Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

9/11/2009

Jln-Jln Musim Banjir: Lembah Beriah

Semalam 26/10/08, berkesempatan cuti hujung minggu bergabung dgn cuti deepavali, bersama-sama dgn sdra Wahab (pengerusi Biro Amal WK), kami telah berkesempatan melawat mangsa banjir di Lembah Beriah, dekat area Bukit Merah Perak.


Mohon maaf kpd kawan-kawan yg tidak dapat turut serta kerana xtvt Biro Amal NGO Wargakilang kali ini agak rushing sikit, plan seawal khamis, hari Ahad dah nak pi; nak buat mcm mana nama pun bencana alam, x dpt nak plan awal-awal.


Kot mana pun, kita ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kpd Pak Mid drpd kilang Crest yang w/pun tidak dpt turut serta tapi telah berjaya mengatur plan di sana sebelum kita tiba. Alhamdulillah melalui beliau, kita kemudiannya telah dipertemukan dengan sebuah NGO di Lembah Beriah yang menjadi "tour guide" kita di sana.


Terima kasih kita ucapkan kpd NGO tersebut, iaitu Persatuan BOMBA Sukarela, Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah, Bagan Serai Perak, yang bukan setakat menjadi jurupandu kami pada hari tersebut tetapi telah memberi sambutan yg di luar dugaan bila mana kami disambut dengan kenderaan BOMBA mereka seawal tiba di pintu Tol Bukit Merah lagi, dan kemudiannya kami diiringi ke Lembah Beriah dengan kenderaan BOMBA Penyelamat tersebut, siap dengan lampu lit lat lit lat lagi sepanjang jalan.


Kata Wahab:


"Tu dia haih, selama kita dok masuk kampung keluar kampung buat kerja amal ini, inilah pertama kalinya kita diiring dengan lampu lit lat lit lat macam ni...rasa macam VIP lah pulak!"


Bagi saya ini merupakan satu pengalaman peribadi yg tidak dapat saya lupakan.


Kami kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Pasukan Bomba Sukarela tersebut di Jln LB 1/5, Lembah Beriah, dan kami kemudiannya diberi taklimat oleh Pak Bakaq merangkap Pengerusi NGO ini, seterusnya diperkenalkan kpd AJK-AJK mereka, antaranya ialah sdra Shahrol dan sdra Noorsham serta Abang Yob dan lain-lain AJK.


Yang menariknya, inilah kali pertama kami bertemu dengan pasukan NGO Bomba Sukarela yg terdiri daripada majoriti (atau 100%?) org-org Melayu, biasanya di sebelah Penang sana dan tempat-tempat lain di Kedah, majoritinya terdiri drpd kalangan kaum Tionghua; satu kelainan kami rasakan.


Sdra Shahrul kemudianya menaiki kenderaan kami dan bersama-sama dengan Team BOMBA sukarela ini kami dibawa melawat ke kawasan banjir berdekatan.


(Opss, bercakap pasal sdra Shahrul, secara kebetulan bila kami sebut yg kami dari NGO Wargakilang, sdra Shahrul pun kerja kilang juga; beliau bertugas di kilang Silverstone, dan kenal lah pulak dgn rakan WK kita di sana seperti sdra Faizal dan juga seorang lagi ex-Silverstone yg sekarang bertugas sbagai Pensyarah di UUM, iaitulah x lain tak bukan Tok Mulu WK kita, sdra Lukman; maka mudahlah kerja bila org kilang bertemu dengan org kilang)


Diringkaskan cerita, kami dibawa ke sebuah perkampungan Melayu berdekatan hi-way Utara Selatan, to be exact di kiri kanan PLUS hiway di KM 187.7 menghala ke Utara. Tu dia haih, bila tengok rumah-rumah tu masih dikelilingi air, banjir belum surut sepenuhnya, saya wonderlah sudah berapa lama mereka berada dalam keadaan itu dan berapa lagi mereka akan terus begitu.


Bila saya tanya sdra Shahrul, dia cakap, depa dah dlm keadaan itu lebih kurang seminggu selepas Raya; dan bila nak berakhir pulak, wallah hu aklam. Sebabnya sekiranya hujan masih x reda dan empangan Bukit Merah melimpah, pintu air terpaksa dibuka lagi dan banjir akan terus melanda; sekiranya cuaca baik, mereka terpaksalah tunggu sehingga air itu surut sendiri sepenuhnya.


