Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

7/18/2010

Catatan di Hari Lahir

salam~

Perjalanan hidup menentukan hari ini 17.6.10 adalah hari lahir saya yang ke 42. Dah tua rupanya; patut lah pun malam tadi waktu turun pi pasar malam beli ikan, ada sorang budak pompuan jual ikan tu panggil saya Pak Long. Kalau org dah panggil Pak Long, kira tua dah tu.

Bukannya apa, dok rasa mcm muda lagi, masih baru lagi rasanya habis ambik SPM kat MRSM hari tu, masih baru lagi rasanya naik pelamin di Tganu dulu tu, masih baru lagi rasanya 1st day kerja kilang Hewlett Packard di Bayan Lepas hari tu, masih baru lagi rasanya tatang anak sulung yang baru lahir yg kini dah masuk 2nd year kat University tu; pendek kata segala-galanya masih rasa macam baru semalam saja berlaku.

Huh, cepat sungguh masa berlalu.

Sedaq tak sedaq, drpd budak kampung di Baling sana nu, yg hidup serba kekurangan, dengan rumah kayu tanpa letrik tanpa ayaq tanpa segala-galanya, takdir menentukan budak tu berjaya masuk MRSM, kemudian dapat peluang sambung belajaq di Amerika (di zaman di mana Melayu masih ditatang sebagai pribumi). Habis belajaq, kerja sat di Amerika, lepas tu balik Malaysia jadi Enjinia. Kemudian lompat dari satu kilang ke satu kilang; drpd Enjinia biasa, naik sikit-sikit jadi Senia Enjinia, Principal Enginia, Assistant Meneja, Section Meneja, last sekali jadi Meneja hingga ke hari ini.

Lepas ni, next step rasanya nak pencen dah kot, nak jadi Datuk pulak kat anak-anak saya 8 org yang tengah membesar panjang tu.

Suka tak suka ka, itulah hidup; daripada ada kepada tiada, daripada muda kepada tua; suka tak suka ka semua org akan melalui process tu.

Semalam kat tempat kerja, ada sorang rakan sekerja tegoq, dia kata sebelum ni uban kat rambut saya tak ketara sangat tapi semenjak dua tiga menjak ni dah makin jelas, banyak dok ada. Saya teringat kata-kata org alim - UBAN itu adalah petanda bahawa sesungguhnya kita memang sudah makin tua - tidak ada keraguan mengenainya.

Menoleh ke belakang, saya rasa amat bersyukur dengan apa yg Tuhan dah bagi saya selama ini. Ada rumah, ada keta, ada isteri, ada anak-anak dan ada segala-galanya. Tidak ada apa yg saya rasa ralat mengenai hidup saya ni, kalau ada pun mungkin satu saja:

Sampai hari ni walaupun sudah 25 tahun meninggalkan MRSM, tapi kenangan 5 tahun sewaktu tinggal di asrama di sana cukup membengkam di hati; sedih dan sayu sungguh hidup sebagai anak org miskin di celah-celah kwn2 lain yg mak ayah depa org-org berada tu. Masih ingat lagi, saya hanya mampu melopong bila tiap weekend mak ayah org lain mai melawat anak-anak depa dengan kereta mewah mahupun kereta biasa, tapi arwah org tua saya yg cuma menoreh getah di ulu Baling sana tak mampu nak mai jenguk saya mcm mak ayah depa tu.

Masih ingat lagi, antara benda yg paling saya idam nak sangat-sangat selama 5 tahun di asrama tu - bila dah keluar asrama bila dapat biasiswa barulah dapat saya beli: sehelai seluaq Jeans! punya la miskin nak beli seluar jeans pun tak mampu.

Sebab tu baru-baru ni, saya rasa mcm nak sebak ada nak tergelak pun ada, bila mana adik lelaki saya yg kerja kat satu kilang di KL nu email mai. Dia habag kata, ada sorang kwn kat tempat kerja dia, bila tau kata adik saya ni asal dari Kedah dari tempat kelahiran kami, memba dia habag kata masa kat MRSM dulu dia ada juga sorang kawan asal dari situ, nama dia Monier Mat Din. Dia habag kat adik saya, dia kata Monier Mat Din ni masa kat MRSM dulu memang miskin sungguh, pakai tuala beli kat pasar malam sampai luntur/hancoq, dok pakai tuala tu lah dekat setahun. Duit belanja pulak, hat mana ada dalam poket hat tu saja la, memang miskin sungguh.

Tak taulah pulak mcam mana reaksi sahabat saya tu bila adik saya habag kata saya ni abang dia.

Tapi, itulah keadaannya, hidup kita ni kerja Tuhan; Tuhan boleh bagi kita jadi kaya Tuhan boleh bagi kita jadi miskin, Tuhan boleh bagi kita jadi senang Tuhan boleh bagi kita jadi susah. Tuhan boleh bagi kita jadi muda, Tuhan boleh bagi kita jadi tua.

Tuhan boleh bagi kita jadi ada, dan Tuhan juga boleh bagi kita jadi tidak ada.

Maka itu, selagi ada napas di dada ni, saya ingin mengingatkan diri saya dan juga kawan-kawan yg baca tulisan saya ni, mailah kita sama-sama buat apa-apa persediaan yang patut ada, sebab kita tidak tau entah esok entah lusa Tuhan akan panggil kita.

Entah kenapa, sekarang ni saya selalu dok ingat pasal mati saja.
Dok cek-cek tengok, kalaulah saya mati hari ini, jenuhlah saya kena balun nanti, banyak sangat dosa ni, tak taulah nak jadi apa kalau mati nanti.

Lalu, bersempena hari jadi saya yg ke-42 ini, saya mohon ke hadrat Illahi moga diberi masa dan kelapangan, sihat tubuh badan dan peluang yg berterusan untuk melakukan kerja-kerja amal dan kebajikan sebagai bekalan untuk saya di hari SANA nanti.

Hat tu sajalah yg saya tahu buat, hat lain saya tak reti.

Sekian, sekadar berkongsi catatan, maaf jika mengambil masa tuan-tuan.

Wassalam.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com
17.6.10

No comments:

Post a Comment

Followers