Di Celah-Celah Kesibukan Kilang

DI CELAH-CELAH KESIBUKAN KILANG(Sebuah blog kehidupan yang memuatkan beberapa koleksi tulisan Monier Mat Din)

10/09/2009

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota (Part 2)

Jln-Jln Tahun Baru: Kemiskinan di Tengah Kota (Part 2)

 
Assalamualaikum,
 
Kalau dlm siri pertama tulisan Jln-Jln Tahun Baru:
Kemiskinan di Tengah Kota itu saya tuliskan kisah Kak
Ros dengan masalah hidupnya, kali ini kita ingin
berkongsi cerita mengenai perit hidup seorang ibu
tunggal membesarkan 5 orang anak di Tingkat 9 sama
blok dengan rumah Kak Ros di PPR Ampang Hilir, Kuala
Lumpur.
 
Kalaulah anak-anak Kak Ros berhadapan dengan masalah
ibu yang tiada pendapatan tetap, hinggakan anak-anak
terkilan tak dapat balik raya di kampong sebab mak tak
ada duit; anak-anak Puan Hamidah Bt Ahmad, 34 tahun
ini pula agak bernasib baik sebab ibu mereka
berpendapatan tetap, kerja PA (Pembantu Am) sekolah
rendah dengan pendapatan lebih kurang RM800 sebulan.
 
RM800 sebulan kalau tinggal di Kg Ulu Paip, Kulim
Kedah mungkin cukup, tapi RM800 di Jalan Ampang, Kuala
Lumpur dengan 5 orang anak kira macam nyawa-nyawa ikan
ajerlah.
 
Kami cuba selami masalah kewangan Pn Hamidah ini;
tanpa segan silu beliau gariskan satu persatu belanja
bulanannya hingga membuatkan kami jadi terkedu.
 
Sewa rumah RM124
Api Air RM150
Van Anak Sekolah RM100
Duit Sekolah RM60
Upah Ngasuh Anak Kecik RM250
 
Jumlah (tak campur belanja dapur, susu dan pampers
anak) = RM684
Baki = RM116
 
Maka, atas baki RM116 inilah beliau terpaksa roling
untuk belanja dapur sebulan, susu, pampers anak,
minyak motor dan lain-lain belanja harian. Memang tak
masuk akal; baki sebanyak ini untuk survive sebulan di
tengah-tengah kota raya.
 
Baki duit sebanyak ini bukan kata di Kuala Lumpur,
tapi kalau di Kg Hulu Paip dekat Kuala Berang di Hulu
Terengganu pun tak ada nak cukup!!
 
(Jumlah banyak ini, kalau panggil Financial Planner
minta tolong arrange pun, mau naik penin si FP itu!!)
 
No wonderlah, punyalah kronik masalah kewangan Pn
Hamidah ini, hinggakan ke tahap kritikal, pada suatu
hari itu sebab bekalan beras dah habis (beras yg jadi
masalah mereka), maka dengan saki baki duit yang ada,
beliau gagahkan diri pi tebal muka pi beli beras 2
kilogram cukup cukup dengan sebanyak mana wang yang
ada itu.
 
Hat ini saya tak tau nak komen apa; cuba hangpa tengok
gambar rumah flet depa, yang bila langkah keluar saja
dari rumah depa, terus nampak menara KLCC megah
tersergam indah di belakang depa, tapi ini semua tak
mampu nak bagi depa makan hatta beras 2 kilogram
sekalipun. Saya tak mau komen lebih-lebih, nanti jadi
isu politik pula sedangkan ini bukan masalah politik,
ini adalah the real life, kisah benar, realiti masalah
sebenar anak-anak bangsa bertarung hidup di tengah
kota.
 
Kalaulah macam ni dok ada, kita pasti sampai bila-bila
pun Mohd Firdaus (darjah 5), Mohd Faiz (darjah 4),
Mohd Fadil (darjah 2), Nurasyura (tadika) dan Nuarkila
(2 tahun) anak-anak Pn Hamidah ini akan terus
terperangkap di orbit kemiskinan ini. Percaya ka tak
percaya ka, hanya pelajaran dan education sajalah,
dengan izin Tuhan akan mampu mengeluarkan mereka
daripada kepompong kemiskinan ini.
 
Kalaulah ada sapa-sapa yang prihatin, mailah ke rumah
Flet ini, mailah jenguk-jengukkan depa. Ini hat yang
mampu saya tulis, yang sebetulnya ada ramai lagi
keluarga malang yang punya skrip hidup, jalan cerita
yang hampir serupa.
 
Sungguh tak sangka, masih ramai lagi orang kita yang
hidup miskin merempat merana di tengah kota; tak
betoilah rupanya selama ini yang media massa dok
war-warkan bahawa Baling misalnya, daerah kelahiran
saya itu antara hardcore isu kemiskinan yang utama.
Cakap pasal miskin ini, tak payah mai Baling aih,
macam yang saya tulis sebelum ini, di KL pun bersepah
dok ada!!
 
Letih aih bila dok pikir masalah kemiskinan anak-anak
bangsa ini; memang betoilah kata Prof Diraja Ungku
Aziz: "suka ka tak suka ka, masalah kemiskinan masih
lagi menjadi agenda utama permasalahan bangsa".
 
Kalaulah ada mana-mana Profesor atau pun Pakar-Pakar
yang terbaca secara tak sengaja tulisan saya 2 siri
ini, tolong tolonglah fikir macam mana nak selesaikan
masalah ini. Sepatutnya di zaman orang kita sudah naik
ke angkasa ini, masalah tak ada beras nak makan ini
terutamanya di celah-celah bangunan KLCC ini,
sepatutnya supposed not to be an issue at all!!
 
 
Sekian
 
Monier_matdin@yahoo.com
1 Jan 2008




1

No comments:

Post a Comment

Followers