Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

9/09/2009

Tazkirah Ramadhan: Jln-Jln Masuk Kg

Hari ini alhamdulillah hari Sabtu, 8 Ramadhan 1430 saya dan beberapa orang sahabat telah diberi kelapangan untuk melawat dan mengenal-pasti beberapa buah keluarga yang agak susah dan doif untuk aktiviti Jln-Jln Masuk Kampung rakan-rakan Wargakilang pada insyaallah hari Sabtu 5 hb Aug 09 nanti.

Sepanjang perjalanan kami dari Kulim ke Jeneri, Lubuk Merbau seterusnya ke Kubuq Panjang dan Naka dalam Negeri Kedah itu cuaca boleh dikatakan hujan sepanjang masa, dan di sesetengah tempat begitu lebat sekali.

Sewaktu melalui jln mini-tar di celah-celah kebun getah di kawasan-kampung kampung berkenaan, Pak Ngah Rahim yg menjadi penunjuk jln kpd kami itu dok habag kisah penduduk-penduduk kat situ - yg rata2 nya penoreh - mengeluh sebab tak boleh nak keluar pi motong.

Kata Pak Ngah Rahim, ada yg dok habag kata mcm tu punya dok ada (hujan x berenti) silap-silap zakat fitrah pun belum tentu boleh bayar. Mungkin hamba Allah itu cuma buat lawak saja, tapi itulah realitinya, di kala kita-kita yg tinggal di bandar ni dok kalut nak sediakan juadah berbuka, dan mungkin ada yg dah mula dok sibuk buat atau tempah koi dan baju raya, depa-depa di pedalaman sana nu dok sibuk fikir mana nak cari duit nak tunaikan kewajipan utama di bulan ramadhan ini - nak bayar zakat fitrah!

Kata sahabat saya, Tuan Haji Fendi:
"Patutnya kitalah yg kena kalut nak mai bayar zakat fitrah kat depa, tapi depa yg layak terima fitrah tu pulak yg dok kalut nak cari duit fitrah nak pi bayaq kat org lain!"

Entah lah, hangpa tengoklah sendiri antara gambar yg sempat kami tangkap pagi tadi.
Sebuah rumah nun jauh ke pedalaman Kedah, dlm tu ada gambar tuan rumah (pompuan, suaminya x ada, pi amik upah kerja kampung). Menurut kakak tu, dia yg punya anak 5 orang, selalunya dok pi motong getah pokok orang, dapat hasil bahagi dua. Tapi, di bulan ramadhan ini, dlm 8 hari baru sehari saja cuaca agak baik, tapi itu pun pokok basah, tak boleh menoreh lagi. Kata dia lagi, nasib baik suami dok amik upah kerja-kerja kg, dapatlah juga sikit-sikit duit masuk.

Hah, geng-geng politik, bila sebut Kedah, jgn dok kalut nak kaitkan dengan kerajaan ka apa; rumah depa memang dah mcm tu - drpd zaman parti X memerintah sampai lah zaman parti Y yg dok ada - kita org awam ini, meh lah kita pandang dari sudut tasauf, Allah jadikan org-org mcm depa ni sebab Allah nak bagi peluang kat kita buat pahala. Kalau nak dapat pahala, pakat-pakat lah pi tolong org-org miskin mcm depa ni (merata tempat dok ada), kalau tak mau, tok sah cakap banyak, dok rumah tengok Astro - dok senyap-senyap tunggu bukak posa; itu lebih baik drpd dok mengata.

Ada satu rumah tu pulak, kampung lain - orang Masjid umur dlm 50an, 10 orang anak; juga kerja amik upah buat kerja-kerja kampung. Waktu kami sampai rumah dia, hujan renyai-renyai, bila tanya: anak dia hat sulung habag ayah dok pi buat kerja kampung; entah lah mcm mana dia cari rezeki waktu musim-musim hujan mcm ni. Sembang pi sembang mai, anak lelaki dia tu tengah dok kalut nak pi turun bendang, nak pi "tenggala ikut traktor" cari IKAN kat bendang.

Nak buat apa IKAN-IKAN tu?

Dia jawab:
"Buat habuan nak bukak posa petang ni."

Tu dia, kita dok kalut pi market cari ikan, depa dok kalut turun bendang ikut traktor cari ikan. Okey gaklah, kurang-kurang ikan tu, haruan/keli/ sepat/puyu fresh terus mai dari bendang; kita ni - mcm saya dua tiga hari lepas, beli ikan Siakap RM20 sekilo, balik masuk tauchu, tak leh nak makan, dah naik bau semacam - entah bila lah punya ikan!

(Disertakan di sini, gambar budak-budak kg tengah dok tenggala ikut traktor cari ikan yg sempat saya ambik dgn hp cokia saya ni, tak berapa klia sangat, tapi bolehlah nampak - fuh! teringat nostalgia masa saya kecik-kecik dok cari ikan kat bendang dulu, payah dah nak jumpa zaman la).



Meringkaskan cerita:

Minggu depan hari Sabtu 5 Sept 09, kami bercadang nak bawa kwn-kwn Wargakilang ke rumah-rumah tersebut dan beberapa buah rumah lain (lebih kurang 8 buah) di sekitar Parit Panjang, Jeneri dan Kubuq Panjang. Siapa-siapa yg berminat sila tunggu di Petronas, Sg Seluang Kulim tepi BKE jam 8:00 pagi. Sila habag nama awal-awal sebab nak pastikan jumlah kenderaan dll sebab jln-jln masuk kg area situ memang sempit, cuma satu keta saja boleh pass thru dlm satu-satu masa. Apa-apa hal sila sms saya at 012-4128209 (Munir).

Seperti yg dihabag, kita tak buat kutipan duit, sapa nak pi bawa brg masing-masing. Ikut kata Pak Ngah Rahim, antara barang-barang yg org-org kampung amat hargai di musim-musim hujan mcm ini ialah beras, minyak, gula, kopi/teh, susu, tepung (nak buat cukodok dan peknga), ikan masin (ikan tamban masing dialu-alukan) , sardin, ikan bilis dan juga brg-brg mcm roti atau biskut untuk habuan anak-anak.

Selain itu, Pak Ngah Rahim juga ada habag pasal kain baju terpakai, dia kata hari tu bila sdra Wahab bawa pi kat dia, habis dia sedekah/agih- agihkan kat area situ; kemudian depa mai jumpa tanya dia, ada ka lagi? Sebetulnya, ada sesetengah tu, rumah okey, makan minum okey, tapi bila mai tang nak beli kain baju dan seluar baru, depa sedikit berkira sebab hasil pendapatan mereka yg tak seberapa itu mereka lebih utamakan untuk beli brg2 makan berbanding dengan pakaian. Oleh itu, kalau sapa-sapa yg nak bawa kain baju (yg masih elok dan kalau boleh yg baru beli pun tat pa), maka amatlah dialu-alukan.

Okeylah, setakat ini dulu; saya nak pi "tenggala ikan sat kat pasar ramadhan".

Moga kerja buat kita di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini akan mendapat keredhaan Allah dan balasan pahala yg dijanjikan. "Siapakah yang lebih benar janjinya berbanding janji Allah? - at-taubah 111) ".

Selamat Berpuasa.

Moga ada manafaatnya.

moniermatdin@ yahoo.com
29.8.09

No comments:

Post a Comment

Followers