Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

10/09/2009

Apa itu NGO Wargakilang?


Sejarah Penubuhan Pertubuhan Amal Warga Kilang Muslim Malaysia

NGO Wargakilang atau nama asalnya Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia bermula daripada sebuah diskusi group yang diwujudkan secara maya pada tarikh 21 March 2000.

Diskusi group ini pada asalnya merupakan sebuah diskusi group khas untuk sekumpulan sahabat daripada sebuah kilang industri di Perai yang ditutup sekitar tahun 1999-2000.

Secara sejarahnya, apabila pekerja-pekerja syarikat ini berpindah ke kilang-kilang lain, pada mulanya mereka berhubung sesama mereka dan juga dgn rakan-rakan terdekat mereka melalui CC List secara email.

Apabila CC list itu menjadi semakin panjang dengan kemasukan nama-nama kenalan baru mereka di kilang yang mereka baru sertai itu, maka cc list itu kemudiannya ditukar kepada egroups yang kemudiannya dikenali sebagai warga_kilang@yahoogroups.com.

Egroups ini kemudiannya ditadbir secara maya oleh seorang Moderator yang memakai nickname Pak Berahim.

Lama kelamaan Egroups ini semakin membesar dengan kemasukan rakan-rakan kepada rakan-rakan mereka dari kilang-kilang yang lain, bermula dari Utara hinggalah ke seluruh negara.

Egroups ini terus berfungsi sebagai sebuah Diskusi Group sebagai satu medan dan juga forum untuk pekerja-pekerja kilang ini berkongsi cerita sesama mereka, hinggalah dua orang sahabat karib iaitu Mohd Warikh dan Mohd Monier mengambil inisiatif untuk masuk ke kampung-kampung di sekitar daerah Baling pada tahun 2003, menjengah kampung dan pedalaman desa di sana menghulurkan bantuan peribadi kepada dua tiga orang fakir/miskin yang ditemui mereka di sana.

Mohd Monier kemudiannya telah menulis beberapa email pendek dalam egroups ini pada tahun tersebut dengan tujuan untuk berkongsi cerita dengan ahli-ahli mailing list berkenaan.


Tulisan-tulisan tersebut yang pada mulanya dikenali sebagai "Di Celah-Celah Kesibukan Kilang" telah berjaya menarik perhatian rakan-rakan yang lain untuk turut serta dalam expedisi mereka yang seterusnya, yang kemudiannya menjadi asas kepada penubuhan NGO Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Utara Malaysia atau pun lebih dikenali sebagai NGO WARGAKILANG, yang didaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Pulau Pinang pada tarikh 2 hb Mac 2005.

 

(Gambar saudara Warikh selaku YDP NGO Wargakilang yang pertama sedang menerima Sijil Pendaftaran daripada pihak ROS pada tarikh 10 hb April 2005)

Penambahan ahli-ahli mailing list ini secara maya kemudiannya menyaksikan berbagai Biro ditubuhkan secara ad-hoc oleh peserta-peserta mailing berkenaan.

Antaranya ialah Biro Amal yg mengepalai aktiviti-aktiviti jalan jalan masuk kg, Biro Bisness yang menyaksikan ramai ahli-ahli mailing list ini kemudiannya bergiat secara aktif menggunakan mailing list ini sepenuhnya, dengan networking ahli seluruh Negara untuk mengembangkan berbagai bidang bisness kecil-kecilan yg diusahakan mereka, tujuannya ialah untuk mewujudkan budaya usahawan di kalangan pekerja kilang, hopefully mereka tidak akan bekerja makan gaji di kilang selama-lamanya, dengan harapan mereka ini yang rata-ratanya berkelulusan daripada IPT dalam dan luar negeri akan end up menjadi sebagai Tauke/Majikan mempunyai perusahaan sendiri dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak-anak bangsa.

Selain itu, sebuah lagi Biro yang begitu aktif bergiat tetapi kurang diberi liputan ialah Biro Motivasi. Biro motivasi ini telah menganjurkan ceramah motivasi secara FOC (PERCUMA) kepada anak-anak bangsa di berbagai buah sekolah rendah, menengah dan juga di IPT yang berdekatan. Antaranya ialah di Sek Keb Tmn Ria, Pdg Serai Kedah, Sek Men Mahang, Sek Men Parit Panjang, Sek Agama Rakyat Yan Kedah, Sek Men Keb Mengkuang, Sek Men Keb Penaga, Sek Men Teknik Balik Pulau, P Pinang, ADTEC Mahang Kedah dan juga di beberapa buah kawasan Taman Perumahan/Surau atas jemputan Jawatankuasa penduduk di situ. Ini adalah apa yang dinamakan sebagai “Payback to the Society” oleh ahli-ahli wargakilang ini.

Di samping itu, terdapat juga sebuah Biro dalaman yg diberi nama Biro Kebajikan Ahli yang telah menganjurkan berbagai aktiviti sukan/riadah/gathering untuk merapatkan ahli-ahli yang datang drpd berbagai jenis sector perkilangan di seluruh Negara. Biro ini membantu meningkatkan moral dan semangat kerja di kalangan pekerja-pekerja kilang dengan berkongsi dan bertukar pendapat sesama mereka; ini secara tidak langsung membantu mewujudkan suasana sihat di sector industri, sesuatu yang positif untuk kemajuan ekonomi Negara.

Namun begitu, dek kerana kekangan masa, cuma 2 Biro saja yang agak aktif, iaitu Biro Amal dan juga Biro Motivasi. Status terkini, as of bulan April 2012, di celah-celah kesibukan kilang dan kesuntukan masa yang teramat sangat, rakan-rakan di Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim (UTARA) Malaysia ini sedang dalam prosess untuk mendaftarkan nama baru untuk pertubuhan ini dengan nama yang hampir sama tanpa perkataan UTARA, yang akan dikenali dengan nama Pertubuhan Amal Wargakilang Muslim Malaysia atau pun nama ringkasnya NGO WARGAKILANG MALAYSIA.
 
Dan selari dengan perkembangan semasa, aktiviti NGO WARGAKILANG ini boleh turut diikuti di Facebook rasmi Wargakilang at 'wargakilang' (huruf kecik bersambung).








 

1 comment:

Followers