Tapi masalahnya, sama juga seperti suasana banjir Besar di Johor yang kami kunjungi hari tu; sistem saliran dan perparitan serta tanah yang agak kejap tidak memungkinkan air akan surut dalam masa terdekat. Memang tanahnya agak keras dan kejap hinggakan kereta Naza saya tu bila sampai kat hujung kampung sebuah rumah tu nak kona U-Turn x boleh, bila Fendi pi cek tengok tanah yg bertakung air tu, dia habag kata no problem boleh lajak pi ke depan masuk dlm air banjir, kemudian gostan dan buat U-Turn, x dak masalahnya sebab tanah tu keras dan kejap; makna kata air tak mampu nak meresap.


Kalau mcm tu dok ada, makna kata lama lagilah penduduk-penduduk kampung di situ akan terus hidup mcm tu, macam dok di Venicelah pulak, dikelilingi oleh air sekeliling rumah; di Venice x pa lah x dak Ulaq dan Nyamuk Aedes, di Malaysia ini pantang air bertakung sikit, sure nanti adalah makhluk-makhluk yg tak diundang itu mai datang.


Maka itu, kita harapkan pihak-pihak yang berkenaan, khususnya Majlis Perbandaran Bukit Merah & Bagan Serai, dapatlah kiranya berbuat sesuatu. Janganlah sampai bila ada wabak penyakit melanda, barulah nak kelam kabut mai sembuq ubat, korek parit dan sebagainya. (Kalau sapa-sapa ada contact ahli Majlis berkenaan atau pun YB ka Dato' ka sapa ka, minta tlg fwd pi sat).


Setelah menyampaikan sumbangan beras dan sedikit makanan keperluan itu, kami pun bertolak pulang; bila sampai atas hi-way, lebih kurang 20 minit drpd Lembah Beriah, bila tengok ke bawah, baru kami perasan kampung yang kami kunjungi tadi tu betul-betul di tepi PLUS Hi-way kat KM 187.7 menghala ke Utara. Kalau sapa-sapa yang lalu kat situ, cuba-cubalah jenguk ke bawah sana; kalau nampak air masih bertakung, sudi-sudilah jenguk mereka. Pengalaman kami bersama mangsa banjir di Johor tempoh hari mengatakan bawah mereka-mereka yg ditimpa bencana banjir ini bukannya mengharapkan sangat sumbangan kebendaan, tetapi lawatan ikhlas dan sokongan moral, itu yang amat mereka hargaikan.


Kpd kawan-kawan khusunya geng-geng Wargakilang yg dok lalu lalang area situ, kalau terasa nak pi bagi sumbangan ka apa, bolehlah terus ke Lembah Beriah ke pejabat Pasukan BOMBA Sukarela di sana, atau pun boleh juga terus ke Pondok Polis Bukit Merah berjumpa Pak Man, Ketua Pondok Polis di situ.


Opss, lupa nak habag, sewaktu di kampung tersebut, Pak Man lah yang menjadi juru pandu kami dengan motor kapcainya meredah lopak air dan banjir membawa kami ke rumah mangsa-mangsa banjir di situ. Jutaan t.kasih kami ucapkan kpd Pak Man kerana sudi membantu kami. Dalam perjalanan pulang seorang sahabat berkata:


"Hah tengok tu, sapa kata Polis Malaysia ini tak okey? Okey pa; cuba tengok tu Pak Man sanggup tolong kita, redah ayaq banjir ikut kita masuk kg keluar kg pi bagi sumbangan tu!!"


Saya x kata apa, tapi mcm-mcm yang bermain di padang pemikiran saya; antara masyarakat sedar atau pun tidak, antara pemimpin di atas sana tahu atau pun tidak; antara YB-YB dan Dato'-Dato' Seri perasan atau pun tidak: Hari ini di peringkat bawah ini orang-orang biasa seperti Pak Bakaq Pengerusi Pasukan BOMBA Sukarela Lembah Beriah dan sdra Shahrul pekerja kilang Silverstone dan juga Pak Man Ketua Pondok Polis Bukit Merah dan rakan-rakan mereka yang mengiringi kami pada hari tersebut, hari ini rakyat-rakyat marhain seperti inilah yang menjadi Wira, menjadi pejuang ikhlas membantu anak-anak masyarakat tanpa mengharapkan balas.


Sekalung tahniah kita ucapkan kpd mereka.


Moral of the story: Kita berharap kpd ahli-ahli masyarakat sekelian, khususnya kpd rakan-rakan Wargakilang di mana pun kalian berada, apabila berlaku bala musibah di tempat anda; cuba-cuba lah lapangkan masa untuk turun membantu, menyinsing lengan dan menghulurkan bantuan semampu daya.


Insyaallah, kalau tak banyak pun, sedikit banyak mampu meredakan beban yang ditanggunng oleh mereka yang menjadi mangsa. Hari ini hari mereka, di lain kali mungkin hari kita pula.


Sekian, moga ada manafaatnya.


monier_matdin@ yahoo.com
27.10.08









No comments:

Post a Comment

Followers