kan nak tunggu
Karam Singh Walia atau pun Harian Metro mai sergah
baru nak buat kerja? Tak kan nak tunggu email ini
tersebar merata internet baru nak celik mata? Apa
raa!!!!!
 
Bila ditanya soal pendidikan anak-anaknya, isteri En
Saad, Pn Zila hanya mampu tersengih saja. Awat taknya,
nak baca buku macam mana? Letrik tak dak, Cuma pakai
pelita minyak tanah yg org selalu dok guna nak bagi
terang keliling rumah waktu malam tujuh likur bulan
posa tu saja. Kalau baca buku pakai pelita ayam macam
tu, bukan kata anak-anak beliau, anak-anak kita pun
boleh lena. Nak pi sekolah....hat sulung, patutnya dah
form 3, tapi belum pun puas merasa form one, dah
berenti sekolah. Tak tau lah sebab kemiskinan atau pun
sebab x larat nak jalan kaki menapak ke jalan besar
menggalas kasut di bahu tak mau bagi kotoq dek jalan
yang macam litar Lumba Cross tu!!
 
Kemiskinan punya pasal, ketiadaan kemudahan
infrastruktur peringkat kronik punya pasal, seorang
anak En Saad (satu bangsa dengan anak-anak kita) sudah
pun kantoi di tengah jalan - dah tak sekolah dah. ONE
DOWN, SIX TO GO!!
 
Ada minta bantuan rumah drpd pihak-pihak yg berwajib?
X larat nak mintak dah. 
Ada minta mini tar dak? Hat ni Pn Zila cukup
emosional, dia kata "Tak larat nak mintak dah
aih...dok minta x dapat minta x dapat, awat la x tlg
mai boh taq masuk sampai sini; ni ha budak-budak ni,
habis berlemois kasut-kasut depa...habis pakat malas
nak pi sekolah!!"
 
Nasib baik la En Saad, yg ada gak pendapatan sikit
sikit dok ambik upah kait kelapa sawit tu mampu
memiliki Motosikal sendiri; maka dengan motosikal
murah tulah beliau berulang alik hantar anak-anaknya
pi jalan besar pi sekolah. Bila tengok jalan tanah
bukit yang becak menuju ke rumahnya itu, saya rasa lah
kalau pi masuk pertandingan Motor Cross kat mana-mana,
ada chance jadi Champion abang Saad kita ni!!
 
Cuba tengok gambaq perjalanan kami ke rumah beliau
itu, nasib baik tak hujan (itu pun penuh dengan lopak
bekas hujan sebelum tu), keta saya pun hampir terbabas
masuk ke dalam lopak hari tu; nasib baik tak sangkut
kalau tidak pakai melekat kat situ lah keta Wira saya
tu.  
 
Bila tengok kedudukan rumahnya yg agak terpinggir ke
dalam hutan tu, saya tanyalah kot-kot ada binatang
buas pernah datang bertandang. Ha, awat tak daknya
kata En Saad; sesekali BABI dok mai keliling rumah tu
kira perkara biasalah. Dan, dlm keadaan segan
bercampur malu, dengan nada suara yg perlahan En Saad
kata:
 
"Tu yg saya bela Anjing tu....nak halau BABI!!" 
 
Hah, tu dia di kala org dok sebuk sembang pasal 50
tahun kemerdekaan negara, dok sebok sembang pasal
Koridor Pembangunan Wilayah Utara, dok sebok pasal
perjuangan untuk mengisi erti Kemerdekaan; En Saad
pulak dok sebok mempastikan Babi tidak mengganggu
ketenteraman anak-anaknya. Kalaulah ada letrik, rumah
terang benderang, mungkin Babi pun takut nak mai. 
 
Apa-apa pun, En Saad kita ni, beliau pun sebok
berjuang juga la.....berjuang untuk mencari sebuah
keselesaan dan kemerdekaan tersendiri buat
anak-anaknya.
 
Tak salah kalau kitakan En Saad kita ni pun boleh
dikategorikan sebagai Pejuang Merdeka juga….saki baki
drpd barisan pejuang merdeka yang hilang.
 
On serious notes, kalaulah kita semua merasa kita
sudah Merdeka, En Saad tentunya tidak berapa merasa
seperti kita. Apalah ertinya merdeka jika anak-anak
hidup dalam keadaan yg tidak selesa sebegitu rupa?
Mungkin kerana itulah agaknya, sekujur Jalur Gemilang
yang kami lihat di rumah beliau waktu ke sana, tidak
dipasang cuma dibiarkan terkujur begitu saja. Mungkin
jauh di sudut hati, beliau sendiri merasakan, memasang
Jalur Gemilang berkibar megah di cerucuk atap rumahnya
usangnya itu, hanyalah merupakan satu PENGHINAAN
terhadap Jalur Gemilang itu sendiri. Sesungguhnya
Jalur Gemilang adalah lambang kemerdekaan, lambang
kebebasan, lambang bebasnya anak-anak bangsa drpd
belenggu kesusahan, kemiskinan dan keperitan hidup
yang pernah melanda Tok Nenek kita di hari-hari
sebelum merdeka dulu!!
 
Sepatutnya sejajar dengan separuh abad negara Merdeka,
keluarga susah seperti En Saad ini yg hidup
berlantaikan tanah, berbumbungkan tempias air hujan,
tanpa letrik dan berjalankan tanah bukit tidak
berturap.... sepatut dan seharus serta SEWAJIBnya
tidak patut wujud lagi.
 
Entahlah, saya pun tak tau nak tulis apa lagi dah;
lagi tulis lagi emosional!! 
 
Cuma nak habag, on the way balik dari rumah En Saad,
waktu kat Jalan Besar, x sampai pun beberapa km dari
jalan keluar, bendera kecik jalur gemilang yang sudah
hampir seminggu terlekat di bumbung keta saya tu, yang
berkibar megah dari Penang ke Kedah dan ke mana-mana
saja saya pergi; di hari itu, pada tarikh 31 Ogos
2007, bendera kecil itu memilih untuk mencampakkan
dirinya ke tengah jalan....menguburka n dirinya tak
jauh dari rumah En Saad itu, seolah-olahnya tumpang
bersedih dan berduka, merasakan dirinya tidak lagi
layak dikibarkan megah sebegitu rupa, bila mana ia
sendiri melihat betapa sadisnya, masih ada lagi rakyat
zaman MERDEKA hidup dalam suasana getir seperti itu. 
 
Sekian, kisah perjalanan kami kali ini. 
 
Moga ada manafaatnya buat semua. 
 
SALAM hari Merdeka!! 
 
 
Monier_matdin@ yahoo.com 
31.Ogos 2007 

br>

1

No comments:

Post a Comment

Followers